Bab 10

4.5K 222 18
                                    

[TW: Eating disorder]

ENTAH kenapa, usikan Encik Ziyaad itu hari sangat berbekas di hati.

Mungkin dah tiba waktunya aku ubah diri sendiri. Sampai bila aku nak duduk merenung nasib setiap kali kena keji. Kan?

Jadi dua hari di hujung minggu yang sangat berharga aku habiskan dengan mengurung diri di dalam bilik. Ajakan Abel untuk cafe hunting minggu ni aku tolak sekeras-kerasnya.

I have a mission. A big one.

Komputer riba dan Cik Google menjadi tempat aku melepak sampai dari siang hingga ke malam. Segala maklumat tentang pelbagai jenis diet dan senaman yang dapat membantu menurunkan berat badan aku korek dari internet.

Melalui pembacaan yang sangat mendalam, diet yang paling sihat dan recommended adalah deficit calories.

Kalori defisit adalah bila mana pengambilan kalori harian kita adalah lebih kurang daripada apa yang kita bakar. Setiap orang ada keperluan kalori yang berbeza-beza tet yartakluk kepada faktor biologi seperti jantina,tinggi dan sebagainya.

Yang paling best tentang diet ni, kita boleh makan apa sahaja yang kita nak! Cuma kena jaga portion je.

Aku periksa keperluan kalori diri sendiri di Calorie Deficit for Weight Loss secara online. Aku hanya perlu masukkan berat badan berserta ketinggianku dan poof, jumlah kalori yang aku perlu consume sehari-hari.

Skrin komputer menunjukkan angka 1380Kcal/day.

Penurunan berat badan yang selamat adalah 0.5kg sebulan. Alamak. Kalau nak hilang 30kg, maksudnya aku kena tunggu minima 5 atau 6 tahun!

Lama gila nyahh!

Tak sabar nak kurus. Aku dah boleh bayangkan rahang Encik Ziyaad jatuh ke lantai bila aku buat catwalk depan dia bila aku dah kurus nanti! Akan aku jalan gaya supermodel sambil libas-libas selendangku ke muka Encik Tarzan seorang tu.

Astaghfirullahaladzim. Cepat-cepat aku beristighfar.

Niat kena betul. Kurus untuk keyakinan dan kesihatan diri sendiri. Supaya senang nak beribadah. Cuma bonus lah sikit kalau boleh kenakan Encik Ziyaad tu. Hehehe.

Minggu pertama diet aku lulus dengan cemerlangnya. Angka di weighing scale mula menunjukkan penurunan yang memberangsangkan.

Tapi aku masih belum berpuas hati. Aku rasakan terlalu lambat berat badan aku nak turun.

Jadi cukup dua minggu aku jalani defisit kalori, aku buat keputusan untuk makan kalori lebih rendah daripada yang aku patut makan.

Makanan yang tinggi karbohidrat dan berminyak langsung aku tak sentuh. Sehari dua tu okay lagi, tapi bila ibu dan abah datang melawat bawa nasi lemak lauk ayam berempah yang ibu masak sendiri, memang goyang iman gue.

Dah lama tak makan masakkan ibu oi.

"Kakak bila nak habis intern?" Tanya abah ketika kami sekeluarga menjamu selera bersama. Aku, abah dan ibu sahaja. Abang-abangku macam biasalah, sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing.

Abah menyewa sebuah homestay berdekatan dengan rumah sewaku. Yelah, nak offer ibu abah tinggal dekat rumah ada housemate aku yang lain. Kena hormat privacy diaorang juga.

"Dalam empat bulan macam tu,bah." Aku tambah lagi dua senduk nasi. Baru dua hari tak makan nasi tapi rasa macam dah setahun tak sentuh nasi!

Macam mana nak kurus ni?

"Habis nanti terus balik duduk kampung dengan kami. Nanti kalau kami sakit boleh la kau tengok-tengok kami ni ha." Ibu besuara. Dah start dah, bukan tak tahu aku memang dah berniat nak sambung master lepas ni.

"Tapi ib-" Belum sempat aku membantah, ibu besuara lagi.

"Ibu taknak dengar alasan kau kak. Ibu cakap balik, balik. Kau tu perempuan, kalau tak boleh nak jadi dr buat apa nak menyusahkan diri jadi dr falsafah pulak? Nanti dapur juga tempat kau." Dah tahun 2023 pun mindset macam ni masih hidup ya?

"Tapi ibu tahu kan, arwah nenek nak kakak belajar sampai PHD?"

"Siapa nak tanggung belajar kau tu kakak? Duit pencen bapak kau tu berapa sangat je lah yang tinggal. Simpan lah sikit untuk abang-abang kau untuk masa-masa emergency."

Lagi-lagi abang. Abang je ibu kisahkan. Padahal diaorang semua dah ada kerjaya sendiri. Aku ni anak perempuan, selagi tak kerja, aku bawah tanggungan abah lagi.

"Ibunya pun. Penat datang jauh-jauh tapi diajaknya anak bergaduh pula." Abah menyelamatkan keadaan.

"Yelah abang. Tak boleh langsung nak usik anak kesayangan dia. Kita pula yang kena marah." Ibu bangun dari meja makan dan berlalu ke singki. Selepas mencuci tangan, ibu masuk ke dalam bilik.

Baru je beberapa jam kami bersua muka, dah bergaduh.

Haih.

"Kakak jangan ambil hati sangat dengan ibu tu. Dengki la tu abah menangkan kakak." Abah ketawa mengekek.

"Tak apa,nanti abah pujuk ibu ya. Tapi abah rasa betul ibu cakap tu,kakak. Abah rasa dah tiba masanya kakak balik kampung kita. Abah bukan tak nak support kakak nak sambung belajar, tapi hati abah ni risau sangat nak biar kakak seorang diri merantau kat negeri orang lama-lama macam ni."

Apa ni. Abah pun tak sokong aku sambung study?

"Lepas apa yang jadi sebelum ni, abah risau sangat nak biar akak sendirian dekat sini. Degree tak apalah, Abel ada untuk temankan. Tapi Abel tak nak sambung master kan?"

Aku hanya mengangguk. Abel nak sambung sebenarnya. Cumanya dia nak take a break sekejap.

"Kakak seorang je anak perempuan abah. Abah taknak pisang berbuah dua kali. Kakak faham maksud abah?"

"Kakak fikir dulu masak-masak. Tak apa, kakak dah mampu genggam segulung ijazah sarjana muda pun, abah dengan ibu dah bangga sangat."

Betul ke ibu bangga dengan kakak, abah?

Aku hanya diam. Abah bangun menepuk-nepuk bahu ku sebelum beredar membasuh tangan dan berlalu ke dalam bilik.

_______________________________________

Aku tidur terlentang di atas katil dan merenung ke atas syiling. Malam ni aku bermalam dekat homestay ibu dan abah. Menangis Abel tidur sorang-sorang ini malam. Kihkihkih.

Kata-kata ibu dan abah terngiang-ngiang di dalam kepala. Dah keluar tanda-tanda awal nak migrane.

Patut ke eh aku berhenti setakat degree je?

Tapi ingatan ku lebih kuat kepada nasi lemak yang aku makan tadi. Aplikasi YAZIO yang menjadi teman baik untuk track jumlah kalori harian aku buka.

Terkejut mak datuk bila aku tengok kalori hari ini melebihi daripada yang sepatutnya.

Alamak! Nanti berat naik balik macam mana??

Aku bangun dan berkawad dari hujung ke hujung bilik ini. Aku kena fikirkan cara untuk hilangkan extra kalori yang aku makan tadi.

Keinginan untuk muntahkan semula makanan tadi membuak-buak. Ya. Kalau aku muntahkan balik, kurang lah balik total kalori aku kan?

Aku masuk ke dalam tandas dan bercangkung di hadapan mangkuk tandas. Aku tolak masuk jari ke dalam kerongkongku sampai rasa mual.

Semua isi perut aku muntahkan. Tekak terasa sangat perit tapi aku terasa sangat puas. Confirm berat tak naik.

Aku terduduk lemah di tepi mangkuk tandas. Tapi aku sangat gembira bila semua nasi lemak yang aku makan tadi dah terkubur dalam tandas.

Dalam fikirkan aku, apa yang aku buat ini adalah untuk membantu diriku. Tanpa aku sedari, aku sedang berlaku zalim terhadap diri sendiri.

Perfectly Imperfect [C]Where stories live. Discover now