[TW: Jangan baca waktu malam kalau awak penakut macam saya. Hehehe]
25 orang peserta untuk program hari ini dibahagikan kepada 5 kumpulan. Yaa seperti yang anda fikirkan, memang nasib aku tak beberapa baik, aku dengan Encik Bos satu team. Tak tahu siapakan yang tentukan order group ni tapi semoga dia charge phone lupa buka suis!
Kelima-lima kumpulan akan bergerak serentak. Aku, Aida, Zahra, Adam dan Encik Ziyaad adalah kumpulan yang terakhir dilepaskan. Usai bersarapan ringkas, program hari ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Adam.
Trek hiking yang moderate bagi semua orang terasa extreme bagi aku yang memang anti dengan aktiviti lasak sebegini. Walaupun dah terbiasa dengan senaman ringkas sepanjang program diet sendirian berhad aku, kepala lutut aku masih shaking dek kerana hamparan muka bumi yang tidak seragam. Nasib baik cuaca panas dan kering, jadi tak adalah tanah lembik dan lincin.
Kawan-kawan lain semangat betul. Tak ada pun mengeluh penat; semua laju menonong ke hadapan tanpa pedulikan orang lain. Hampeh punya team member.
"Cepat la Fee. Lambat macam siput lah kau ni. Kang tengah malam baru sampai atas." Tegur Encik Ziyaad sebelum dia memintas aku yang tercunggap-cunggap keletihan. Padahal baru 30 minit masa berlalu.
Aku lah yang paling terakhir antara terakhir. Sebab tak tahan sangat penat, aku duduk sekejap dan capai botol air. Menyesal pulak bawak yang satu liter je, sepatutnya aku heret terus mesin Coway kat rumah tadi!
Nafas panjang dan dalam aku ambil. Aku langsung tak takut ditinggalkan oleh ahli kumpulan lain sebab aku yakin mereka masih belum jauh daripada aku.
Tapi telahan aku salah. Bila aku kembali meneruskan perjalanan, tak ada satu pun kelibat manusia yang ada. Ha sudah.
Ibu tolong kakak!
Aku tarik nafas panjang sekali lagi. Dalam keadaan macam ni, panik adalah musuh kita yang paling utama.
La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah.
Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah S.W.T semata-mata.
"Hellooooo! Ada sesiapa boleh dengar Fee tak?" Aku menjerit dengan harapan ada yang mendengar. Tapi tak ada sebarang balasan.
Tak apa, aku tetap bertenang.
Ikut logik, kalau aku patah balik ikut trail ni, mesti aku sampai dekat entrance balik kan?
Jadi aku buat keputusan untuk berpatah balik. Aku tunggu jelah diaorang turun nanti. Baru je aku nak susun langkah, ada seorang budak lelaki tak bernaju lari melintasi aku.
"Eh adik! Awak nak pergi mana tu? Sini hutan ni." Tanpa berfikir panjang, aku terus mengejar kanak-kanak tersebut. Mesti parents dia risau kalau dia hilang.
Budak lelaki itu masih laju belari walaupun dah berulang kali aku minta dia berhenti.
"Adik! Berhenti dik berhenti." Nafas ku mulai semput. Aku berhenti sekejap mengambil nafas tetapi mataku masih mengekori pergerakkannya.
Tiba-tiba dia berhenti. Tanpa aku duga, dia mula memanjat sebatang pokok yang merendang.
Dia perlahan-lahan mengalihkan mukanya menghadap aku.
Allahuakhbar! Aku terduduk kerana terlalu terkejut melihat wajahnya.
Wajahnya begitu buruk dan matanya merah menyala memandang ke arahku. Gigi taringnya begitu panjang sehingga tekeluar dari bibir bersama lidah yang panjang terjelir sehingga ke perutnya. Bulu romaku terpacak berdiri.
Mata aku pejamkan. Aku dah tak berdaya nak lari diri sini. Tenaga aku dah habis.
Bismillahirahmanirahimm.
Terdengar suara ketawa mengilai yang mengerikan. Aku buat tak hirau.
Surah Kursi aku baca berulang-ulang. Dengan setiap baris yang dilafazkan, aku cuba mengingat maksud ayat suci ini.
Suara ketawa makhluk tersebut semakin lama semakin perlahan. Aku ulang lagi surah yang sama.
Suara orang berlari beserta ranting kayu dan daun kering dipijak kedengaran di telingaku.
Allah
Allah
Allah
Allah
Allah"Fee.." Satu suara lembut berbunyi betul-betul di tepi telinga. Aku kuatkan lagi zikir.
Allah
Allah
Allah
Allah
Allah"Feeya Athiya!" Serentak dengan itu, tangan aku yang menutup telinga ditarik kasar oleh sesuatu.
"Fee! Buka mata kau. Aku ni.." Aku kenal suara itu. Suara serak yang kebelakangan ini menghantui hidup aku.
Ziyaad Eiskandar.
Wajah tampan miliknya yang dipenuhi dengan manik-manik peluh adalah benda pertama yang aku nampak bila aku buka mata.
Nafasnya begitu laju sehingga jelas kelihatan naik turun dada bidangnya. Riak wajahnya lain benar daripada yang biasa aku tengok sebelum ini.
Dia risau?
"Kau kejar apa Fee? Kau tahu tak bahaya dalam hutan tebal macam ni. Kau takde otak ke??" Suaranya tinggi memarahi aku.
Aku mula teresak-esak. Segala ketakutan yang aku simpan tadi aku salur keluar melalui air mata yang laju mengalir.
"Fee." Suaranya bertukar perlahan memanggil aku.
"Jangan nangis, Fee. Aku minta maaf sebab marah kau." Aku bukannya menangis sebab kena marah dengan dia pun, tapi disebabkan aku bersyukur sangat Encik Ziyaad jumpa aku di tengah-tengah hutan ini.
Dengan tersedu-sedu, aku ceritakan tentang lembaga yang aku kejar tadi.
Tanpa sebarang kata, dia terus bangun lalu melaungkan azan.
Laungan azannya kedengaran amat mendamaikan.
Aku pejamkan mata menghayati azan yang dikumandangkan olehnya. Segala perasaan takut aku perlahan-lahan terbang dengan setiap baris azan yang dia lafazkan.
Semangatku kembali pulang.
......................................................................
![](https://img.wattpad.com/cover/334801951-288-k685604.jpg)
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect [C]
Romance"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...