AKU dah tak boleh nak duduk diam. Ziyaad masih belum dapat dihubungi. Aku call Ara, dia cakap abang dah lama balik lepas hantar anak nenek kebayan tu naik bilik.
Sepatutnya Ziyaad dah sampai rumah. Jadi betul ke suami ku dah terbaring tak bernyawa dekat atas jalan raya yang entah di mana?
Aku terduduk di sofa. Semua kenangan dengan Ziyaad Eiskandar bermain di minda. Tarzan jadian pencen yang sentiasa ada di setiap langkah aku selepas kami bertemu..
Ziyaad yang suka buli aku waktu aku masih bergelar intern di syarikat miliknya..
Ziyaad yang selamatkan aku daripada tersesat dalam hutan...
Ziyaad yang hafal makanan yang selalu aku order di kafe kesukaan aku..
Ziyaad yang tak akan benarkan aku periksa kalori di belakang pek makanan..
Ziyaad yang tak boleh tidur kalau aku kalau aku tak ada di sebelah...
Ziyaad yang akan tersenyum bangga setiap kali aku memeluknya ketika membonceng Ninja bersama..
Ziyaad yang cukup sabar melayani insecurities aku..
Ziyaad yang tak pernah letih bagitahu aku yang aku cantik di matanya.
Dari hari pertama kami sah sebagai suami isteri lagi, aku dah tahu aku sebenarnya dah lama jatuh sayang dengan suami sendiri. Tapi aku selalu nafikan dengan alasan mustahil Ziyaad mempunyai perasaan yang sama..
Ya Allah.. Sesingkat ini sahaja kah pinjamanMu kepadaku? Tak ada peluangkah untuk aku melafazkan rasa sayangku kepadanya?
Dada mula terasa sebak. Aku biarkan air mata jatuh membasahi pipiku.
"Abang..Fee..Sayangkan..Abang..."
Dalam sedu sedan, aku lafazkan pengakuan rasa cintaku yang Ziyaad tak sempat untuk dengar sendiri.
Telefon ku berdering lagi. Nombor yang tak dikenali lagi. Aku pantas menjawab.
"Assalamualaikum. Maaf menganggu, saya Inspektor Wan dari IPD Dang Wangi..Ini Puan Feeya Athiya ya?" Aku mengiakan pertanyaannya.
"Dengan penuh dukacita, saya nak maklumkan yang suami puan, Encik Ziyaad Eiskandar terlibat dengan kemalangan jalan raya. Saya harap puan dapat bertenang dan saya minta Puan dan keluarga untuk datang ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses pengecaman jenazah.."
Terasa gelap duniaku mendengar pengkhabaran yang baru aku dengar. Terus terasa lemah lututku. Inspektor Wan di panggilan tidak ku hiraukan lagi.
Aku tak boleh terima suamiku dah tak ada.
Tangisan ku hamburkan sekuat hati.. Mata ku tutup rapat. Biarlah aku tenggelam di dalam kegelapan..
Cahaya aku dah pergi tinggalkan aku sendirian...
Telinga aku tekup dengan kedua belah tanganku.
Apa gunanya aku terus mendengar jika tiada lagi suara nyaman milik suamiku..
"Abang! Sampai hati tinggalkan Feeya.. Abang.. baliklah..." Rintihku seorang diri..
Belum puas rasanya aku menghabiskan sisa umur bersamanya.."Fee.." Seperti kedengaran suara parau milik suamiku..
"Feeya Athiya.." Kegemarannya memanggilku dengan nama penuh..

ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romance"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...