BERKIRA-KIRA dia sama ada mahu turun bawah atau tidak . Kepala yang tidak gatal di garu . Bibir bawah digigit sebelum dia mengeluh kecil .
" Aduh ! Malulah nanti kalau aku cakap pada dia... " dia menjerit kecil sebelum rambut yang sedia panjang itu diserabutkan .
Pintu bilik itu diketuk . Pantas sahaja Seroja melangkah ke arah pintu itu . Aduhai... pakcik ni naik atas ke ?
Kau ni Seroja ! Mestilah dia naik . Ini rumah dia kau tu tetamu tak diundang sahaja !
Lambat-lambat kaki dihayun juga ke arah pintu . Saat dikuak , alangkah terkejut bukan Qaid yang ketuk pintu tapi seorang gadis . Kalau bukan Qaid ini siapa ? Qaidah ke ?
Gadis yang berbangsa cina itu menguntum senyuman pada Seroja . Dia menilai pemakaian kasual pejabat yang dipakai oleh gadis itu .
" Cik Seroja right ? " sekadar anggukan diberi .
" I Susan , PA Encik Qaid . Dia minta I tanya cik okay ke ? Kenapa tak keluar bilik lagi ? "
Seroja tersengih . Mesti lelaki itu bising kan dia tak keluar bilik lagi padahal jam sudah menginjak pukul 9 pagi ? Mesti Qaid ingat dia ni ambil kesempatan atas kesempitan membuta dalam bilik tidur ni .
" Cik dah mandi ? "
" Belum . Ada masalah "
" Masalah apa tu ? " sopan Susan bertanya . Wajah Seroja sudah membahang malu namun dia kena cakap juga apa masalahnya .
Masalah orang perempuan !
════ Qᴀɪᴅꜱᴇʀᴏᴊᴀ ⚘ ════
" Aduhai... manalah saya tahu nak beli ! " Qaid merungut pada pembantu peribadinya . Susan tersenyum senget sambil tangan lincah menghantar gambar pada nombor Qaid .
Notifikasi berbunyi dan pantas Qaid membuka mesej itu . Gambar tuala wanita yang dihantar Susan padanya dilihat . Ada juga pesanan mesej minta beli itu ini .
" I dah send segala benda pada you , Encik Qaid . Beli pad yang macam tu tau jangan beli yang lain "
" Saya tak tahulah , Susan... why bukan you je yang beli ? "
" Encik Qaid call I pagi-pagi dari office sebab you suruh I teman Seroja kan ? Encik Qaid pun cakap dalam agama you tak elok lelaki dengan perempuan duduk satu rumah . Kalau I keluar , you kat rumah bukan sama sahaja ke ? " Susan memberi alasan panjang . Qaid menghembus nafas dan mengangkat kedua tangan mengalah .
Susan ini pembantunya tapi kalau dah keluar perangai Makcik Susan , dia dah tak boleh nak kata apa . Kalau dia cakap silap-silap bertambah bercakaplah Susan nanti .
" Okey fine but kenapa susu strawberi masuk dalam list ? Coklat ? "
" Itulah you tak tahu perempuan ni macam mana . She's not very well and something sweet can cheer someone up . Sakit tau period pain . Encik Qaid lelaki manalah tahu " Qaid pamer wajah toya bila Susan berani menyindirnya .
Dia malas nak bertikam lidah , pantas Qaid melangkah keluar daripada rumah setelah mencapai kunci kereta miliknya .
Saat itu jugalah , mata terpaku pada satu kereta Mercedez Benz yang terpakir di belakang keretanya . Alvies keluar dari perut kereta dengan kaca mata hitam yang dipakainya sambil tangan melambai ke arah Qaid .
" Apa kau buat kat sini ? " dia memandang maut Alvies . Kaca mata hitam ditanggalkan sebelum mata kelabu itu merenung mata gelap Qaid .
Demam apa entah lelaki itu rajin nak berkunjung ke rumahnya pada awal pagi sebegini . Tak kerja ke apa CEO sorang ni ?
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Romantizm04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...