Bab 35

5.1K 232 10
                                    

HAMPIR dua minggu kami di kampung nenek, Inspektor Ibrahim akhirnya benarkan kami pulang ke KL. Hamba Allah yang menganggu tenangku sudah tidak lagi menghantar ugutan yang sama.

Abel paling happy. Yelah, dah seminggu tak jumpa buah hati pengarang jantung dia.

Dah seminggu juga aku mimpikan benda sama. Bangun dengan Irfan di sisi, Irfan beritahu yang dia dah bunuh orang yang aku sayang, lepas tu dia cuba untuk bunuh aku pula.

Setiap kali aku mimpikan benda sama, Ziyaad tak jemu memujukku. Pelukan dan alunan ayat suci Al-Quran daripada bibirnya menenangkan jiwaku yang resah.

Tetapi sejak aku kembali mimpikan Irfan, aku jadi menyampah dengan Ziyaad. Aku pun tak tahu kenapa. Setiap kali Ziyaad menyentuhku, aku rasa seperti kulitku dibakar dengan api.

Aku juga banyak mendiamkan diri. Aku tak rasa macam nak bercakap dengan sesiapa. Walaupun Abel. Makan pun dah tak selera. Puas Ziyaad pujuk, baru aku makan sesuap dua.

Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, aku hanya pilih untuk mendiamkan diri. Segala pertanyaan Ziyaad aku biarkan berlalu tanpa jawapan. Wajah tampan Ziyaad pun aku tak nak tengok.

Entah kenapa, perasaan benci terhadap suami sendiri semakin bertambah dari hari ke hari. Sebahagian kecil diriku masih menyalahkan Ziyaad dengan apa yang terjadi. Andai Ziyaad tak mendekati aku, aku pasti Irfan tak akan muncul semula. Mimpi ngeri aku takkan kembali!

Tapi cepat-cepat aku beristighfar. Semua yang berlaku adalah dengan izin yang Maha Kuasa.

Aku tahu Ziyaad perasaan akan perubahan sikapku. Riak wajahnya yang kecewa setiap kali aku menolak sentuhannya jelas terpancar.

Ziyaad tak pernah mengalah. Aku tolak sejauh mana pun tetap tangan kekar itu kembali memaut tubuhku ke arahnya. Setiap kali aku berkelakuan aneh, Ziyaad tak pernah tinggalkan ayat Al-Quran. Walau sekeras mana pun aku meronta, akhirnya aku akan menyerah lemah di dalam pelukannya.

Kereta aku dipandu Abel dari Kedah ke KL. Kalau ikutkan hati, aku nak pandu pulang sendiri. Memang tak ada hati nak duduk dalam ruangan yang sama dengan Ziyaad.

Sesampainya di Kuala Lumpur, Abel terus pulang dijemput Ammar. Aku hanya menghantarnya dengan senyuman dan lambaian yang lemah sahaja.

Sesampainya di kondo Ziyaad, aku terus masuk ke bilik dan bersekelubung di dalam selimut. Letih mengalahkan orang yang memandu.

"Sayang, asar dulu baru tidur." Ziyaad masuk ke bilik dan menegurku. Oh ya, solat pun aku dah liat sekarang. Kalau Ziyaad tak ingatkan, memang sampai sudah aku tak solat.

"Japgi lah. Letih lah. Nak tidur." Ziyaad tarik selimut yang menutupi tubuhku.

"Dah lewat ni Fee. Jom, solat kejap je. Nanti tidur lain." Tanganku ditarik lembut supaya bangun olehnya. Aku bangun malas-malas dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Ziyaad yang dah berdiri menunggu aku hanya tersenyum melihat akalku. Jalan pergi sejadah  perlahan-lahan, pakai telekung pun serupa orang tak makan sebulan. Aku jeling Ziyaad. Ziyaad buat tak tahu sebelum dia imamkan asar kami.

Sesudah solat, Ziyaad hulurkan tangannya. Kebiasaannya, aku akan ambil dan kucup tangan suamiku setiap kali kami usai solat bersama. Selepas itu, Ziyaad akan hadiahkan ciuman di dahiku. Tapi harini aku rasa tak nak sentuh Ziyaad. Aku biarkan sahaja hulurannya dan bangun menuju ke katil.

Aku dah tak kisahkan apa reaksi Ziyaad. Lantak dia! Asal aku boleh tidur.

Aku lebih suka tidur pada waktu siang. Sekurang-kurangnya, tak ada mimpi ngeri yang mengugat keamanan tidurku. Jadi bila malam, aku berjaga macam burung hantu.

Perfectly Imperfect [C]Where stories live. Discover now