CHAPTER 13

1.6K 92 2
                                    

DIA membancuh secawan milo panas buat Nurhan saat lelaki itu memesan padanya . Tak banyak cakap , terus Seroja melakukan tugasnya sebagai tea lady .

Dibawa dulang yang diletakkan cawan kaca itu untuk dihantar pada Nurhan . Saat bertembung dengan Qaid , lelaki itu menahannya . Seroja memandang lelaki itu tidak puas hati .

" Nak apa ? "

" Macam ni eh kau layan majikan ? Main sembur je kan ? "

" Yang bayar gaji saya , Encik Nurhan bukannya Encik Qaid . Encik Qaid punya gaji pun Encik Nurhan yang bayar betul tak ? " dia berkata formal bila dalam situasi bekerja . Ye , dia tak nak la tunjuk yang sebenarnya dirinya ini rapat juga dengan dua lelaki itu . Nanti apa kata orang ?

" Tapi aku pun still majikan kau , Seroja . Nanti kau buatkan aku air teh panas . Dua cawan keyh ? " dia menunjuk dua jari pada Seroja sebelum berlalu untuk ke bilik pejabatnya.

Seroja tayang wajah menyampah sebelum dia berjalan ke bilik Nurhan . Sudah diketuk dan mendapat keizinan , dia melangkah masuk dan meletakkan cawan itu di atas meja lelaki itu .

" Thank you Seroja "

" Welcome Encik Nurhan " Seroja pamer senyum sebelum dia mahu mengorak langkah untuk keluar .

" Eh ! Kejap Seroja . Saya ada benda nak cakap dengan awak . Have a sit " Nurhan mempelawa Seroja untuk duduk di kerusi hadapan mejanya . Tanpa banyak tanya dia duduk di hadapan lelaki itu .

Nurhan memandang Seroja yang cantik berpakaian rasmi bewarna coklat yang diberikan padanya sebagai pekerja tea lady . Walaupun orang kata kerja ini tak berapa sangat gajinya tapi kalau kerja bawah Nurhan , masyuk !

" Awak dengan Alvies right ? " lambat-lambat gadis itu mengangguk . Hairan pula lelaki itu bangkitkan soal hubungan mereka yang dia sudah seminggu dua hari .

" So how you guys ? Alvies layan awak baik ? Ke dia macam ada ambil kesempatan pada awak ? "

" Eh ! Tak ada pun Encik Nurhan . Alvies layan saya baik . Ini dah masuk seminggu saya tak jumpa dia pasal dia pergi Itali " Seroja pamer sengih . Rasa sesak pula kalau ditanya soal ini .

" Saya tahu dia pergi Itali . Bukan apa , saya dan Qaid kenal Alv macam mana perangainya . Awak baru kenal dia dan banyak yang awak tak tahu pasal dia , Seroja " Seroja agak terdiam bila seakan ada sesuatu sahaja Nurhan mahu katakan .

" Bukan saya nak menghalang awak untuk terus jatuh cinta dengan Alvies . Saya tiada hak langsung dalam urusan hati awak . Cumanya , saya nak pesan pada awak setiap kali kalau awak dengan dia , jaga diri baik-baik . Dia tu tak terkendali kadang-kadang . Awak faham maksud saya kan ? " Seroja mengangguk . Nurhan tersenyum tipis sebelum air panas itu dicicip minum ke bibir .

" Good . Your my staf dan merangkap kawan saya juga . Segala apa yang jadi pada awak tanggungjawab saya dan Qaid kalau ikutkan . Faham Seroja ? " gadis itu mengangguk lagi . Setelah merasakan urusannya dengan Nurhan dah selesai , dia melangkah keluar dari bilik itu bergerak menuju ke pantri .

Dua cawan diambil untuk membuat minuman buat Qaid . Saat dia meletakkan gula , tangannya terhenti . Dia mula berfikir sejenak .

" Kenapa nak dua cawan tea ? Dia ada tetamu ke ? " terusan sahaja Seroja membuat pesanan Qaid . Dia menatang dua cawan itu ke arah bilik lelaki itu . Saat tiba di hadapan kaunter Susan , dia berhenti di situ . 

" Susan ! Encik Qaid ada tetamu ke ? " Susan mengangkat pandangan dan mengangguk .

" Haah . You nak hantar minuman untuk Encik Qaid eh ? Tak apalah biar I yang hantar "

" Eh ! Its okay . Encik Qaid suruh saya nanti kalau Susan yang masuk marah dia nanti " Susan yang sudah berdiri tadi mengangguk dengan senyuman . Terus Seroja berlalu mengetuk pintu bilik Qaid .

QAID BUAT SEROJAWhere stories live. Discover now