HARI ini ialah hari yang agak penting bagi aku. Pensyarah pembimbing akan menilai prestasi latihan industri aku yang sudah pun sampai ke pertengahan program.
Selain laporan yang wajib dihantar setiap minggu, pensyarah dan pembimbing aku di syarikat akan sama-sama berkomunikasi untuk membincangkan prestasiku dalam pelbagai aspek; disiplin, communication skill, teamwork skill dan lain-lain lagi.
Dalam kes aku, Cik Dayana lah yang akan ber-zoom meeting pada pukul 2 petang nanti bersama Dr Nidzam untuk menyelesaikan agenda yang satu ini.
Tapi masalah timbul bila Cik Dayana tiba-tiba emergency leave sebab ibunya jatuh sakit.
Semoga ibunya cepat sembuh tapi sekarang siapa nak ganti tempat dia? Aku tak boleh tangguh meeting ni sesuka hati sebab setiap pelajar dah dikhususkan hari-hari tertentu untuk dievelusi.
Setelah merujuk kepada pensyarah tentang situasi aku ini, Dr Nidzam mencadangkan agar Encik Ziyaad sendiri yang menggantikan tempat Cik Dayana.
Masalahnya, bos dari pagi tadi belum masuk office. Haih, dugaan betul. Tangan aku mula berpeluh. Tanda-tanda awal nak gelabah.
"Kak Sab, agak-agak harini bos masuk pejabat tak?" Kak Sab yang sedang sibuk mengadap laptop aku ganggu.
"Akak pun tak pasti Fee. Cuba tanya schedule bos dekat Azizul."
Azizul, personal assistant Encik Ziyaad pula menjadi kaunter pertanyaan kedua aku.
See, this is why people say he's gay.
Kalau dalam drama melayu, P.A mesti perempuan seksi bergetah, rambut panjang berwarna-warni dengan lipstick merah terang. Ini P.A pun lelaki.
Tapi kita husnodzon sikit ler. Barangkali dia nak jaga batas pergaulan.
"Jijul, Encik Ziyaad masuk ke tak ehh office harini?" Soalan yang sama aku ulang. Azizul yang sedang menulis mengangkat pandangannya kepada aku.
"Harini 23 haribulan kan? Selalunya setiap 23 haribulan boss memang cut off terus anything about work."
"Kenapa? Memang kena 23 haribulan ke bos pergi self healing?"
"Yup, konsisten 23 haribulan dan kami pun tak tahu kenapa tarikh tu. Bos tak pernah cerita lepas tu kami pun tak pernah terdetik nak tanya." Skala gabra aku dah naik.
"Boleh tak kau try call dia? Aku ada virtual meeting dengan pensyarah japgi, dia kena ada. Aku dah Whatsapp tadi dia tak reply." Manalah tahu kalau-kalau bos lembut hati bila P.A sendiri call kan?
"Boleh je. Tapi aku tak boleh jamin dia angkat tau." Azizul pantas menghubungi Encik Ziyaad.
Panggilan pertama. Rejected.
Panggilan kedua. Tak angkat.
Panggilan ketiga. Masuk mailbox.
Ya Allah tolong lah bukakan hati bos supaya dia angkat call. Lepas ni aku janji tak lewat-lewatkan solat lagi.
Tiber.
Bila dah masuk sepuluh kali asyik Puan Voicemail je yang menjawab, Azizul dah mula putus asa.
"Tengok. Udah ku bilang."
Skala gabra aku naik lagi satu anak tangga.
"Apa kata kau pula yang cuba call. Lagi senang." Cadangan diberinya agak tidak bernas. Bayangkan P.A sendiri pun dia tak angkat,apatah lagi aku yang sekadar budak intern ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romance"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...