BOSAN tak buat apa-apa di rumah, aku rasa macam nak pergi melawat Ziyaad di pejabatnya. Walaupun kali terakhir aku suprisekan Ziyaad, aku yang terkejut, tapi kita harus kekal slay. Tolak jauh-jauh negative thoughts dan kurangkan bilangan trauma dalam hidupku. Ahakz.
Setelah beberapa hari cuti, sibuk betul suami aku tu. Dalam tidur pun duk mengigau bercakap pasal kerja. Siap boleh berbual pasal kerja dengan aku padahal mata tertutup.
"Saya tak suka design label perfume tu. Boleh tak ubahh?" Aku yang baru nak mamai ke pulau dot dot (alam mimpi), terus terketawa seorang diri. Dengan suara garang dia tu, takut kita yang dah resign dari jadi graphic designer company dia ni!
"Boleh bos. Bos nak saya ubah yang mana?" Terkekeh aku menahan ketawa. Sengaja nak tengok reaksi Ziyaad.
Tiba-tiba rindu zaman aku kena buli dengan dia time intern dulu. Macam ni lah fiil-nya. Semua tak kena lah dekat mata dia kalau aku buat design!
"Font tu, besar sangat. Tak cantik. Pastu design poster pun. Kenapa muka model flawless sangat. Macam terlebih beriman pula nur dekat muka dia." Aku dah keras perut kat sebelah. Boleh dia melayan aku punya soalan.
"Model handsome sangat kot bos, itu yang terpancar seri wajah."
"Saya lagi ka.....caaa...kkk." Katanya sebelum dengkuran halus mula kedengaran. Eihh dalam tidur pun tak nak kalah!
Teringat satu kejadiaan waktu aku masih bergelar pekerjanya. Ada sekali aku ditugaskan oleh Cik Dayana untuk edit photoshoot model untuk produk face cleanser HIM.
"Siapa suruh kau edit ni?" Entah berapa lama dia berdiri di belakang aku pun tak tahu. Aku garu kepalaku yang tak gatal. Eihh kita tengah fokus ni ada je dia nak kacau.
"Cik Dayana. Ni nanti nak tunjuk hasil kerja saya dekat pensyarah." Aneh betul soalan. Tak kan lah Makcik Yah jual kuih kat seberang jalan yang bagi arahan kut?
"Seronok lah tu boleh tengok laki handsome lama-lama? Tenung macam nak tembus komputer je aku tengok." Encik Ziyaad menyindir aku.
Bos aku ni dah putus urat kentut ke? Tiba-tiba ja nak marah aku tengok model ni?
"Tak kan saya nak edit sambil tutup mata pula!!" Haih angin pula aku dengan tarzan seorang ni.
"Dah tak payah edit. Nanti aku reshoot baru kau edit lain."
Dia tutup komputer aku. Habis lah kerja aku! Belum sempat save tu!
"Bos ni!" Kembang kuncup hidung aku menahan marah.
"Bos ni apa? Handsome? Kacak? Seksi?" Eihhh menyampahnya! Dah la ganggu orang kerja lepastu masuk bakul angkat sendiri pula tu!
Last sekali Encik Ziyaad reshoot balik kempen untuk produk dia. Yang tak tahan tu dia yang tadah muka jadi model untuk produk sendiri.
Cerita dia memang aku kena menghadap wajahnya dia berjam lamanya lah! Nak muntah hijau aku time tu.
Dia boleh bantal gelak bila aku buat muka tak rela waktu mengedit segela bahan yang diperlukan untuk launching produk berkenaan.
"Padan muka kena tengok muka aku lama-lama!" Katanya sambil berlalu ke pantri. Aku bubuh ubat julap juga dalam kopi dia ni kang!
Aku pandang suami aku yang sedang nyenyak tidur. Tak sangka muka yang muak aku tengok waktu tu sekarang jadi wajah yang pertama aku tengok selepas aku buka mata setiap pagi. Juga wajah yang sentiasa menjemput nyaman kepada setiap resahku. Satu kucapan hangat aku tinggalkan di dahinya. Tersenyum Ziyaad dalam tidur pulasnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romansa"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...