CHAPTER 38

4.4K 122 5
                                        

DUA TAHUN KEMUDIAN...

Suara kanak-kanak kedengaran meriah di kawasan luar rumah Encik Al-Qassam dan Puan Zahara . Suara ceria gelak tawa yang sangatlah disukai oleh para penggemar kanak-kanak cilik .

Bukan seorang bukan dua orang malah ramai kanak-kanak di rumah itu . Mereka mengadakan majlis hari lahir buat putera dan puteri mereka pada hari ini .

Megat Qailula Suria dan Megat Qays Saqeef .

Itulah nama yang terpampang di banner yang digantung besar di pagar utama . Mereka menjemput jiran dan rakan terdekat untuk meraikan dua insan kacak dan comel pada hari ini .

" Qai ! Qailula ! " saat terdengar namanya dipanggil oleh si ayah , terusan gadis kecil yang mengenakan dres labuh dan bertudung itu berlari mendapatkan Qaid .

Qaid merendahkan tubuhnya sama tinggi dengan Qailula yang berumur dua tahun itu . Tangannya memegang kemas kedua belah bahu anak perempuannya yang berpipi tembam kemerahan itu .

Baju dan tudung yang sudah tidak betul itu diperbetulkan sebaiknya agar kelihatan cantik dan kemas semula . Biasalah budak kecil kalau dah pakai tudung mula-mula eloklah kejadiannya . Lepas dah puas bermain , tak rupa tudung dah .

" Tadi dah cantik dah anak ayah ni . Ini kalau ibu nampak Qai comot macam ni , ayah yang kena bebel tau nanti . Qeef mana ? " matanya melilau pula mencari anak lelakinya .

Dah kalau ramai budak-budak siap ada inflatable air playground yang ditempah khas oleh abahnya , memang dah tak nampak batang hidung anak-anaknya lagi .

" Qeef ada kat sana . Main "

" Tengokkan adik . Elok-elok "

" Qailula ! Tolong aunty panggilkan Najhan dengan Kak Nazmeen boleh ? Cakap mama dia panggil " Qailula yang mahu berlari semula ke arah inflatable air playground itu terhenti seketika lariannya sebelum berkata okey kepada Yara .

Yara berdiri di sebelah Qaid yang sedang memerhatikan anak-anak kecil yang asyik bermain . Dah macam taman tema kanak-kanak meriahnya .

" Pandai kan awak tarik perhatian budak-budak ni ? Tak sorang pun kacau mak ayah diorang makan ke borak ke . Berapa sewa inflatable air ni ? "

" Bukan saya yang sewa tapi abah . Party semua ni abah dengan umi punya plan . Saya tukang keluar duit apa yang perlu je . Nampak kan siapa yang beria ? " Qaid ketawa kecil . Sempat dia mengata abah dan umi pada Yara .

Memang Encik Al-Qassam dan Puan Zahara yang beria dengan semua ini . Sayang benar mereka berdua dengan cucu-cucu mereka sehinggakan Qaid dan Qamar dah tak dilayan lagi . Nak pula Qamar mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan pada tahun berikutnya , lagilah tak dapat perhatian abah dan umi .

Semua benda cucu . Cucu , cucu dan cucu !

" Hm faham . Awak bolehlah geng dengan Han . Itu sejak bonda dan nenda dapat cucu dan cicit , tak dihiraunya Nurhan lagi . Semua cucu " Yara menambah cerita sebelum kedua mereka ketawa .

Dari jauh kelihatan Nazmeen dan Najhan berlari berpegangan tangan mendapatkan mama mereka . Saat tiba , Qaid mengusap kepala Nazmeen yang sudah berumur empat tahun itu .

Cepat masa berlalu . Sudah besar dah anak Nurhan dan Yara ini .

" Haih... berpeluh-peluh . Tak penat ke ? Papa cari tahu tak suruh makan ? Makan dulu baru sambung main " dia mengusap kepala Najhan yang berpeluh-peluh itu dengan tangannya . Tersengih budak lelaki itu kepenatan .

" Mama , tadi Kak Meen marah Han "

" Mana adalah . Han tolak orang ! Kak Meen marahlah dia " Qaid sekadar perhati tiga beranak itu dengan senyuman . Nampak wajah Yara sudah mula nak menyinga , dia perhati sahaja .

QAID BUAT SEROJATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang