Bekal Makanan

2.2K 112 5
                                        

ZEIN yang tengah berdiri sambil menundukkan wajah ke lantai di hadapan babahnya aku pandang dengan perasaan yang  bercampur baur. Kesian sebab teruk dia kena bebel dek Ziyaad. Terhibur tengok memek muka sedih tak berapa jadi dia tu.

Ceritanya, markah Matematik Ujian Akhir Sesi Akademik seketul Zein Eiskandar baru-baru ini jatuh merundum bak apple jatuh ke tanah ye. Apa lagi, bising lah Encik Ziyaad Eiskandar tu.

Eleh, yang si babah tu pun kadang-kadang 7 tambah 9 pun kira pakai jari lagi. Ada hati nak marah anak!

"Babah dah banyak kali pesan dekat abang. Ipad tu main bila dah siap ulangkaji je kan? Ini tak, balik sekolah terus menempek dengan tablet."

"Ipad 24 jam. Apa pun taknak buat."

"Yang ibu pun. Pantang anak buat muka sedih sikit, terus cair. Cubalah bertegas sikit dengan anak."

Eh kita pula kena marah.

Aku buat tak dengar. Malas nak masuk campur. Bukan apa, terimbau pula kenangan aku kena bantai dengan abah sebab dapat markah Matematik paling rendah waktu umur-umur Zein dulu. Trauma der.

Dah tahu dah Zein menurun siapa. Muehehehe.

Zein masih menunduk ke lantai. Dengan gaya serupa polis tengah menghadap ketua polis negara, anak teruna aku tu tak angkat langsung kepala. Menonong je tengok ibu jari kaki sendiri dekat lantai.

"Sebagai denda, babah akan potong duit belanja. Sehari bawa dua ringgit je. Nanti dah naik gred baru babah kasi RM5 balik."

"Ada erti?" Zein mengangguk takut-takut.

"Dah pergi naik bilik. Berus gigi lepastu tidur. Jangan lupa baca doa tidur."

"Baik.. Babah.. Abang minta maaf.." Belas pula aku tengok Zein minta ampun. Rasa nak marah dekat babah dia yang overreacting tu.

Zein hulur tangan untuk bersalam dengan babah. Rutin harian dia, sebelum tidur salam dan peluk babah dan ibu. Malam ini tak terkecuali walaupun babah dia tengah membara terbakau.

Ziyaad garangkan muka tapi masih menyambut huluran anak sulong kami. Pipinya disua mahu tak mahu. Aku tahu dia sengaja tak cium Zein malam ni.

Aku pula rasa nak marah tengok dia marah Zein!

"Ibu.. Abang minta maaf..." Zein datang pula ke arahku. Aku peluk dan cium dia selepas dia lakukan rutinnya yang satu itu.

"Tak apa abang. Dengar nasihat babah ya? Zein cuba lagi nanti tau." Aku cium pipi dan dahi dia macam kebiasaannya. Double kiss bagi pihak Ziyaad yang merajuk tu.

Zein angguk dan berlalu pergi. Hilangnya Zein dari pandangan mata, aku henyakkan punggung di sofa sebelah Ziyaad. Pandangan kami jatuh ke television yang tengah tayangkan berita.

"Stress nau bang. Abang ada cita-cita nak suruh Zein jadi akauntan negara ke bila dia dah besar nanti?"

Ziyad pandang aku pelik. Hampir bercantum kedua belah kening dia.

"Apa pula akauntan ni yang?"

"Yelah. Setahu Fee kalau nak jadi akauntan je lah math kena pandai." Selamba aku menjawab.

Ketawa kecil terlepas daripada bibir Ziyaad. Kelako ke soalan aku tadi tu? Tapi aku biar jelah dia gelak. Daripada duk stress memanjang macam kucing hilang anak.

Anak tak skor Matematik je pun. Dunia belum berakhir lagi bro!

"Awak tahu tak anak teruna awak tu dapat markah Matematik paling rendah dalam kelas?" Ziyaad menyoal aku balik. Aku angguk je.

Perfectly Imperfect [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang