[Feeya Athiya's POV]
Alhamdulillah, pejam celik tinggal berapa hari je lagi nak raya. Walaupun sebulan ni aku banyak ponteng puasa. Tapi bukan salah saya, salah baby, asyik lapar je!
Persiapan raya semua dah siap. Baju anak-anak awal-awal lagi Ziyaad tempah dekat tailor. Siap dengan samping custom made untuk tuan muda Zein seorang tu. Untuk Lea, baju peplum kembang satu taman perumahan. Siap dengan mini selendang lagi tau. Semua Ziyaad yang settle. Teliti kalah aku yang perempuan!
Anak-anak Ziyaad, haruslah segak bergaya macam dia. Mahu tercabut soket mata aku duk roll eyes setiap kali dengar Ziyaad masuk bakul angkat sendiri.
Tema family kami tahun ni, mint green. Rasa nak pengsan juga la bila encik suami duk try baju melayu depan aku. Walaupun dah enam tahun kahwin, aku still cair macam fangirl muda remaja setiap kali dia pakai baju melayu. Atau kurta. Atau tuxedo. Ah senang cakap pakai apa pun handsome lah suami aku ni!
Aku pilih untuk pakai abaya sahaja. Malas nak berfesyen beria time bawa perut ni.
Disebabkan ibu abah dan umi ayah tinggal dekat je dengan rumah kami, jadi tiada isu nak balik kampung jauh-jauh untuk raya sebelum ini. Tapi tahun ini ibu dan abah aku buat keputusan untuk pindah terus ke Kedah, rumah arwah nenek. Alah, rumah yang aku berdrama lari balik sana waktu merajuk dengan Ziyaad tu.
Kebiasaannya, aku dan Ziyaad akan beraya dengan keluarga kecil kami sebelum bergerak pulang ke rumah ayah atau abah. Kalau pagi beraya dengan ayah dan umi mertuaku, petang giliran rumah ibu dan abahku pula. And vice versa.
Disebabkan abah dengan ibu jauh di Kedah, aku pasang niat nak ajak Ziyaad balik utara tahun ni..
Langkah kaki aku hayun menuju ke bilik belajar anak terunaku. Tadi Zein datang culik babah dia, minta teman dia buat homework. Orang lain dah cuti sekolah, dia masih sibuk dengan kerja sekolah dia. Mengalahkan mahasiswa mahasiswi dekat universiti tempat aku mengajar!
Sampai di bilik tersebut, aku nampak Ziyaad sibuk menghadap laptopnya di sebelah meja belajar Zein. Zein tekun menunduk ke buku dengan kening yang bekerut-kerut. Dua beranak tu tak sedar pun kehadiranku di muka pintu. Oh ya, Lea dah lama terbongkang tidur dalam baby coatnya. Penat buli abang Zein dia siang malam pagi petang.
"Babah, soalan ni kata apa?" Zein yang masih kurang mahir membaca memerlukan babahnya sebagai pembantu peribadi setiap kali nak siapkan tugasan. Biasalah, budak umur 5 tahun.. Boleh eja nama sendiri pun dah besar rahmat.
"Mana boleh soalan berkata-kata Zein. Soalan mana ada mulut." Eihh mahu stress budak tu dapat bapak tak centre kepala otak macam ni!
"Babahh..." Ziyaad terkekeh ketawa dengan respon anaknya.
"Okay-okay. Yang ni, dia suruh Zein tengok dalam gambar ni. Ada gambar manusia kan? Okay manusia ni, dia ada dua tangan, dua kaki, sepasang mata, hidung, bibir, lengkap semuanya lah. Jadi maksudnya orang dalam gambar ni sifat dia?"
"Sifatnya manusia." Noh Zein punya jawapan. Aku tahan ketawa.
"Bukan Zein, maksudnya dia sempurna lah sayang!"
"Oo sempurnaa. Macam mana nak eja sempurna babah?"
"Senang je. Zein dengar betul-betul ya babah nak ejakan ni.." Zein semangat mengangguk.
"F-E-Y-A-A A-A-T-H-I-Y-A" Aik apa pasal eja nama aku pulak? Muka Zein bekerut hairan.
"Eh? Macam nama ibu je ni babah.." Awak ingat senang nak kelentong anak teruna awak tu? Dia hafal okay nama ibu dengan babah dia!
"Yelah, ibu kan sempurna dekat mata babah." Aci tak aku nak mencair macam aiskrim depan pintu ni? Haihh Ziyaad ooo Ziyaad.
"Lain macam babah punya ajaran sesat." Aku ketawa kecil sebelum aku hampiri pengarang-pengarang jantungku ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romance"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...
![Perfectly Imperfect [C]](https://img.wattpad.com/cover/334801951-64-k685604.jpg)