Bab 34

5.5K 219 11
                                        

ZIYAAD berkeras supaya aku khabarkan kepada ahli keluarga yang lain tentang situasi stalker yang aku sedang hadapi sekarang ini. Aku berat hati nak bagitahu sebenarnya sebab tak nak keluargaku risau. Tapi demi keselamatan mereka yang jauh di mata, aku izinkan Ziyaad untuk menceritakan semua yang terjadi kepada abah.

Jangkaaanku, abah akan panik dan minta aku pulang ke Kuala Lumpur secepat yang mungkin. Tapi lain pula bila abah minta aku untuk terus kekal di rumah nenek dan menurut segala arahan daripada Ziyaad dan anggota yang bertugas. Dia akan minta rakan-rakan lamanya yang masih bertugas untuk turut sama menyiasat masalah yang aku hadapi sekarang ini.

Abah yakinkan aku yang dia, ibu dan abang-abangku akan baik-baik sahaja di Kuala Lumpur. Siap pesan berjela-jela dekat Ziyaad supaya lindungi aku.

Aku sebenarnya kesiankan si Abel ni. Dah tak pasal terheret sama dengan drama aku. Tapi Abel okay aje. Boleh luangkan masa dengan aku katanya.

Spend masa dengan aku lah sangat, 24 jam facetime husband dia je.

Ziyaad bersungguh-sungguh menjaga aku. Tiap malam dia pastikan aku tidur dahulu sebelum dia turut sama berjaga menjaga kawasan rumah. Kesian tengok dia. Malam jadi burung hantu terpacak macam bodyguard bersama dengan anak-anak buah Tuan Ibrahim menjaga keselamatan aku dan Abel.

Mood Ziyaad dah okay. Biasalah, Feeya Athiya yang pujuk kan. Dua hari pujuk dengan kiss, hugs and smiles, cairlah suami aku yang seorang tu.

Ziyaad sarung hoodie hitamnya. Bersiap sedia nak sertai polis diluar.

"Abang."

"Ya sayang. Awat?" Aku julingkan mata ke atas. Belum cukup seminggu kat Kedah dah beria dia terpengaruh dengan slang di sini.

"Teruk sangat ke situasi sekarang, sampai abang kena berkawal setiap malam? Tak boleh kee abang tidur dengan Fee je? Kan ada polis kat luar?" Walaupun Ziyaad pastikan aku tidur sebelum dia 'bertugas', rasa sedih pula bila bangun Subuh, tempat tidur di sebelahku kosong. Ada bantal peluk je.

"Tak ada lah teruk sangat. Cumanya nak berhati-hati je Fee. Dia pun dah tak hantar ugutan lain selain yang dua hari sebelum ni.."

"Dah tu? Tidur lah dengan Fee.. Pleasee.." Ziyaad sengih nakal mendengar rayuan aku.

"Kenapa? Tak boleh tidur ke kalau tak cium ketiak wangi abang?"

Sejujurnya, ya! Aku tak tahu kenapa semenjak dua menjak lepas berbaik dengan Ziyaad, tempat fav aku lepak ialah di celahan ketik beliau. Buang tebiat agaknya Feeya ni.

Melihat aku yang hanya tersengih tanpa memberi sebarang jawapan, Ziyaad ketawa besar.

"Lain macam isteri abang ni. Haritu bukan main suruh kita pergi jauh-jauh, tinggalkan dia?"

"Abang.. Takmo lah ungkit-ungkit. Kita dah minta maaf dekat dia kan." Aku mencebik.

Ziyaad tarik mulutku yang satu meter kedepan itu.

"Sakit lah abang!" Aku mula nak merajuk. Dah la minta teman tidur pun tak nak, minta ketiak pun bekira! Eh!

"Yelah sayang, malam ni abang tidur dengan Fee, okay?" Ziyaad memujukku. Terus hilang muncung sedepa aku sebentar tadi.

Ziyaad mengambil tempat di sebelah ku. Terus aku dibawa ke dalam pelukannya.

"Abang. Abang ada ikut Fee senyap-senyap tak sebelum ni?"

"Ikut? Maksudnya?"

"Waktu Fee balik sini, Fee singgah mall beli barang. Fee perasan ada lelaki pakai hoodie hitam macam abang duk ikut Fee. And then you came here wearing the same cloth like him. Is it you?"

Perfectly Imperfect [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang