Bab 31

4.8K 213 10
                                        

AKU tak tahu ke mana harus ku bawa hati yang renyuk terluka ini. Balik rumah aku? Tak. Itu rumah Ziyaad. Bukan milikku.

I don't belong there.

It was never my home.

Pandangan aku kabur ketika memandu dek air mata yang masih belum berhenti mengalir. Telefon yang nyaring menjerit meminta diangkat aku biarkan sahaja. Tak payah tengok pun dah tahu siapa yang telefon.

Tanpa aku sedar, aku belok kenderaan aku memasuki lebuh raya. Aku tekad, aku mahu masa sendirian untuk menghadam segala maklumat yang baru aku terima.

Ziyaad mengahwini aku kerana kasihan?

Aku benci orang yang kesiankan aku! Aku tak perlukan simpati daripada orang lain untuk diriku.

From the start, I just knew it's to good to be true. Mana mungkin lelaki sesempurna Ziyaad mahukan aku sebagai isteri. Tak logik betul kahwin sebab rasa bersalah dengan apa yang bestfriend dia pernah buat dekat aku.

All men do is lie!

Pedal minyak aku tekan serapat mungkin. Perasaan sedih dah bertukar jadi marah maka aku lempiaskan ke stereng kereta. Tak peduli langsung dengan keselamatan diri sendiri. Biarlah! Aku tak berharga untuk sesiapa.

Pergi mampus dengan little gift Ziyaad tu! Dia dengan bestfriend dia memang match made in hell!

Lebih kurang lima jam memandu, aku sampai di Kedah. Benda pertama yang aku buat ialah cari shopping complex terdekat. Yelah, tadi dari KL sehelai sepinggang kan. Mujur ada dompet dan telefon.

Aku beli beberapa helai baju baru, kain telekung, sejadah serta produk penjagaan kulit dan badan. Aku borong juga beberapa stok makanan sebagai bekalan aku 'berkabung'. Oh yaaa, charger telefon pun aku beli walaupun niat hati nak biar je phone tu mati. Biar tak ada sesiapa boleh hubungi aku.

Aku keluarkan juga beberapa not cash daripada akaunku sendiri. Kad debit dengan wang yang Ziyaad masukkan duit nafkah setiap bulan aku tak guna pun. Aku pun ada duit sendiri lah!

Sepanjang bersendirian ketika membeli belah, entah kenapa aku rasa macam aku diperhatikan. Aku perasan seorang lelaki tinggi lampai yang berhodie hitam sering mengekori aku dari jarak jauh. Tapi aku buang jauh-jauh perasaan negatif aku. Siapa je yang kenal aku dekat sini kan?

Aku sambung memandu sampai aku tiba di rumah arwah nenek di Pendang.Rumah ni dah lama ditinggalkan tapi ibu upah orang untuk bersihkan dan tinggal di sini untuk beberapa hari supaya ia tidaklah kosong buat masa yang lama. Nanti jadi rumah hantu pulak!

Rumah nenek dikelilingi pokok getah. Walaupun kadang-kadang bau susu getah menyucuk rongga hidup, tapi lagi tenang kat sini daripada duduk dekat KL sana..

Ketika aku sampai, Mak Nah dan Pak Tam, jiran arwah nenek merangkap penjaga rumah ini sedang sama-sama duduk berdua menikmati minum petang di meja dan kerusi batu di hadapan rumah. Salam aku disambut dengan teruja oleh pasangan ini.

"Ehh Feeya! Bila balik? Awat tak habaq pun kat Mak Nah kata nak mai?" Pekat Kedah Mak Nah mengingatkan aku kepada arwah atuk. Haih rindunya.

"Tak rancang pun nak balik Mak Nah oi. Saja boring duk Kolompoq nuh. Rindu kat nenek tu balik mai tu." Accent aku pun belum karat lagi tau!

"Ooo terkejut makngah hang mang jengoi lagu ni. Laki hang mana? Apa nama dia? Yad? Ziyaad?" Dah agak mesti diaorang akan tanya mana suami aku. (Jengoi=memunculkan diri)

"Laki ceq kalut kerja. Fee balik sorang ja ni Mak Nah." Pak Tam dah sibuk mengangkut barang-barang aku masuk ke dalam rumah. Aku harap diaorang tak syak apa-apalah sebab semua barangan aku masih di dalam plastik walaupun jenuh aku melarang.

Perfectly Imperfect [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang