AKU sampai di alamat yang disertakan dalam e-mail tersebut tepat pada pukul 4.00 petang. Nasib baik sempat!
Bangunan dua tingkat yang dicat dengan campuran warna hitam dan putih menyapa mata. Seorang pakcik cleaner yang sedang terbongkak-bongkak menyapu di hadapan lot bangunan kedai aku tegur.
"Assalamualaikum pakcik. Ni office HIM kan acik? Kalau interview nak kena cari siapa ya?" Terhenti kerja-kerja pembersihan tukang cuci tersebut.
Pakcik tersebut mengangkat muka memandangku.
Alamak.
Telahan aku salah. Bukan pakcik yang sedang menyapu. Orangnya masih muda dan segak.
Aku tersalah sangka sebab dia membongkak dan rambut panjang separas bahunya menutup hampir keseluruhan wajah tampannya.
Tapi dah terlajak panggil, aku buat-buat tak tahu je lah.
"Oh kalau interviu makcik terus je naik tangga kat tepi ni, straight naik office. Saya rasa memang diaorang tengah tunggu tu." Balas dendam nampak.
Dia panggil aku makcikk? Kurang asam jawa betul.
Oleh kerana aku dah malu sangat sebab tersalah panggil pakcik, aku hanya beterima kasih dan segera memanjat tangga yang ditunjukkan pakcik tadi.
Eh, abang.
Benar kata pakcik/abang sebentar tadi. Memang dah ada seorang wanita lewat 30-an yang sedang menunggu aku.
Aku dilayan dengan penuh tertib dimana aku diminta menunggu beberapa minit sebab boss belum sampai.
Doa-doa aku baca dengan harapan urusan aku dipermudahkan.
Cukup lima minit menunggu, aku dipanggil untuk masuk ke dalam bilik boss.
Salam yang aku beri hanya dijawab perlahan oleh si penerima. Aku kerling nama boss yang diukir di atas blok lutsinar bersaiz sederhana di atas mejanya.
Ziyaad Eiskandar.
Oh ni lah ZE dalam email tadi ya. Tak sempat nak buat research tentang syarikat ni jadi aku bersyukur sangat ada maklumat asas boss dekat atas mejanya.
Encik Ziyaad duduk di atas kerusi pejabatnya tetapi badannya membelakangi aku dan menghadap ke arah tingkap luar. Wajahnya tak dapat aku lihat tetapi rambutnya yang diikat style man bun menarik perhatian aku.
Pakcik cleaner kat luar tadi pun rambut panjang. Barangkali dress code company ni tak begitu ketat agaknya.
"Saya Feeya Athiya, encik. Saya datang untuk interviu jawatan intern." Aku perkenalkan diri.
Encik Ziyaad masih pegun dan tidak langsung ada tanda nak pusing menghadap aku. Ah sudah. Ujian apa pula kali ini.
Tapi mataku menangkap pergerakkan kerusi yang diduduki Encik Ziyaad beberapa minit selepas itu. Terbuntang biji mata aku bila aku nampak wajah yang sedang duduk di hadapanku ini.
Pakcik cleaner tadi! Cumanya rambut yang mengerbang macam rockers besara tadi dah diikat kemas.
Wajah tampannya juga dapat dilihat dengan lebih jelas.
Iris matanya yang coklat, hidung tinggi separa mancung bersama dengan bibir penuh menyapa pandangan mataku.
Disebabkan kejutan yang maha dasyat, sekali lagi aku terjerit "Pakcik cleaner??" kepadanya.
Encik Ziyaad mengerutkan wajahnya dan mengundurkan kerusinya ke belakang sedikit. Bingit sangat agaknya suara aku menjerit.
Aku terus menekup mulutku setelah menyedari kelancangan diri sendiri. Terus aku minta maaf siap dengan pakej tunduk macam orang Jepun.

ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romansa"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...