INTERVIU pertama berjalan dengan sangat lancar. Soalan-soalan penemuduga aku jawab dengan baik persis apa yang aku ulang kaji pada malam semalam. Design ciptaan aku juga aku bentangkan kepada mereka dan mereka kelihatan sangat berpuas hati.Fuh, nak minta intern macam nak minta kerja betul-betul.
Syarikat yang pertama juga menawarkan elaun sebanyak RM1.2K kepada pelajar yang diterima menjalani latihan di sini tetapi berita yang kurang senang disampaikan kepada aku di hujung sesi temu duga. Syarikat ini hanya akan menerima trainee awal bulan tahun depan, lebih kurang satu tahun dari sekarang. Aku tak ada masa untuk menunggu selama itu. Jika tertangguh internship, maka tertangguhlah graduasi aku.
Aku dah merancang sejak awal degree lagi untuk menyambung master seterusnya program PHD. Jadi aku masih ada jalan yang panjang untuk mencapai impian. Ini impian arwah nenek; untuk melihat aku menjadi seorang doktor falsafah.
Sebenarnya arwah teringin nak cucu perempuan tunggalnya jadi doktor perubatan. Tapi keputusan SPM aku yang tak seberapa tak mengizinkan aku untuk mohon kursus perubatan. Jadi aku kawtim dengan nenek, ada Dr kat depan nama pun okay je kan nek? Arwah nenek hanya tergelak dan mengusap-usap rambutku.
"Nenek tak kisah pun, kakak. Kalau kakak tak ada tittle Dr pun tak apa. Nenek cuma nak cucu-cucu nenek menuntut ilmu sahaja. Ilmu lagi beharga daripada segala harta benda. Semoga dengan ilmu, cucu nenek akan jadi orang yang berguna dan berada. Pengetahuan dan adab sahaja yang dapat membezakan seseorang insan daripada satu sama lain. Bukan paras rupa, duit atau pangkat." Kembang kuncup hati mendengarkan persetujuan nenek. Begitu juga dengan ahli keluargaku yang lain.
Kecuali ibu.
Ibu sangat kecewa bila aku gagal memohon kursus perubatan disebabkan keputusan SPM aku yang hanya cukup-cukup makan. Puan Khalida nak sangat salah seorang daripada anaknya menjadi doktor.
Asian moms and their obsession of wanting their child to be in medical fields.
Abang sulungku tak berminat nak merawat orang kerana dia lebih cenderung untuk mendidik.
Angah, dari umur 5 tahun dah bagitahu nak jadi polis macam abah. Tapi last-last jadi tentera.
Jadi tinggal aku sahaja yang ibu boleh diharapkan untuk mencapai impian dia yang satu itu.
Sejak daripada itu, hubungan aku dan ibu mula renggang.
Tapi aku tak patah semangat. Aku masih ada satu lagi temu duga hari ini. Langkah yang diiringi dengan seribu harapan aku hayunkan menuju ke tempat temu duga kedua berlangsung.
Sesampainya aku di pejabat syarikat yang kedua, aku mula merasa sedikit resah. Lot yang dimiliki syarikat ini Nampak kusam dan tak terurus daripada luar. Sawang labah-labah memenuhi banner syarikat dan warna catnya juga kelihatan sangat kusam berbanding dengan lot-lot jirannya. Aku tepis fikiran negatif dan terus bergerak ke dalam pejabat.
Salam aku berikan. Seorang wanita dalam lingkungan pertengahan 20-an menyambut salamku dengan muka yang masam. Matanya masih terpaku di telefon pintar dalam gengammannya, langsung tidak bertentang mata ketika berkomunikasi dengan aku.
"Saya datang untuk interview trainee graphic designer" Wanita tersebut hanya menunjukkan bilik boss dengan menggunakan mulut.
Fuh tolak 100 poin untuk customer service. Kalau bukan sebab aku terdesak, memang sekarang juga aku cau. Pintu bilik boss aku tolak selepas aku beri salam.
Seorang lelaki botak yang sudah pastinya boss duduk di atas meja yang dipenuhi dengan kertas yang betaburan. Beberapa biji mug kosong turut menjadi 'aksesori' istimewa di atas mejanya. Siapalah aku untuk menghakimi, meja aku pun macam kena ribut taufan masa minggu final exam.
"Saya dah tampal notis "peminta sedekah dilarang masuk ke dalam premis" depan tu kan? Siapa benarkan awak masuk ni?" Encik Rushdi nampak sangat tidak senang dengan kehadiran aku.
"Eh bukan Encik, saya Feeya Athiya, pelajar dari Sunway Collage. Saya ada email mohon nak buat latihan perindustrian dekat sini." Cepat-cepat aku perkenalkan diri.
Encik Rushdi memandang aku dari atas ke bawah. Aku hanya kaku terpacak macam orang-orang dekat sawah padi.
"Pergh dalam gambar cantik nak mampos. Datang depan-depan macam makcik janda anak lima orang. Budak zaman sekarang memang tak pandai nak jaga diri ke? Muda-muda dah selekeh." Tanpa sebarang belas kasihan, Encik Rushdi terus menyembur aku.
Aku tarik nafas dalam-dalam, cuba untuk tidak membiarkan rasa amarah menguasai diri.
"Minta maaf encik. Saya tak faham kenapa encik nak kena berkasar dengan saya. Saya datang secara baik lepas encik sendiri yang jemput saya datang interviu." Suara aku masih bernada tenang.
Encik Rushdi ketawa besar. Entah wayar mana ye yang putus dekat kepala dekat otak orang tua ni. Dia bangun mengelilingi aku dan jari telunjuknya digerakkan ke atas dan ke bawah aku.
"Badan macam tong drum cenggini nak mintak kerja dekat sini? Tak selera aku nak buat kerja kalau pemandangan macam ni. Kau balik diet dengan exercise dulu, baru kau datang lain. Dah boleh keluar. Aku tak nak terima kau." Pintu keluar officenya ditunjuk dengan kasar.
"Eh untuk pengetahuan Encik Rushdi, saya pun tak ingin lah nak intern dekat sini! Office mengalahkan tanah pekuburan, suram macam otak encik! Saya boleh bawa lemak-lemak saya keluar lahhh!" Aku genggam erat tali totebag dan mula melangkah keluar. Kan betul instinct aku, syarikat ni sesuatu sangat.
Aku berhenti sebentar sebelum melangkah keluar. Tanpa melihat wajahnya, aku maki dia balik.
Slogan hormat orang tua memang tak boleh pakai dengan warga emas yang perangai serupa firaun macam ni.
"Sebelum Encik nak kutuk saya, cuba encik tengok cermin! Kalau saya gemuk, encik punya perut tu pun dah macam jin biru yang dalam cerita Alladin tu. Dengan botak plus janggut sejemput encik tu, memang dah macam kembar saya tengok. Hari-hari terpijak paku serpih, mengata orang dia yang lebih!"
Terus aku keluar daripada bangunan tu. Kakak kat depan tu pun aku tak tegur. Dia dengan encik boss Alladin dia boleh pergi arwah!
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect [C]
Romance"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...