ALVIES menyandarkan tubuhnya pada bahagian hadapan kereta sambil tangan menyilang ke dada memerhati Seroja yang berdiri membelakanginya .
Mereka berdua ada di atas bukit tinggi . Angin sepoi bahasa mengalunkan rambut Seroja yang panjang mengurai itu . Gadis itu membuang pandangan melihat kecantikan bandar Kuala Lumpur ini .
" Dolcezza ? "
" Saya ada benda nak bincang dengan awak " gadis itu memusingkan tubuhnya menghadap Alvies . Setapak demi setapak dia mendekati lelaki itu .
" Apa agama saya ? " berkerut dengan senyuman Alvies mendengar soalan itu . Sudah kenapa nak main soal jawab pula sekarang pada waktu petang macam ni ?
" You are muslim . Islam " Seroja mengangguk dengan hembusan satu nafas . Rambutnya yang sedikit menganggu pandangan diselitkan kebelakang telinga .
" Jadi awak tahukan macam mana agama saya ? Banyak pantang larangnya "
" Of course I know . No alcohol , no pork and... "
" Ye semua tu " Seroja menyudahkan semua yang Alvies sedang fikir . Jadi lelaki itu faham apa yang islam boleh dan tidak boleh buat .
Nak bercakap soal halal haram memang tak akan habis sampai esok . Terlalu banyak benda nak diterangkan . Alvies masih tidak faham dengan maksud Seroja .
" Awak ajak saya ambil angin atas bukit ni sebab nak suruh saya jawab soalan tu ke ? "
" That's question is important for me . Ini melibatkan masa depan saya " senyuman Alvies mula memudar . Seakan dapat tangkap maksud tersirat gadis itu .
" You said you want to married me right ? " masih segar lagi kata-kata Alvies sewaktu mereka makan-makan di Rosebud Cafe bersama yang lain . Ramai saksi yang mendengar kata-kata Alvies ketika itu .
Tak banyak kata lelaki itu mengangguk . Sudah cinta pasti ada niat untuk berkahwin betul tak ? Lagipun dia sudah berumur masuk 30-an . Mestilah mahu mendirikan rumah tangga .
Dia tak mahu menjadi Alfredo , abangnya yang langsung tak memikirkan soal ini . Katanya perkahwinan bukan satunya pilihan yang dia mahu lakukan . Orang macam mereka ini tak layak untuk berkahwin .
Dengan alasan , masa silam keluarga mereka . Itu cerita dahulu dan patut mereka lupakan sahaja . Benda dahulu sudah lama tak terjadi .
" Serious ? " dia cuba mencari keyakinan Alvies .
" I want you in my life . Saya sayangkan awak mestilah saya nak kahwini awak , Airis "
" But you should love my religion first . You must to convert to islam and become a muslim " terkedip-kedip mata Alvies dibuatnya . Tangan meraup rambutnya sebelum dia memandang bandar Kuala Lumpur itu .
Soal ini dia tak suka mahu jadikan bualan mahupun satu perbincangan . Seakan macam menjerat diri sendiri kerana dia sahaja yang tahu apa jawapannya .
" Kita borak pasal benda lain boleh ? "
" No ! Kita patut cakap pasal ni " Seroja bersuara saat Alvies mula mahu mengelak . Dalam hatinya berdebar-debar bila dia dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku dalam hubungan mereka .
Alvies masih tetap berdiri di tempatnya . Kali ini dia memandang mata cantik Seroja yang mengharapkan mereka berbincang soal ini .
" Awak nak saya , awak kena masuk islam dulu . Tapi bukan atas niat untuk berkahwin dengan saya . Dengan niat awak cintakan Allah SWT . Awak kena ikhlas kalau awak nak masuk islam dan awak kena ingat selepas awak masuk islam , hidup awak tak akan sama macam dulu . Islam adalah bertentangan dengan gaya hidup awak sekarang . Awak faham kan maksud saya ? You want me , you should love my god and my religion first . Kena ikhlas "
YOU ARE READING
QAID BUAT SEROJA
Romance04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka...