Bab 21

5.7K 281 45
                                        

MAJLIS persandingan disebelah pihak aku dan Ziyaad dilangsungkan dua hari beturut-turut. Kalau campur sekali dengan akad nikah, tiga hari straight ler aku dengan Ziyaad duk kena posing atas pelamin bergambor. Letih gila. Balik tu terus tidur tak ingat apa.

Maksudnya dah dua malam aku tidur berteman Ziyaad. Teringat malam pertama kami kahwin. Lepas je Ziyaad selesai mandi, dia dengan selamba biawak keluar dengan bertuala putih di paras pinggang dan kebawah sahaja. Kalau terlondeh confirm buta mata tengok freeshow.

Aku diam-diam perhatikan gerak-geri dia. Telefon bimbit ku capai dan aku pura-pura skrol Instagram. Alah takpe, dah halal kan nak curi-curi usha?

Tubuh Ziyaad Eiskandar yang tegap dan berlekuk-lekuk dilap malas olehnya. Dia seterusnya mengibas-ngibas rambutnya sebelum dikeringkan dengan towel. Habis tepercik kena aku tapi aku diam aje.

"Enjoying the view, Mrs Feeya Athiya Eiskandar? Dah hujung feed Instagram dah tu kau skrol." Katanya sambil tersenyum nakal. Alamak. Bila kantoi ni? Panas pipi aku dengan usikannya.

"Suka hati je nak tambah nama orang." Sengaja aku ubah topik.

"Yelah, kau kan isteri aku. Kena lah letak nama aku kat hujung nama kau." Apabila ada ura-ura Ziyaad nak tarik tuala dekat pinggang dia, aku tutup mata.

"Ek eleh. Tadi bukan main mengintai kita. Sambung aje lah tengok cik puan oi." Ziyaad mengusik. Aku geleng-geleng kepala.

"Rilek lah. Aku pakai seluar pendek la kat dalam." Aku buka mata perlahan.

Betul lahh! Masih selamat mata suciku.

Ziyaad berbaring di sebelahku. Aku tarik bantal peluk dan letak di tengah-tengah antara kami. Walaupun dia setuju dengan permintaan aku, masih kena ambil langkah berjaga-jaga.

"Pergi pakai baju la Tarzan oi." Derhaka tak ek panggil suami sendiri Tarzan?

"Taknak. Memang habit aku tidur tak pakai baju. Kenapa? Takut tergoda ke?"

"Banyak lah awak punya tergoda. Oo berlagak eehhh tidur tak pakai baju. Saya rendahkan suhu aircond baru tahu."

"On je lah. Boleh aku peluk kau kalau aku sejuk." Balasnya selamba. Ahh susah lah nak menang kalau gaduh mulut dengan Ziyaad ni. Aku julingkan mata keatas.

"Kau okay ke ni aku tidur dengan kau? Ke nak aku tidur kat sofa?" Satu benda tentang Ziyaad yang aku perasaan, dia sangat menjaga perasaan aku. Semua benda dia minta izin.

"Eh tak payah lah. Sofa tu keras, nanti sakit belakang."

"Tidur je pun kan?" Kataku sebelum aku bangun dan tutup lampu. Aku kembali baring di atas katilku. Aih rasa sempit la pula nak kena share katil dengan roommate baru ni.

"Entah. Tak pasti." Suara Ziyaad betul-betul di cuping telinga aku. Eihh rasa nak terlompat keluar jantungku daripada dada.

"Ah takde takde. Goodnight tarzann." Aku cepat-cepat pejamkan mata walaupun aku tahu Ziyaad bukan nampak pun aku celik ke tak. Orang di sebelahku ketawa kecil.

"Goodnight my precious gift. Sweet dreams
Semoga mimpikan aku dan aku sahaja." Balasnya perlahan. Seminit lepas tu aku dengar dengkuran daripada orang sebelah.

Senangnye tidur!

Maka tinggal lah aku dan overthinking ku sendirian.

Tengah malam, aku terjaga sebab terkejut dengar benda jatuh. Bantal peluk tadi dah hilang entah kemana. Sedar-sedar aku tidur berlapikan lengan Ziyaad dan dipeluk erat olehnya dari arah belakangku. Nafas hangatnya terasa di ubun-ubun kepalaku.

Perfectly Imperfect [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang