"Kalau Fee mati, abang kahwin lain tak?"
Tersedak suami aku yang tengah berkebun itu. Dengan topi jerami sebesar alam. Aku pun tak tahu lah apa yang merasuk suami kesayanganku ini. Dah 5 hari dia bercuti asbab dikuarantinkan sebab doktor suspek dia terkena Influenza A.
Disebabkan dia lah kami sekeluarga turut sama diasingkan. Alhamdulillah setakat ni, semua orang sihat dan walafiat. Hanya diasingkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Dah bosan sangat gamaknya. Bangun pagi tadi semangat ambik alih kerja Pak Cik Hishamuddin (tukang kebun rumah kami.) Entah apa yang dia kebunkan pun tak tahu lah. Tak ada yang berubah pun dekat laman rumah kami tu.
Semalam dia jadi cef sambil dibantu oleh anak-anak. Habis dapur cantikku. Mujurlah hasil dia sedap macam dekat restoran 5 bintang.
"Apalah sayang tanya macam tu? Dah cukup amalan ke nak mati tu?" Muka seorang Ziyaad Eiskandar berubah serius dan garang. Memang patang jejaka ini kalau aku sebut pasal mati.
Langkah diatur ke arahku. Suami yang tak pernah aku tak sayang ini mengambil duduk di bangku bersebelahan denganku. Mukanya muncung tanpa senyuman.
"Entah-entah abang yang mati dulu. Awak nak kahwin lain ke kalau abang mati?"
"Mestii!! Ada lagi tak sepupu abang yang single?" Sengaja aku berikan jawapan yang mengusik. Lagi panjang rajuk suamiku. Muka merajuk dia seiras betul dengan Freeya.
"Sayang ni! Merajuk ahh!" Badannya dipalingkan membelakangiku. Terus aku ketawa terbahak-bahak. Redflag betul aku ni.
"Tak adalaahh gurau jee bangg." Aku cucuk-cucuk pinggang dia dalam usaha untuk memujuk. Tapi dia masih tak jawab soalan aku.
"Abang tak jawab pun soalan sayang." Aku pula ambil giliran untuk merajuk.
"Mana aci! Abang tak habis bebai lagi pun. Tak kasi chance pun abang nak merajuk lelama." Ziyaad tak puas hati. Aku sembunyikan senyumku.
"Untuk menjawab soalan sayang, sesungguhnya hati kita Allah yang pegang sayang.. Abang boleh bersumpah berjanji bulan bintang yang abang tak akan kahwin lain. Tapi tetiba di masa hadapan, abang digerakkan hati untuk kahwin lain. Macam mana tu, sayang?"
"Sayang tak payah lah risau. Tak pernah pun terdetik dalam hati abang ni nak cari perempuan lain. Awak pun jenuh abang tunggu tau."
Aku sedikit terasa dengan jawapan suamiku. TAK BOLEH KE DIA CAKAP JE DIA TAK KAHWIN? ASAL NAK CERAMAHKAN AKU PULAKK?
Tapi aku terima je jawapan dia. Betul lah tu. Kita tak pernah tahu apa yang Allah bakal atur untuk kita.
"Tapi abang selalu doa agar Allah ambil abang dulu.. Abang tak boleh bayang hidup tanpa sayang.. If I die first, you won't have to worry either I remarry or not. Aci tak sayang?"
Tiba-tiba hidung jadi panas. Lihatlah sebesar mana cinta lelaki ini untukku. Tatkala lelaki lain dengan lajunya membalas "ye, saya nak kahwin lain kalau awak meninggal.", lelaki ini dengan bijaknya mengatur ayat dan memujuk. Cair wehh.
"Taknak la abang mati duluu." Aku mula merengek gedik. Suami ku terus mengambil wajahku dan menyembunyikan aku di ketiaknya.
Mujur tak kepam. Hahahaahah.
"Itu lah, waktu sayang tanya abang tadi, sayang ingat abang tak sedih keee?" Ziyaad ketawa kecil.
"Maaf, abang." Tangannya ku capai dan ku kucup lama. Lelaki terbaikku.
"Abang maafkan sayang, sentiasaaa." Ubunku dikucup lembut. Lalu dia tertawa dengan tiba-tiba.
"Asal sayang emo sangat ni? Mengandung lagi ke?" Kening lebatnya diangkat-angkat. Aku cubit pinggangnya lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romansa"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...
![Perfectly Imperfect [C]](https://img.wattpad.com/cover/334801951-64-k685604.jpg)