ZIYAD bangunkan aku untuk solat subuh pagi itu. Malas-malas aku buka mata.
"Lima minit lagi pleasee abang." Aku tayang muka kesian. Ziyaad yang berdiri di sisi katil dan sudah lengkap berbaju melayu navy blue dan kain pelikat mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Tak baik lengahkan solat, Feeya. Bangun sebelum abang ambik rotan!"
Ceh, berani rotan aku?
"Yelahh." Aku mengalah dan bangun dari katil.
"Abang dah ambil wudhuk ke? Cepatnya?"
"Dah, abang tak boleh tidur semalam. Itu yang abang bangun lagi awal daripada Feeya." Ziyaad berjalan pergi mendapatkan sejadah dan membentangkannya untuk kami.
"Dah tu abang buat apa je?"
"Abang tengok Feeya tidur sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan depan mata. Isteri abang tidur pun cantik..."
Aku baru nak tangkap leleh tapi Ziyaad sambung lagi ayatnya.
"Walaupun tidur berdengkur macam nak runtuh syiling kondo." Serentak dengan itu, Ziyaad ketawa tak ingat dunia. Melebih gelak sampai terbongkok-bongkok dok tekan-tekan perut.
"Eee abang ni! Tipu ah, mana ada orang berdengkur." Bantal ku baling ke arah Ziyaad tapi dia sempat mengelak.
"Betul lah sayang. Abang ada rekod okay. Kejap lagi lepas solat abang tunjuk."
Tiba-tiba ilham nak kenakan balik Ziyaad datang.
"Tak apalah, walaupun abang annoying sebab rekod Fee tengah tidur, tapi disebabkan abang puji Fee cantik, Fee nak kasi hadiah."
"Hadiah apa, yang?" Ziyaad teruja.
Aku mendekati Ziyaad dan cupp, satu ciuman di pipinya.
Ziyaad tersenyum meleret bila aku kucup pipinya. Seminit kemudian matanya terbuntang bila tersedar sesuatu.
"Sayang!!! Batal lah wudhuk abang!!! Sengal punya isteri!!" Aku dah tak tunggu dah, terus aku rembat tuala Ziyaad dan terus pecut ke dalam bilik air sambil terkekeh ketawa. Padan muka!!
"Jangan lupa mandi sayangg!!!" Ziyaad pekik dari luar bilik air. Terus terasa bahang di pipiku.
Adehh terkena balik ke batang hidung aku. Tak bagi chance aku menang langsung la Ziyaad ni.
.............................................................................
Disebabkan hari ni hujung minggu, Ziyaad ajak aku keluar dating. Eihhh indahnya bercinta lepas nikah episod 2.
Selepas sarapan, Ziyaad bawa aku meronda satu KL harini. Of course lah merempit. Tak terasa sakit belakang sebab kena membongkok kan tubuh waktu membonceng dengan Ziyaad. Yelah tengah mabuk bercinta.
Setiap kali kami berhenti di lampu isyarat, Ziyaad akan mengemaskan pelukan aku ke tubuhnya.
Hentian pertama kami adalah Aquaria KLCC. Bila aku tanya dia minat ikan ke? Dijawabnya;
"Tak ada lah suka sangat, saja bawa Fee datang sini. Abang tengok budak-budak muda kalau bercinta mesti dating tengok ikan. Abang pun nak try." Cakap macam dia dah tua sangat. Baru 28 nak masuk 29 tahun kut.
Semua jenis ikan Ziyaad perhati satu-satu. Satu persatu akuarium dia berhenti dan tilik. Tangan masih tak lekang daripada tangan aku. Ye ye je tak minat ikan.
"Sayang?" Ziyaad tiba-tiba panggil. Padahal aku duk terpacak sebelah dia je ni.
"Ya abang."
"Sayang? Oo sayang? Kenapa duduk dalam akuarium ni? Jom jom balik rumah." Mulut duk becok seru aku, tapi mata terlekat dekat akuarium. Aku intai apa yang sedang Ziyaad perhatikan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romans"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...
![Perfectly Imperfect [C]](https://img.wattpad.com/cover/334801951-64-k685604.jpg)