CUKUP dua bulan aku menjalani latihan di syarikat HIM ini.
HIM adalah small business yang menjual produk penjagaan kulit khas untuk lelaki. Banyak ilmu skincare yang aku dapat sepanjang aku di sini.
Boss pula tak selalu ada dekat pejabat. Isnin, Rabu dan Jumaat je dia masuk office.Entah ler ada commitment lain kut. Kisah pulak aku.
Dalam seminggu tu, memang tenang la dua hari yang dia tak ada dekat office tu. Sebab kalau dia ada, memang ada je point dia nak cari pasal dengan aku.
"Kau kenapa pakai tudung warna pink? Sakit mata aku tengok." -Encik Ziyaad di pagi Rabu yang indah. Padahal Kak Sab pun pakai tudung warna sama, tak ada pun dia bising.
"Kau asal atas meja macam baru lepas beperang."
"Kau asal pakai stoking belang-belang. Dah serupa zebra dah aku tengok.Dahlah pakai terbalik!"
Aku pun tak tahu dendam apa dia dekat aku. Barang kali sebab aku terpanggil dia pakcik cleaner itu hari.
Selain daripada boss yang sentiasa PMS, aku enjoy je kerja dekat sini. Setiap kali hari Khamis mesti ada makan-makan free.
Boss belanja.
Tapi minggu ini aku dan officemates yang lain dah sepakat untuk buat potluck. Masing-masing teruja pilih menu apa yang diaorang nak bawa.
Aku yang skill memasak level cokia-cokia ni hanya mampu menawarkan diri untuk goreng nuggets dan fries je lah.
Senang kerja eden.
Masuk waktu lunch, semua dah riuh beratur nak panaskan makanan yang diaorang bawak dekat pantry.
Aku membantu menyusun segala menu dan mengeluarkan pinggan, sudu serta garfu pakai buang dari almari pantri.
"Weh korang. Dah baca ke berita pasal boss?" Dayana tiba-tiba bertanya.
Di ruangan pantri hanya ada aku, Dayana dan akuantan syarikat, Encik Adam.
"Apa hal pulak kali ni?" Adam bertanya. Tak padan dengan lelaki. Kaki gossip.
"Macam biasa lah. Media cakap boss gay."
'Boss gayy?" Soalku terkejut. Takkan kut? Tak boleh bayang aku Encik Ziyaad sonsang sebab luarannya nampak seperti lelaki normal.
"Entah weh. Aku pun tak pasti. He never responded to any of those rumors." Terus naik bulu roma aku.
Umat akhir zaman.
Baru je aku nak join mengutuk boss, si tinggi lampai yang sedang dibincangkan melangkah masuk ke dalam pantri. Fuh panjang umur.
Hari ni dia casual sungguh. Track pants warna kelabu dipadankan dengan baju t-shirt kosong bewarna putih. Rambut panjangnya diikat gaya pony tail.
Macam nak gi jogging je.
"Kau ni Feeya, manalah nak muat kalau semua nak makan sini. Bawak semua makanan pergi bilik meeting." Datang-datang terus mengarah. Nasib baik dia boss.
Jelingan tajam aku hadiahkan kepadanya sebelum aku mengajak rakan-rakan yang lain berpindah tempat.
Dulu memang tak berani oo nak jeling Encik Ziyaad ni, tapi bila dah kerap sangat kena buli, tu je lah caranya aku nak melepaskan amarah.
"Jeling-jeling. Aku cungkil biji mata kau buat sup baru kau tahu."
"Kita report bapak kita baru tahu! Bapak kita polis tau." Kita lawan.
"Kita report bapak kita baru tahu! Bapak kita polis tau." Encik Ziyaad mengejek. Kurang asam! Aku jeling dia sekali lagi.
Dia tak nak kalah. Isyarat mata aku akan dikorek jika aku jeling dia sekali lagi dihadiahkan kepada aku.
Aku memutarkan jari aku di tepi dahi, mengisyaratkan "sewel!" kepadanya.
"Kau!" Encik Ziyaad tak puas hati.
"Emm boss, Cik Feeya, bila nak boleh makan ni?" Aida, salah seorang staf di situ besuara.
Bila aku pandang ke arah suara tersebut, satu office tengah tengok telenovela aku dengan Encik Ziyaad!
Terus rasa panas pipi. Kak Sab tersengih tengok aku dan boss.
Encik Ziyaad kekal tenang. Tak berubah warna pun muka cerahnya tu.
"Makan lah. Jangan lupa baca doa makan." Macam Cikgu Tadika pesan dekat anak-anak murid!
Aku berlalu mengambil makanan tanpa aku hiraukan lagi mamat sengal sebelah ni.
Encik Ziyaad mengekori aku.
Kusyuk memilih makanan, aku ternampak lontong. Kuahnya yang kuning berlemak sangat menggiurkan.
Aku ambil nasi impit yang telah siap dipotong empat. Kuah aku curahkan ke atasnya dan aku tambahkan sambal ikan bilis ke mangkuk. Makanan kegemaran aku yang kedua selepas ayam goreng.
Baru je nak pergi duduk, Encik Ziyaad yang dari tadi di belakang aku merampas mangkuk lontong kepunyaanku.
"Apa ni encik! Tu saya punya!" Geram aku. Dah tak ada tangan nak ambil sendiri ke?
"Ambil lah yang lain. Kan ada banyak lagi tu." Muka tak bersalah ditayangkan kepada aku.
Sebelum berlalu, tubuhnya dirapatkan sedikit kepada ku.
"Jangan ambil banyak sangat. Nanti makin naik pipi pau ku tu mokmok oi" Encik Ziyaad berbisik di telinga aku.
Selepas itu, dengan selamba dia melenggang mengambil tempat di sebelah Adam.
Huh? Did he just.. Bodyshamed me??

ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romance"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...