Bab 39

5.3K 227 9
                                    

POV Feeya Athiya

Aku buka mataku yang terasa berat semacam. Terhampar di hadapanku pemandangan sungai yang luas. Kakiku dan kaki Ziyaad tergantung di keawang-awangan bila kami duduk melepak di atas jambatan kayu sungai ini.

Kepala yang menyandar di bahu bidang suamiku diangkat supaya aku dapat memandang wajah bersih Ziyaad Eiskandar.

Kekasih hatiku.. Nyawaku... Belahan jiwaku..

"Zein..."

"Kalau kita ada anak lelaki, abang nak letak nama tu. Zedapp zangatt!!" Random sekali suamiku ini. Oh ya. Aku ingat momen ni. Waktu kami di kampung nenek, Ziyaad minta aku temankan dia meronda sekitar kampung. Itu yang boleh tersesat ke sungai ini.

T-shirt putih bersih dipakai Ziyaad benar-benar menambah kekacakannya. Angin sepoi-sepoi bahasa menerbangkan rambut Ziyaad yang sudah bertambah panjang secara perlahan. Wajah tampannya berseri-seri terkena limpahan cahaya matahari senja.

"InShaAllah, kalau ada rezeki kita, Fee ikut abang je nak letak nama apa pun. Asalkan maksud dia elok." Aku hanya ketawa melihat keterujaan suamiku berbicara tentang zuriat. Kasihan dia.. Mesti teringin nak jadi ayah, kan?

"Abang nak anak sulong kita lelaki." Kata Ziyaad sambil membuang pandangan jauh ke arah sungai di depan mata.

"Kenapa? Fee nak anak perempuan! Boleh tocang rambut dia, kasi pakai gaun kembang, kasut cute-cute macam Rapunzel!" Gitchew angan-angan.

"Abang nak anak lelaki sebab.... Andai kata abang dijemput Tuhan dulu sebelum Fee, ada Zein yang boleh jagakan Feeya untuk abang. Jadi bodyguard ibu.. Lindung dan sayang ibu macam mana babah sayang si pipi pau kesayangan babah ni!!" Kedua belah pipiku dicubit manja. Aku hanya ketawa dan biarkan sahaja. Suka sangat cubit pipi kita!

"Sampai hati nak tinggal kita.." Aku buat-buat merajuk.

"Tommorow is not promised, sayang. Kita tak tahu apa yang akan jadi esok.. Abang cakap je.." Dia peluk aku kuat-kuat.

"Abang bersungguh nak jadi ayah?" Dugaku.

"Lelaki mana yang tak mahu ada zuriat dengan wanita yang paling dia kasih? Anak sebagai bukti kasih dan sayang yang kita kongsi bersama.. Di bawah redha Allah S.W.T.. Anak yang dilahirkan sebagai khalifah di muka bumi.. Yang doanya bakal menjadi bekalan kita selapas kita berpindah alam.." Suamiku ini sangat matang. Aku suka dengar dia bercakap, mesti ada isinya.

"Jadi sayang.." Wajahku ditekup dengan kedua belah tangan milik Ziyaad. Iris matanya lunak memandangku.

"Bangun sayang. Fight for our Zein.. Jangan dibiarkan anak kita yatim piatu sebelum waktunya.. Andai abang perlu pergi dulu, jangan sedih lama-lama ya sayang.. Maafkan abang terpaksa biar sayang membesarkan anak kita seorang diri... Kalau rindu, tataplah wajah sucinya.. Separuh daripada dirinya adalah milik abang.."

"Abang sangat mencintaimu, Feeya. Semoga di syurga yang kekal abadi, abang dapat hidup selamanya denganmu sebagai ketua bidadari abang.."

Seingatku, Ziyaad tak ada pun berpesan seperti ini. Ziyaad tunduk menciumku di dahi, cukup lama dan aku rasakan ada air hangat yang jatuh di pipiku. Ziyaad kemudiannya bangun dan pergi meninggalkan aku, tanpa menoleh lagi.

"Abang!!!" Aku melaung memanggilnya. Mata yang tadi terasa berat untuk diangkat tiba-tiba terbuntang memandang syiling hospital.

"Doc! Patient regain consciousness!" Kedengaran suara-suara yang kelam-kabut bila aku terjaga daripada tidurku. Seorang doktor wanita mendekatiku.

"Assalamualaikum Puan Feeya. Saya Doktor Iffah, doktor yang bertanggungjawab untuk sambut baby puan. Alhamdulillah puan dah sedar, jadi kami boleh teruskan operation ni dengan kadar yang segera.. Minta puan jangan tidur ya.."

Perfectly Imperfect [C]Where stories live. Discover now