TITIK air yang menitik dari tubir mata suamiku aku lap perlahan dengan jari. Sedih sangat ke cerita aku dengan Irfan tu?
Aku dan Ziyaad bersila menghadap satu sama lain di atas tikar sejadah. Baru aje selesai solat Isyak bersama.
"Kenapa abang menangis? Itu kan cerita lama.. Fee dah okay dah.." Semua yang terjadi aku ceritakan kepada Ziyaad. Kecuali bahagian cubaan merogol oleh Irfan.
Entahlah. Aku rasa malu nak cerita dekat Ziyaad. Walaupun aku yakin Ziyaad tak akan pandang serong atau jijik dengan aku, I just don't want to talk about it.
"Abang kesal tak ada dekat situ malam kejadian.. Abang tak ada untuk jadi pelindung sayang waktu jantan tak guna tu cuba menyakiti Fee, sayang.. Abang hanya mampu menangisi kesakitan sayang.. Kasihannya isteri abang.."
"Tak apaa. Abang pun tak kenal Fee lagi waktu tu.." Aku ketawa kecil. Macam mana nak protect kalau nama aku pun dia tak tahu waktu tu, kan?
"Boleh abang tengok bekas jahitan sayang tu?" Mintanya dengan penuh kelembutan.
"Ish tak yah lah abang. Hodoh-hodoh parutnya.. Fee malu.."
"Sayang.." Matanya bundar memujuk.
Tak sampai hati nak hampakan permintaan suamiku, aku donggakan wajahku ke atas. Parut jahitan di dagu aku sentuh dengan jari.
"Kan dah cakap tak cantik.."
Ziyaad hanya diam. Geli kah dia melihat parut di wajahku? Aku tundukkan kembali wajah, tak rela Ziyaad perhatikan lama-lama. Aku hanya nak suamiku memandang yang indah-indah sahaja padaku. Memang selama ini dengan sengaja aku sembunyikan celaku yang satu itu.
Ziyaad letak ibu jarinya di dagu ku lalu dia dongakkan kembali wajahku. Di luar dugaanku, Ziyaad cium lama parut bekas jahitan itu.
"You're still beautiful, my precious gift."
"These scars make you prettier, precious.. MashaAllah what a lovely wife I have here!"
Perlakuan suamiku mengundang rasa sebu di hati. Sedar-sedar air hangat mengalir di pipi. Ziyaad sapu air mataku dengan ibu jarinya.
"Kat mana lagi sayang kena pukul dengan Irfan?"
Aku tunjuk mata kiri dan kananku. Ziyaad kucup lama di keduanya. Dengan setiap kucupan, bertambah rasa kasih dan cintaku terhadapnya.
Aku tunjuk bahu dan tulang rusukku. Ziyaad cium juga di keduanya.
Aku tunjuk perutku yang diterajang Irfan, dia tanpa segan silu mengucup di situ. Aku pula yang naik segan dan malu!
"Lagi?"
"Dekat betis, peha dengan tapak kaki."
Ziyaad merendahkan badannya tapi cepat-cepat aku tarik dia agar dia kekal duduk sama aras denganku.
"Abang. Jangan direndahkan diri abang untuk Feeya. Kaki Fee bukan tempat abang.." Ziyaad akur tetapi tangannya laju mengusap-usap lembut tempat yang aku sebutkan tadi.
"Jika abang diberikan kesempatan untuk membuat pilihan, abang lebih sanggup andai abang sahaja yang dipatahkan semua tulang dan rusuk di tubuh abang daripada melihat Fee menangis, sayang. Patah di badan abang boleh sembuh tetapi tidak patah di hatimu.."
Pujuk Ziyaad lagi. Haih.. Anak siapa sweet sangat ni oi.
Aku longgarkan sedikit pelukan dan aku kucup lama pipinya, hidung mancungnya, mata hijau kecoklatannya yang cantik dan akhir sekali, dahinya.
"Abang tahu tak, bahu Fee ni rasa berat sangat.." Sengaja aku bikin saspen sikit. Ziyaad mula panik.
"Kenapa sayang? Sakit balik ke sayang? Jom abang bawak sayang gi hospital." Suamiku mula kalut-kalut nak bangun dari duduknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romansa"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...