Bab 40

7K 261 66
                                    

CUACA yang panas tetapi berangin membuai selendangku di kepala. Daun-daun kering yang jatuh di kubur hadapan aku ambil dan buang. Pokok bunga kemboja tumbuh dengan baik di kubur ini. Haruman daripada bunga tersebut memberi rasa yang nyaman kepada diri.

"E-I-S-K-A-N-D-A-R.. Eiskandar!! Sama dengan nama Zein lah ibu!!" Anak kecil berusia 5 tahun ini teruja mengeja nama di batu nisan.

"Ya sayang. Sama dengan nama Zein.." Zein Eiskandar tersenyum manis memandangku. Lesung pipit terlokek dalam di pipi kirinya. Copy paste babah dia betul!

Mata kecoklatannya bersinar apabila terkena cahaya matahari yang mula garang memancar. Benar kata Ziyaad, andai aku rindukan dia, hanya perlu pandang wajah anakku ini. Seumpama ternampak Ziyaad tetapi versi mini!

Zein Eiskandar bin Ziyaad Eiskandar. Sengaja aku letakan nama babahnya di belakang namanya. Biar dia bawah babahnya ke mana sahaja kaki melangkah. Seperti aku yang sentiasa membawa cinta Ziyaad ke mana sahaja aku berkelana.

Cepat sekali masa berlalu. Serasa macam baru kelmarin dia dibenarkan pulang ke rumah selepas hampir tiga bulan di hospital.

Songkok kecilnya aku betulkan. Baju melayu biru lautnya mula comot dengan kesan tanah. Haih lah anak teruna, tak boleh nak duduk diam langsung!

Mati. Syarat untuk mati ialah hidup. Tak ada sesiapa yang boleh lari daripada kematian. Sebelum kita lahir sudah ditentukan bila tarikh dan waktu kita akan dijemput pulang oleh Tuhan. Asalnya manusia daripada syurga, singgah di dunia untuk berusaha untuk kembali ke syurga.

Yang ditinggalkan sudah semestinya akan berasa sedih. Orang kata masa akan menyembuh segala luka. Tapi berapa lama yang perlu diambil untuk menerima kenyataan bahawa yang pergi tak akan kembali? Berapa lama harus merintih merindukan mereka? Entahkan sampai kita sendiri menutup mata pun rindu tersebut  masih bersisa dan berbekas di jiwa.

Zein merapatkan kedua tangan kecilnya. Meniru aku berdoa. Mulut terkumat-kamit macam baca mantera! Aku ketawa perlahan melihat aksinya. Penghibur hatiku ketika duka dan lara.

"Zein doa apa tu, sayang?" Zein angkat wajah memandangku.

"Zein doa nak jumpa kembar Zein dekat syurga nanti, ibu." Gigi putihnya ditayangkan.

"Kembar?" Seingat aku, aku hanya lahirkan dia je. Bila dia ada kembar ni??

"Ni ibu, yang dalam tanah ni. Nama kitaorang kan sama, kembar la tu!" Selamba badak dia dalam tanahkan orang ye!

Aku cuit pipinya. Akal banyak ini budak!

"Itu kembar babah lah, abang!!" Ziyaad menyampuk secara tiba-tiba. Anak daraku di dalam dukungan merah mukanya menahan panas.

"Yelah. Babah kan kembar Zein juga. Jadi Paklang pun kembar Zein juga lah." Balasnya lagi. Zein sambung berdoa. Tidak endahkan babahnya lagi.

"Dah jumpa ke botol susu Lea, abang?"

"Dahh, ada jatuh dekat celah-celah carseat baby tadi, abang dah susukan Lea dahh, sayang." Ziyaad tersenyum bangga. Begitulah suamiku, tak pernah kekok dalam urusan menjaga anak.

Tak dapat aku gambarkan bagaimana bersyukurnya aku bila Ziyaad sedar dari koma. Tepat hari Zein dibenarkan pulang ke rumah.

Ziyaad yang masih lemah ketika itu menangis perlahan bila aku letakkan Zein di atas dadanya. Zein dipeluknya erat macam tak nak lepas. Yang si anak pun macam tahu-tahu je tengah landing atas babah dia, dalam nyenyak tidur dia dengan spontannya tersenyum.

Perfectly Imperfect [C]Where stories live. Discover now