[TW: Sexual Harrasment, Harsh Words]
Flashback 4 Years Ago
Ayat terakhir aku noktahkan sebelum aku tutup laptop secara dramatik. Yess! Habis dah assignment pertama subjek yang aku paling meluat untuk semester ini.
Abel dekat sebelah tengah tergolek tengok drama. Bengkak-bengkak mata sahabatku itu menonton. Bertemankan kotak tisu bersusun di tepi katil dia, Abel duduk dalam dunia sendiri.
Perutku tiba-tiba bekeroncong minta diisi. Kali terakhir aku jamah sebarang makanan ialah waktu makan tengah hari tadi. Lepas tu aku gigit roti je sepanjang menghadap komputer riba.
Which is almost 8 hours ago!
Aku kena makan sesuatu sebelum aku mati kebuluran. Nanti jadi kerja pula Abel kena urus jenazah aku. Ahakz.
"Abel." Panggilanku tidak bersahut.
"NOR NABELA HAJI YUSOF!" Ha kau, kan dah sekali nama bapak dia aku seru.
Abel mendengus geram. Marah lah tu aku kacau tengah tengok hero korea kegemaran dia.
"Jum teman aku beli makanan dekat kafe?" Dah pukul 10 ni seram pulak nak turun pergi kafe. Nak makan meggi tapi rasa macam tak kenyang je. Lagi pun semalam dah makan meggi, bosan ah asyik telan mee kerinting tu aje.
"Taknak ah. Kau pergi lah turun. Tengah scene penting ni."
"Pause kejap..Balik karang kau sambung laa balik." Macam ni lah kawan,drama dengan bestfriend, dia pilih lagi hero Korea dia lagi.
"Tak boleh. Kau tengoklah, mata aku bengkak kott. Malulah nak turun nanti orang pandang pelik." Abel membantah. Haih, minah seorang ni. Kalau dia kata A, memang A lah sampai kiamat.
"Yelah, aku turun sorang. Kau nak pesan apa-apa tak?" Cardigan dan tudung sarung aku capai. Alah, nak pergi kafe yang jaraknya dari hostel aku cuma 30 langkah, tak payah lah nak beria sangat.
"Nak! Nak chicken chop satu." Amboi. Ajak teman tak nak, order laju jee!
"Kalau acik western buka lagi aku beli lah. Kbye." Wallet di dalam beg kuliah aku ambil dan kafe jadi destinasi seterusnya. Mujur masih ada dua tiga orang yang nak ke tempat yang sama denganku.
Kafe dah mula lenggang. Owner pun dah mula berkemas. Ada dua tiga group pelajar lelaki yang stay di sini. Nasib baik acik tu still terima order aku. Syukurr juga bahan-bahan masakan masih belum disimpan.
Selesai membuat pesanan, aku duduk di salah satu meja makan yang kosong. Sekarang baru sempat nak check segala media sosial. Ini baru semester pertama, macam mana lah eh hidup aku semester terakhir nanti?
Sedang aku sibuk membalas pesanan Abel yang tiba-tiba craving sirap laici, seorang lelaki menghampiri mejaku dan duduk di kerusi kosong bertentangan dengan tempat dudukku.
"Hi, pretty." Tegur lelaki yang tak pernah ku kenali.
Siapa ya? Aku amati wajah di hadapanku ini.
Ohh.
Irfan Rizan!
Aku tahan rasa terujaku. Siapa tak kenal Irfan? Mantan yang diPertua MPP paling tampan merangkap atlet bola sepak wakil universiti kut!
Dengan tinggi hampir mencecah tiang lampu (ceh over betul), kulit hitam manis dan rambut hitam keperangan yang sentiasa kemas, susah nak abaikan dia kalau dia lalu depan mata. Boleh dikatakan hampir semua budak perempuan batch aku crushkan si Irfan ni.
Termasuklah aku!
"Umm. Hi." Sapaan Irfan aku balas malu-malu selepas aku pastikan memang aku yang Irfan sapa, bukan orang lain. Dah check dah belakang aku tadi, tak ada orang lain selain aku.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect [C]
Любовные романы"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...