KATIL terus menjadi tempat tujuku apabila sampai di rumah. Abel dengan tiga orang housemate aku yang lain masih belum pulang. Kuliah mereka sampai petang harini.
Marah aku dekat jelmaan jin biru copy ori tadi masih bersisa. Jadi aku ambik keputusan untuk mandi. Selalunya kalau rasa nak marah, aku berwudhuk. Tapi disebabkan aku extra marah harini, aku rasa macam nak terus terjun somersault terus masuk dalam swimming pools (kolah air dalam tandas).
Susah jadi orang di luar beauty standard dekat Malaysia ni. Nak mohon kerja/internship pun kena deskriminasi.
Aku dah biasa kena bodyshaming sejak dari sekolah menengah lagi. Masuk tingkatan satu, entah perubahan hormon kot, hobi aku bertukar daripada tidur jadi makan. Tambah pula abah dipindahkan ke negeri atuk dan nenek tinggal. Sebut sahaja apa nak makan mesti nenek akan bersilat kat dapur untuk penuhi permintaan aku.
Satu-satunya genetik yang aku warisi daripada ibu adalah ketinggiannya yang tak berapa nak tinggi. Yang lain semua ikut abah aku yang handsome lagi macho. Kalau suruh bapak aku pakai tudung, memang sebijik muka aku. Jadi bila dah besar, dengan berat badan 89kg dan tinggi 158 cm, memang aku ditendang keluarlah dari definasi 'cantik' bagi orang Malaysia.
It was never a problem to me anyway. Aku tak pernah nak ambil kisah
tentang apa pendapat orang tentang aku. Kalau dah daripada umur kau 13 tahun kau asyik dengar perkataan'anak gajah', 'badak sumbu', 'mammoth' dan sefrekuensi dengannya, kau akan rasa lali.Tapi aku pun manusia biasa yang ada hati dan perasaan juga. Peluang aku dinafikan hanya kerana aku gemuk?
He didn't even bother to interview or see my works.
Aku ambil loofah dan aku tenyeh-tenyeh kaki aku sambil bayangkan aku tengah polish kepala si botak tu. Sakit juga scrubbing bila tengah marah ni. Confirm bekilat kulit aku lepas ni.
Aku cuba positifkan diri. Pesanan abah tentang segala yang berlaku dengan izin Allah S.W.T itu sudah semestinya bersebab mula berlengar di benak fikiran. Satu pintu tertutup untuk kita, akan ada lebih banyak pintu terbuka.
Kepada Allah aku beserah walaupun sebenarnya aku amat kesuntukkan masa.
Aku sambung lepak atas tilam lepas selesai mandi dan solat zuhor. Telefon bimbit aku hidupkan sebab perut dah mula minta untuk diisi dan aku terlalu malas nak pergi masak. Food delivery lah ceritanya.
Satu notifikasi email menghentikan niat awal aku. Terus aku buka dan baca kandungan email tersebut.
Today, 2:00 p.m
From: hqhim@gmli.com
To: FeeyaAthiya@gmli.com
SUBJECT: Re: Permohonan Menjalankan Latihan Perindustrian
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan daripada pihak Cik telah kami teliti dan pihak pengurusan telah bersetuju untuk menjemput Cik Feeya Athiya bint Abdul Rahim ke sesi interviu seperti yang tertera di bawah:
Tarikh: 18 Februari 20xx
Masa: 4.00 P.M
Alamat: HQ HIM, Kuala Lumpur
Yang Benar,
ZE
Chief Executive Officer.
HIM SDN.BHD
Sekarang dah pukul 3 petang yang bermaksud aku ada masa sejam sahaja lagi. Terus aku lompat dari katil dan bergegas ke almari. Baju kurung ironless aku capai dan tudung sarung aku rembat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Storie d'amore"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...