Bab 36

5.2K 244 33
                                        

AKU dibawa berubat. Keluargaku juga dimaklumkan tentang keadaan aku yang sekejap baran sekejap tenang. Ibu dan abah datang melawat bersama dengan pelbagai ikthiar untuk menyembuhkan aku. Ibu syak aku disihir dengan sihir pemisah.

Masuk akal juga syak wasangka ibu tu sebab tanpa alasan yang kukuh, aku selalu rasa panas bila duduk dekat dengan Ziyaad. Persoalannya, siapa yang berani sangat mensyirikkan Allah semata-mata nak rumah tangga aku dan Ziyaad roboh?

Syukur luka Ziyaad malam itu tidak begitu dalam. Luka pun cepat kering. Habis lengan suami aku berparut! Semua salah aku sendiri.

Abah nasihatkan Ziyaad supaya aku dibawa berubat secara perubatan Islam. Ziyaad kata dia dah hubungi ustaz yang pakar dalam perkara sebegini dan dia dah set appointment untukku. Ustaz juga ada ajar beberapa surah simple untuk Ziyaad baca jika aku berubah menjadi 'aku' yang satu lagi.

Kali pertama dibawa berubat, aku tak sedar apa-apa. Bila aku tersedar, rasa loya menguasai diri. Belum sempat ustaz menghulurkan baldi, aku dah muntah atas tangan suamiku. Ziyaad hanya menadah tanpa ada reaksi jijik sekalipun. Penuh tapak tangannya dengan darah, paku dan kaca.

Sakit perut yang memulas tak boleh nak dibandingkan dengan sakitnya melihat air jernih yang bertakung di tubir mata suamiku. Tak perlu dia bagitahu, aku tahu dia cukup terluka melihat isterinya berduka.

Di satu pertiga malam yang sunyi, aku selalu dibangunkan dengan esak halus suamiku yang mengiringi doanya.

"Ya Allah Ya Rahim.. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penyembuh.. Kau sembuhkan lah isteriku.. Kau lindungilah kami daripada segala niat jahat makhlukmu yang lain... Aku merayu padamu Ya Tuhanku.. Pindahkanlah sakitnya kepadaku Ya Allah... Aku sanggup menanggungnya asalkan dia tak sakit lagi.."

Setiap malam tanpa letih, doa tersebut berkumandang sayu di bilik tidur kami..

.....................,.......................................,.......................................,..................
Dua hari aku demam panas. Ziyaad ambil cuti dan setia menjadi doktor peribadi tak berbayar untukku. Doktor paling handsome seantero Malaysia!

Ustaz mengesahkan yang aku disihir. Tujuan utamanya memang untuk memisahkan kami. Dia maklumkan yang kami kenal dengan dalang di sebalik perbuatan keji ni.

Siapa? Umai ke? Irfan? Ke ex-girlfriend Ziyaad?

Tetapi mood aku masih seperti roller coaster. Kadang-kadang aku mengamuk sakan. Barang yang berdekatan dengan aku akan aku ambil dan baling tepat ke arah Ziyaad. Ziyaaad hanya tenang mengelak semua balingan aku.

Ada sekali aku campak mug coffee yang masih berisi kopi panas ke arahnya sewaktu kami sedang bersarapan. Mujur Ziyaad punya tindak balas refleks yang pantas. Seolah ada suara yang meminta aku terus menyakiti suamiku yang tak berdosa itu. Selepas aku tersedar, aku pasti menangis beria. Ziyaad pula tidak pernah berkeluh, hanya sabar memujukku.

Baru setahun berkahwin sudah sebegini ujianku.

"Sayang kena ingat. Allah itu Maha Adil. Bersyukurlah sayang.. Allah pilih kita untuk diuji. Maksudnya Allah masih sayangkan kita, Dia tak pernah tinggalkan kita.. Lagi satu, Allah tu Maha Penyayang..Tak akan Dia uji sesorang hamba itu melebihi apa yang dia boleh pikul. Sabar, okay sayang? Walau apa pun ujian, abang akan sentiasa ada dengan sayang.." Pujuk Ziyaad panjang lebar ketika aku mengeluh kepadanya.

Bila Ziyaad keluar bekerja, rindu kepadanya membuak-buak. Aku sanggup sembunyikan kunci motornya supaya dia tak boleh keluar ke pejabat. Tapi selalu dia tahu je kat mana aku sembunyi. (Dalam almari solek di dalam bilik air)

Bila Ziyaad di pejabat, aku akan telefon dia sejam sekali. Bukannya ada benda penting pun, telefon sekadar nak dengar suara suamiku.

Bila Ziyaad tak angkat sebab tengah sibuk, aku spam Whatsapp beliau. Ziyaad tak pernah marah. Layan je perangai ting-tong aku yang satu tu.

Perfectly Imperfect [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang