GENAP dua bulan aku menjadi isteri Ziyaad Eiskandar. Suprisingly it wasn't that bad.
Ingat tak bila kami pilih untuk tidak berkongsi bilik dengan alasan tak nak melebihi batas hubungan kami yang hanya sekadar kawan?
It last for a night only.
Malam kedua aku di kondo Ziyaad, aku terjaga di tengah-tengah pekat malam. Tekak terasa kering dan dahaga jadi aku heret tubuh aku ke dapur.
Waktu aku melintasi bilik Ziyaad ketika hendak kembali ke kamarku, aku terdengar suara Ziyaad meracau di dalam tidur.
"Alang jangan!" Ziyaad menempik kuat.
Aku terus tolak pintu biliknya. Manalah tahu ada perompak tengah menyerang suami aku ke.Aku buka lampu dan amati kawasan sekelilingku.
Tak ada sesiapa pun?
Aku labuhkan punggung di hujung kakinya.
Badan Ziyaad berpeluh teruk walaupun pendingin hawa dibuka dengan suhu yang paling sejuk. Kulit beruang gamaknya laki aku ni. Tidur sejuk-sejuk pun tak pakai baju.
Basah cadar dengan peluh Ziyaad. Aku baru nak kejutkan dia tetapi tertangguh bila dia tiba-tiba teresak-esak menangis.
"Bangun alang, bangun! Jangan tinggalkan aku.." Rintihnya dengan mata terpejam. Jatuh belas kasihan aku melihatnya begini.
Aku ada banyak soalan nak tanya tapi tak apalah. Ziyaad lagi penting buat masa sekarang.
"Awak, bangun lah. Kenapa ni?" Tubuhnya ku goncang perlahan berulang-ulang kali. Ziyaad buka matanya dengan perlahan.
Aku sedikit terkejut apabila dia terus bangun memeluk tubuhku. Dipeluk erat seperti aku lah 'Alang' yang pergi tinggalkan dia.
"Fee, jangan tingalkan aku." Tangisannya sudah lama terhenti tapi dapat aku rasa titik-titik air panas jatuh ke belakang bajuku.
"Ye, saya tak tinggal awak. Tidur lah.." Aku pujuk Ziyaad perlahan lalu aku baringkan badannya kembali. Aku dodoikan baby tua seorang ni dan tunggu sampai dia kembali melelapkan mata.
Yakin Ziyaad dah tidur, aku bangun dari katilnya untuk pulang ke bilikku.
Tapi belum sempat aku beredar, tanganku diapaut tangan Ziyaad sehingga terduduk kembali ke katilnya.
"Stay." Mintanya ringkas. Ziyaad mengesot ke kiri katil yang kosong; membuka ruang kepadaku di sisi kanan katilnya.
Ziyaad tarik aku perlahan untuk berbaring di dalam pelukannya. Aku berbaring mengiring di sisi suamiku yang mengeratkan pelukan ke tubuhku seolah aku akan hilang daripada pandangannya jika aku terlepas daripada sentuhannya.
Terus hilang prinsip kawan tak kongsi bilik yang sama aku sebelum ini.
Keesokkan harinya, aku terjaga seawal jam 5.30 pagi. Ziyaad masih nyenyak tidur waktu aku bangun, dengan tangan masih setia di pinggangku.
Masih ada satu jam lagi sebelum azan subuh. Aku putuskan untuk sediakan sarapan. Semangat ye nak siapkan first breakfast untuk husband.
Rambut yang mengurai aku sanggulkan malas dan bilik air aku tuju untuk membersihkan muka. Masih dengan soalan siapa Alang yang sebenarnya? Apa yang terjadi? Kalau aku tanya Ziyaad jawab tak?
Siap mengosok gigi dan membasuh muka, dapur jadi destinasi seterusnya. Aku buka kabinet dapur Ziyaad untuk meninjau bahan-bahan yang boleh aku gunakan untuk sediakan sarapan.
Ada semata-mata sekotak pancake mix dan susu Dutch Lady perisa Strawberry yang masih belum dibuka. Aku buka peti ais.
Telur, coklat Cadbury, Kinder Bueno, blueberry, butter dan fresh milk sahaja yang ada di dalam peti ais Ziyaad. Ish memang peti ais orang bujang sungguh.

ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romansa"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...