RASA janggal pula kena kongsi bilik dengan lelaki. Disebabkan esok majlis bersanding di sebelah pihak aku, jadi kami pun stay je dekat rumah aku. Terpaksalah kongsi bilik dengan Ziyaad. Nanti apa kata ibu dengan abah kalau kami tidur berasingan, kan?
Aku yang pertama kembali ke bilik pengantin kami. Indah dihias oleh wedding planner bagi menaikkan mood romantik.
Suamiku masih diluar, sibuk melayan sanak-saudara yang berkampung di rumah abah ini. Aku mandi lama-lama sambil termenung memikirkan cara untuk melepaskan diri daripada Ziyaad malam ni. Tengah rancang escape plan ni guys.
Baju tidur lengan panjang, seluar panjang dan tudung sarung aku pakai siap-siap dalam bilik air. Kalau boleh nak pakai tiga atau empat lapis. Baru lah selamat.
Keluar dari bilik air, aku nampak Ziyaad dah lepak atas katil aku. Complete dengan baju melayu, kain pelikat dan kopiah atas kepala.
Baru balik ceramah kat masjid ke Ustaz Ziyaad oi.
Aku buat tak tahu je bila aku tangkap pandangan matanya ke arah aku. Atas bawah dia tilik aku. Aku dah mula gelabah.
"Kenapa kau tak pakai je telekung terus?" Tegur Ziyaad dengan muka serius. Aik? Marah ke aku bertutup litup? Takkan dia expect aku pakai seksi-seksi kut?
"Kejap nak ambil telekung." Terus aku tuju almari sebelum tanganku ditarik Ziyaad. Dia dudukkan aku di atas katil, sebelah dirinya.
"Sengal!" Dia ketawa kecil sambil menarik lembut pucuk hidungku.
"Kita kan dah nikah. Dah tak ada batas aurat antara kau dengan aku. Takkan lah kau nak tidur pakai tudung sampai Subuh esok? "
"Yupzzz absolutely. I'm going to sleep with my tudung tonight."
Ziyaad senyum simpul dengan jawapanku. Dia mendekatkan wajahnya ke wajahku. Aku mengesot mengelak daripadanya sebelum tangannya pantas menahan pinggangku. Dia tarik aku mendekatinya.
Dub dab dub dab. Jantung aku laju bekerja.
"Jangan risau, setakat tengok rambut kau iman aku tak tergugat pun." Ziyaad ketawa nakal.
Dia tunjuk hujung tudungku. Matanya redup meminta persetujuan aku. Ini apa pasal ni? Tadi cakap tak tergugat tapi kenapa aku rasa macam lain macam je vibe si Ziyaad ni..
Ibu.. Takuttt..
Aku angguk sahaja. Tak apalah, japgi aku baca surah Kursi, semoga syaitan gatal Ziyaad hilang.
Ziyaad dudukkan aku di bawah katil; di celah belahan pahanya. Dia kepit-kepit badan aku dengan kaki dia sampai aku terjerit kecil.
"Sakit la, bos!" protesku.
"Siapa bos kau? Aku laki kau lah, sengal." Dia juga protes. Oh ya juga. Lupa pula.
Dia tarik perlahan tudung sarungku. Rambutku yang disanggul Ziyaad lepaskan bebas mengurai ke bahu ku.
"Rambut basah-basah terus pakai tudung. Rosak rambut nanti." Pergh tercapai cita-cita aku nak menuntut ilmu rambut dengan Ziyaad.
"Pergi ambil tuala."
Aku dengan penuh taatnya bangun pergi mengambil tuala. Tuala aku sua kepadanya sebelum aku kembali duduk di tempat aku tadi.
Dengan penuh kelembutan, Ziyaad mengeringkan rambutku dengan tuala. Sambil-sambil tu kepala aku turut diurut olehnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Storie d'amore"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...