BUNYI alarm telefon nyaring menjerit di tepi telinga menandakan dah masuk pukul lima setengah pagi. Oh Tuhan, rasa macam baru sepuluh minit yang lepas aku letakkan kepala di bantal dan belayar ke alam mimpi. Dah nak kena bangun. Aiseyman.
Telefon bimbit aku capai dan aku turn off-kan. Nanti terganggu pulak tidur si Abel, roommate merangkap kawan baik aku dari zaman hingusan sorang tu.
Aku mengeliat kemalasan. Getah rambut aku capai dan rambut yang beserabai kalah Mak Limah aku ikat. Katil sebelah aku pandang sekilas. Aik? Tak ada pun Cik Abel kita? Katil single dengan cadar bermotifkan bunga matahari disebelah katilku ini kosong dan kemas tersusun. Stuffed animals pun berbaris cantik je sebelah bantal busuk Abel.
Aroma harum nasi lemak yang memenuhi rongga hidung menjawab persoalan kehilangan kawan baikku ini. Kat dapur tengah beperang dengan periuk belanga rupanyaa. Tanpa berlengah, kain tuala aku sambar dan terus begegas ke dapur.
Abel yang masih di dalam baju kelawar merah jambunya sedang mengacau sambal nasi lemak. Potongan timun, ikan bilis garing dan telur rebus sudah siap menunggu di atas meja makan. Rajinnya sahabat aku harini.
Abel yang sedang ralit memasak dengan gaya mak-maknya (tangan kiri dicekak di pinggang) aku cuit. Aku bantal ketawa bila badan Abel mengeliut macam belut kena elektrik. Pantang kena cuit dekat pinggang minah sorang ni.
"Kau ni Fee! Terkejut aku. Cubalah bagi salam ke apa ke. Nasib aku tak ketuk kau dengan senduk ni ha." Marah Cik Abel kita. Sebenarnya kawan baik aku sorang ni penakut yang amat. Sebab itulah kami kongsi bilik yang sama walaupun banyak je bilik kosong kat rumah sewa kami ni. Aku hanya buat muka tak bersalah. Telur rebus dimeja aku rembat sebiji.
"Kau buang tebiat apa bangun awal ni? Selalunya memang aku yang gerak kau subuh." Padahal minah ni bukan ada kuliah pun pagi ni.
"Diam ah kau. Aku bangun pagi-pagi buta buatkan breakfast, nak kau bersemangat pergi temu duga internship kau, alih-alih ungkit kita bangun lewat pulak. Abel dah mula bermuncung tikus mondok. Merajuk-merajuk pun perhatian dekat sambal legend dia masih tak kurang. Aku sembunyikan ketawa.
"Siapa suruh kau masakkk. Kalau turun beli kat Makcik Jah kat bawah blok ni kan senang. Sebungkus baru RM1.50. Kau pun boleh sambung tidur sampai subuh hehehe." Sengaja aku bepura-pura tak teharu dengan act of service sahabat baikku ini. Padahal aku tahu dia cukup susah nak bangun pagi. Tapi demi aku, semangat dia bangun di luar waktu kebiasaan dia bangun, semata-mata nak masakkan makanan kegemaran aku.
"OOOO OKAYY CIK FEEYA ATHIYAAA. KAU PERGI LAH BELI NASI DEKAT MAK CIK KESAYANGAN KAU KAT BAWAH TU. JANGAN LUPA PACKING BARANG-BARANG KAU SEKALI HA PERGI LER JADI ANAK ANGKAT ACIK TU!" Nada Abel naik satu oktaf. Tangan dua-dua di pinggang, muka bekerut seribu.
"Kau tu berani ke nak tidur takde aku malam karang? Nanti cik han datang ketuk tingkap kau kang mencicit lari gi tidur rumah Acik Jah pulakk." Terkekeh aku ketawa sambil melepaskan diri dan berlalu ke tandas sebelum aku kena dengan Cik Nurul Nabeela mengamuk. Abel masih berdiri bercekak pinggang, muka macam nak baling aku masuk kuali.
Kepala aku keluarkan sedikit daripada pintu bilik air.
"Terima kasih Abel! Kau tahu kann nasi lemak kau paling sedap dalam Malaysia ni!! Sayang kau sampai syurga!!" Flying kisses aku layangkan sebagai usaha memujuk sahabatku yang sedang melayan rajuk. Abel hanya menjulingkan mata ke atas tetapi akhirnya tersenyum. Bukan susahh nak pujuk bestfriend aku sorang ni!
TOTEBAG yang tergantung di belakang pintu bilik aku capai. Fail bewarna ungu aku capai dan masukkan ke dalam beg. Dokumen sebagai surat kebenaran melakukan internship dari pihak universiti, pengesahan pelajar daripada fakulti, resume dan pelbagai semua aku susun dengan rapi dalam fail tersebut. Jam di dinding aku kerling. Baru pukul 7.30 pagi. Aku masih ada masa 2 jam sebelum interviu aku bermula.
Telefon aku hidupkan dan group family di aplikasi Whatsapp aku tuju.
