Bab 22

5.4K 258 13
                                        

SELEPAS sesi emosi bersama suami di malam hari, Ziyaad minta aku pilih mana-mana bilik yang aku nak.

Nak sebilik dengan dia je boleh tak?

Ehh.

Kondo milik Ziyaad ini ada dua bilik utama. Aku tak tahu mana satu bilik Ziyaad yang sebenar sebab lebih kurang aje dekorasi kedua-duanya.

Kedua-duanya dilengkapi dengan katil bersaiz King ditengah-tengah bilik dengan tema putih dan cream. Beza betul dengan pilihan warna Ziyaad kalau dia kat luar.

Tak hitam, kelabu. Tak kelabu,hitam.

And he look so damn good in black and grey.

Biliknya sederhana besar sahaja tetapi sudah semestinya selesa. Ini confirm susah bangun pagi. Gebu nak mati tilam dengan comforter beliau. Ada walk in closet dan toilet peribadi di dalam kedua-dua buah bilik.

Ziyaad berdiri senget menyandarkan badannya ke dinding hallway yang memisahkan ruang tamu dan ruangan bilik tidurnya. Matanya mengekori aku yang kehulu-kehilir dari satu bilik ke satu bilik.

Aku pilih bilik yang kedua, dekat dengan dapur Ziyaad. Senang malam-malam kalau aku dahaga. Cepat sikit sampai dapur.

Hatiku tersentuh melihat frame gambar pernikahan kami yang digantung di dalam bilik yang aku pilih ini. Gambar momen Ziyaad mencium dahiku lama di upacara membatalkan wudhuk indah terletak di hujung kepala katil.

Laju gila print gambar! Aku sembunyikan senyuman.

"Saya nak bilik ni." Dengan muka yang bangga aku tunjuk bilik pilihan aku kepada Ziyaad. Aku lupa nak tanya mana satu bilik dia. Dah dia pun straight je suruh aku pilih.

"Itu bilik aku." Ujarnya dengan muka tak beriak.

"Oh okay. Kalau macam tu saya ambil yang lagi satu aje lah. Kbye thanks!" Aku cepat-cepat ingin berlalu pergi sebab termalu sendiri.

Ziyaad datang menghalang langkah aku dengan berdiri tinggi di hadapanku. Sikit lagi nak tercium dada dia.

"Apa susah? Kau tidur aje dengan aku. Macam tak biasa pulak." 

Aku pun fikir benda yang sama. Tapi aku tak nak terlalu attached dengan dia. Kalau satu hari nanti, ditakdirkan aku dengan dia kena berpisah, aku tak mahu memori dengan dia mendatangkan kesakitan kepada perasaanku.

"Mana ada kawan tidur sebilik. Aku cuba mengelak.

Berubah terus riak wajah Ziyaad. Dia hanya mengangguk sebelum membuka ruang kepadaku untuk beredar ke dalam bilik.

"Lepas mandi keluar makan dinner dengan aku, ada benda yang kita kena bincangkan." Arahnya ringkas sebelum dia turut menghilangkan diri ke dalam bilik.

............................................................................
Aku keluar ke dapur setelah selesai membersihkan diri. Ziyaad dah siap menunggu di dapur.

Masih dengan habit tidak berbaju beliau, Ziyaad sibuk memindahkan makanan dari bungkusan ke atas pinggan. Sejag air sirap bandung dah siap dibancuh oleh Ziyaad.

Aku harap rider yang hantar makanan tadi, lelaki lah. Kalau perempuan aku sula biji mata dia! Berani usyar suami aku. Ahakz.

Aku duduk di kerusi dekat kitchen island. Ziyaad tolak pinggan berisi nasi goreng ayam bahagian thigh kepadaku. Teliti betul suamiku ni. Macam mana dia tahu kegemaran aku yang satu ni?

"Sebelum kau start diet tak bertamadun kau tu, yang tu je kau order dekat kafe sebelah office. So I  guessed it is your favorite." Macam tahu je persoalan di minda. Dia ada kuasa supernatural yang aku tak tahu ke?

Perfectly Imperfect [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang