CHAPTER 19

1.6K 89 0
                                    

PINTU kereta ditutup Seroja . Dia mula melangkah perlahan mendekati tangga rumah itu . Qaid membuntuti dari belakang . Sedar gadis itu diam merenung pintu rumah yang tertutup , dia menoleh ke arahnya .

" Kenapa tak bagi salam ? "

" Saya takut "

" Tak payah takut . Aku ada . Jom " Qaid melangkah ke hadapan . Matanya melilau sekeliling sambil tangan bermain dengan kunci kereta di tangannya . Seroja mengetap bibir mengekori lelaki itu .

" Asalamua-- "

" Apa masalah abang ni ?! " jeritan suara Mak Ngah Anisa di dalam rumah itu membuatkan mereka berdua berpandangan sesama sendiri . Terusan sahaja kedua-dua mereka berlari menaiki tangga itu .

" Mak ngah ! Bukak pintu ni ! " Seroja sudah mengetuk-ngetuk kuat pintu kayu itu . Qaid juga berbuat perkara yang sama .

" Sakitlah ! Lepaslah ! " makin menjadi risau dibuatnya bila kedengaran jeritan kesakitan dan suara perbalahan Mak Ngah Anisa dan Pak Ngah Zul di dalam .

" Seroja ! Back off ! " gadis itu bergerak kebelakang . Qaid cuba memecahkan pintu itu dengan menendang pintu kayu tersebut menggunakan kakinya . Tiga kali tendangan , pintu itu terus terbuka .

Terus mereka berdua meluru masuk ke dalam dan melihat Pak Ngah Zul sedang mencengkam rambut Mak Ngah Anisa yang menangis teresak sambil tangan cuba memukul-mukul lelaki itu . Pasangan itu memandang mereka berdua terkejut .

" Airis ? "

" Pak ngah ! Nak jadi kaki pukul ke ?! " gadis itu meluru ke arah Mak Ngah Anisa dan menarik kasar wanita itu jauh . Teresak-esak Mak Ngah Anisa di belakang tubuh Seroja .

" Belakang sikit , Seroja " Qaid menolak mereka berdua agar duduk di belakang tubuhnya . Terlalu dekat dengan Pak Ngah Zul silap-silap mengganas lelaki itu .

Mata Qaid dan Pak Ngah Zul bertentang tajam . Lelaki itu tertawa sinis sebelum dia menepuk-nepuk tangan seolah ini adalah satu pertunjukkan hebat .

" Wah ! Airis anak buah kesayangan kita dah balik la sayang ! Apa khabar Airis ? Sihat ? Macam... terlalu sihat " dia meneliti tubuh Seroja yang memakai dres berwarna merah separas betis dari atas ke bawah . Pantas Qaid menuding jari ke arah wajah itu .

" Stop pandang Seroja macam tu kalau tak nak mati awal kat sini ! " lelaki itu tertawa memandang Qaid . Aduhai... hero malaya mana pula yang menyibuk dalam urusan keluarganya ni ?

" Kau siapa ? Boyfriend Airis ? " tidak dijawab soalan itu malah tatapan tajam sahaja yang mereka berikan . Pak Ngah Zul mengangguk faham sambil tersenyum .

" Mesti jumpa kat club kan ? Dia ni customer tetap kau ke Airis ? So bro macam mana dengan anak buah aku ? OK ke KO ? "

" Kurang ajar ! "

" Awak ! No ! " baru sahaja mahu melayangkan penumbuk , Seroja sudah menghalangnya dengan memegang erat tangannya yang satu lagi . Dipandang mata itu yang merayu agar tidak berbuat demikian . Terus mati niatnya melihat mata penuh merayu itu . Tidak sampai hati .

Qaid menghembuskan nafas dan menarik nafas cuba untuk memupuk kesabaran . Pandangan tajam kembali mencerun mata lelaki itu .

" Aku tahu sekali lagi kau pukul isteri kau , memang aku bawak kes ni ke balai . Seroja ! Jom balik ! " Qaid mencengkam lengan gadis itu untuk menariknya keluar dari rumah itu .

" Mak ngah ikut Airis jom nak ? " wanita itu menggeleng tidak mahu . Terus berubah rasa nak marah wajah Seroja .

" Takkan nak duduk sini ? Bahaya ! "

QAID BUAT SEROJAWhere stories live. Discover now