PERSIAPAN perkahwinan aku dan Encik Ziyaad Eiskandar juga berjalan dengan sangat lancar.
Patut tak aku tukar panggilan daripada Encik Ziyaad Eiskandar kepada Ziyaad Eiskandar sahaja?
Ziyaad Eiskandar, bakal suamiku.
Dalam kesibukan menguruskan hal perkahwinan, aku juga terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan sepejabat sebab latihan perindustrianku dah sampai ke penghujung. Of course lah lulus dengan cemerlang. Kalau Ziyaad failkan aku, cancel terus plan kahwin. Ahakz.
Sedih rasa nak tinggalkan tempat ni. Nak tinggalkan work bestfriend (Kak Sab), geng mengumpat bos (Dayana, Adam, Azizul) dan semua lah.
"Tak apa, nanti Fee datang lah jenguk-jenguk kitaorang dekat sini. Alah nanti kang nak jadi mam besar sini jugaakk." Usik Kak Sab.
Kak Sab jugalah yang paling gembira bila dia terima jemputan perkahwinan dariku. Katanya dah lama dia syak kitaorang bercinta.
Entah bila aku dengan Ziyaad bercinta pun aku tak tahu. Dia kalau jumpa aku mesti nak ajak gaduh, aku pun kalau nampak muka dia mesti rasa nak cakar je muka dia tu. Takpun tarik je rambut panjang beliau.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Seawal jam 10 pagi, aku disiapkan oleh mak andam yang ditempah oleh Ziyaad. Hampir kesemua persiapan dia yang uruskan.
Permohonon nikah? Ziyaad yang selesaikan semua, aku ikut dia pergi kursus nikah je.
Mak andam? Dia yang survey dan tempah. Cuma diberikan kebebasan untuk aku memilih sebarang look yang aku inginkan.
Baju majlis akad nikah? Ziyaad yang carikan tailor yang boleh custom-made mana-mana rekaan baju yang aku berkenan. Susah cari ready made yang lawa untuk orang plus size macam aku.
Termasuklah urusan pelamin, goodies, catering semua dia yang settlekan. Memang tugas aku jadi pengantin ajer.
Mulanya aku segan. Kalau boleh biarlah majlis ringkas seringkasnya. Tapi dibantah sekerasnya oleh Ziyaad. Katanya kena raikan masjid yang akan dibina.
Kena raikan aku dan dia.
Macam betul pulak cakap Ziyaad waktu first day hari internship aku haritu. Bezanya bukan aku yang meminang dia, aku yang dipinang. Hehehe.
Aku pilih look make-up yang natural sahaja. Sebenaranya aku nak go overboard, pilih makeup bold dengan lipstik merah menyala, eyeshadow siap cut crease dan bulu mata yang boleh sapu habuk kat lantai. Tapi dah kena jeling dengan ibu, aku pilih je la yang simple-simple.
Takut bakal menantu cancel kahwin dengan aku ler tu.
Siap didandan, aku hanya duduk menanti ketibaan rombongan pengantin lelaki. Akad nikah akan dilangsungkan di kediamanku.
Riuh rendah sanak-saudara yang memenuhi ruang tamu rumah menambah lagi gugupku. Walaupun kahwin paksa rela, nervous tetap menggila memikirkan status yang bakal bertukar dalam beberapa minit sahaja lagi.
Abah datang menjenguk aku di bilik.
"Cantiknya anak abah." Abah mengambil tempat di tepi ku. Tanganku yang sejuk diambil dan digenggam erat olehnya.
Aku pandang wajah tua ayahku. Sejak bila abah berubah sampai macam ni? Seingatku rambut abah selalu hitam, tanpa uban. Sejak bila ada kerutan tua diwajahnya? Seingat aku wajahnya sentiasa bersih dan kemas. Janggut abah juga mula dihiasi uban.
Lepas ni aku dah bukan di bawah tanggungjawabnya lagi. Terasa berat hati nak tinggalkan abah.
"Abah, Feeya mintak ampun dan maaf dekat abah ya. Ampunkan Feeya andai Fee ada lukakan hati abah sepanjang Fee jadi anak abah. Halalkan makan minum kakak, ya abah?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romance"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...