KERJA berjalan seperti biasa pada hari Selasa selepas cuti istimewa sempena team building hujung minggu lepas.
Mood semua orang di pejabat masih ceria. Masing-masing dah release stress dengan alam semula jadi.
Belum sempat aku melabuhkan punggung di kerusi, Azizul datang dan membawa khabar yang bos kesayangan semua panggil aku menghadap dia.
Really? In this early morning?
Aku sembunyikan frust aku. Awal-awal dah nak kena mengahdap orang hutan jadian. Entah apa pulak yang tak kena hari ini.
Pintu pejabatnya aku ketuk sebelum aku masuk.
"Assalamualaikum bos."
"Waalaikumsalam. Masuk lah cepat." Arahnya. Tak ada kesabaran langsung Ziyaad Eiskandar ni.
Aku masuk dan mengambil tempat di hadapannya. Sengaja aku biarkan pintu terbuka sedikit. Dah terbiasa tak boleh berduaan dengan lelaki.
Tapi lain pula ceritanya bila Encik Ziyaad bangun dan menutup rapat pintu tersebut. Belum sempat aku memberontak, Encik Ziyaad terus merasionalkan perbuatan beliau.
"Tak apa, kau selamat dengan aku." Ladybird riuh mengepak di dalam perutku. Ye, ladybird. Bukan rama-rama sebab bak kata mamat di hadapanku ini, ladybird kan kembar aku. Eihh.
Nak difikirkan balik, betul juga apa yang dikatakannya. Walaupun aku masih ada sisa ketakutan setiap kali aku duduk bersendirian dengan lelaki, secara magiknya perasaan itu hilang apabila aku ada bersama Encik Ziyaad.
Dia yang sentiasa memastikan ada jarak selamat antara aku dan dia.
Dia yang begitu menjaga batasnya dengan aku.
Dia yang tak pernah menyentuh aku kecuali tragedi sesat hari itu.
I do feel safe whenever I'm with him.
"Oi. Berangan apa? Jauh sampai London nampak."
Cehhh. Tarik balik pujian tadi. Dah mari perangai annoying beliau.
"Ya bos. Ada apa bos panggil saya?"
"Sengaja. Nak tengok muka kau jap."
Jantung seolah terhenti mendengarkan jawapannya. Encik Ziyaad main-main je ni kan?"Eihhh betul-betul lah boss. Saya ada banyak kerja lain lagi ni. Nanti tak siap bos juga yang bising."
Dia tongkat dagu memandangku. Aku rasa macam nak tarik rambutnya yang teurai cantik tu. Sengaja nak aku mati heart attack ke macam mana ni?
"Siapa bos?" Dia bertanya sambil tersenyum sinis.
"Boslah bos."
"Tahu tak apa. Dah tu, kalau aku nak suruh kau duduk sini sampai petang pun siapa yang nak pertikai?"
Eihhh taknak lah aku spend lagi 8 jam satu bilik dengan dia ni. Takut nanti berakhir dengan dia kena tolak jatuh bangunan je nanti. Tak pasal aku jadi banduan.
"Saya lah nak complaint. Hello polis, tolong saya, ada bos gatal."
Dia buat tak hairan dengan ugutan aku. Mana aci, aku je cuak kalau kena ugut dengan dia!
"Sebenarnya aku ada sesuatu nak bincang dengan kau." Akhirnya dia menyuarakan tujuan dia memanggil aku. Aku hanya mengangguk.
"Tapi sebelum tu, nah ni iced caramel latte. Aku tersalah beli tadi and aku tak suka minum manis. Kau ambik lah." Secawan kopi yang belum diusik ditolak ke arah aku.
Alhamdulillahh rezeki.
"Terima kasih. Tapi sebelum ni saya tak pernah pun nampak bos beli kopi dari kedai ni?"
![](https://img.wattpad.com/cover/334801951-288-k685604.jpg)
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect [C]
Romansa"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...