Assalamualaikum abah, ibu, Along dan angah! Adik ada interview Internship harini. Doakan adik diterima tau! Rindu dan sayang semua orang, muahh!
Beberapa saat lepas mesej tersebut dihantar, aku nampak abah dan kaklong menaip sesuatu. Aku tersenyum. Awalnya diaorang bangun!
Waalaikumsalam adik sayang. Doa abah sentiasa mengiringi adik di setiap langkah adik. Jangan lupa baca doa okay. Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bil khair jangan tinggal. Hati-hati drive. Abah pun rindukan adik setiap hari... -Abah
Wasalam adik! Okay Goodluck interview! Jamgan lupa sarapan nanti adik gastrik. Semoga urusan adik dipermudahkan. Aminnn. Love you too baby sisterrr – Abang Long.
Senyumanku semakin lebar membaca pesanan daripada abah dan Along. Terasa lebih bersemangat. Angah memang takkan reply punya, dalam kem mana boleh guna telefon sangat. Aku faham je. Lagipun paling koman angah balas "K. Anak number dua memang annoying.
Dah lebih 5 kali aku pergi temu duga untuk internship sebagai Graphic Designer. Ini baru internship, belum kerja betul-betul. Dah berpuluh syarikat aku e-mail tetapi kebanyakkan ditinggalkan tak berbalas. Pensyarah pembimbing aku dah bising dalam group minta pelajar serahkan maklumat tentang syarikat tempat latihan industri masing-masing. Deadline untuk aku cari syarikat yang sanggup terima aku tinggal satu minggu sahaja lagi.
Naik gila aku browse cari syarikat-syarikat yang ada kekosongan jawatan intern dekat KL ni. Naik sepuluh tingkat tahap stress bila kawan-kawan satu course dah mula hantar info syarikat masing-masing. Tapi Allah itu maha mendengar. Firman Allah S.W.T dalam surah Al Ash-Syar-Ah ayat 6:
Yang bermaksud:
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Setelah seminggu berhempas pulas, syarikat-syarikat berpontensi mula menghubungi aku dan menawarkan posisi yang aku cari. Contohnya hari ini sahaja, aku punya dua sesi interviu. Satu pada pukul 9.30 pagi dan satu lagi pada pukul 11.00 pagi. Nasib menyebelahi diriku, jarak antara dua syarikat tersebut hanya 15 minit waktu berjalan. Aku juga mengambil keputusan untuk menggunakan public transport sebab aku cukup tak gemar trafik di bandar Kuala Lumpur ni. Nanti asyik kena hon je kalau bawak kereta.
Aku masih menantikan balasan daripada seorang lagi ahli keluargaku. Aku periksa read receipt pesanan yang aku hantar tadi. Semua dah ada dua garis biru di hujung nama masing-masing menandakan mereka dah terima dan baca mesej aku. Nama angah je satu garis kelabu. Menandakan angah tak buka telefonnya.
Ibu pun dah baca.
Lama aku tunggu sebelum aku nampak ibu menaip. Aku bedebar. Ibu, adik perlukan doa ibu..
Wasalam. Ok. InShaAllah.-Ibu
Punya lama aku tunggu ibu respon. Keluhan kecil aku lepaskan sebelum aku cepat-cepat berigstifar. Astagfirullahaladzim. Tak apalah, at least ibu sudi doakan aku. Itu pun dah lebih daripada cukup.
"Feeya! Jomlah makan dah pukul berapa nii." Suara Abel memanggil menyedarkan aku daripada lamunan panjang tentang ibu.
"Ya sekejap!". Telefon dan dompet aku masukkan ke dalam beg. Sebelum beredar ke dapur, aku singgah di hadapan cermin sebentar untuk memeriksa penampilan diri. Nak pergi interview, first impression tu penting. Jadi kena sentiasa kemas, okay.
Baju kurung kapas dusty pink dengan motif bunga-bunga putih kecil aku betulkan. Baju kurung hadiah daripada abah aku padankan dengan tudung bawal plain bewarna putih. Nasib baik awning tudung aku bekerjasama hari ni. Kalau tak, memang aku free hair ahh! Gurau je, nak mampus kena kejar dengan Inspektor bersara kat rumah tu.
Di hari yang indah ini, aku hanya mengenakan makeup simple sahaja. Yang penting skincare kena cukup step. Pelembap muka, toner dan sunscreen aku pastikan meresap dengan baik sebelum primer makeup diaplikasikan di kulit wajah. Foundation nipis aku ratakan menggunakan sponge, sedikit blusher dilalukan di pipi, eyeshadow bewarna coklat natural aku letakkan di kedua belah kelopak mataku akhirnya maskara nipis aku pakai. Akhir sekali, setting powder dan setting spray aku pakai untuk memastikan solekan tak cair bila kena matahari nanti.
Selepas berpuas hati dengan apa yang aku nampak di cermin, satu flying kiss aku hadiahkan kepada diri sendiri sebelum membawa diri ke dapur. Perut pun dah bernyanyi kelaparan. Semoga dipermudahkan urusan Feeya Athiya Mohd Rahim hari ini. Aminn!

ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romance"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...