PROLOG

14.4K 397 19
                                    




Tatkala kantin sekolah rendah riuh dengan ragam pelajar menikmati waktu rehat, aku hanya mampu duduk bersimpuh di tepi kolam ikan berdekatan kantin sekolah. Ralit memerhati ikan-ikan koi menglibaskan ekor berenang di segenap ruang kolam hiasan tersebut.

Tiba-tiba bunyi yang agak kuat datang daripada perutku. Berulang kali pulak tu bunyinya.

"Ishk. Nasib duduk sorang. Buat malu je perut bunyi macam tu.."

Aku baru je lagi dekat sekolah ni. Abah dipindahkan ke Perlis beberapa bulan yang lepas. Disebabkan aku je dalam kelas 2Arif tu yang tak pakai tudung dan tak pandai berbahasa utara, kawan-kawan sekelas taknak kawan dengan aku. Diaorang cakap dioarang tak faham apa yang aku cakap. Aku lagi lah tak paham apa yang diaorang bebelkan. Jadi selalunya memang aku ke sana ke mari seorang diri.

Perutku berbunyi lagi. Ishhhqq.

Ini semua salah bau ayam goreng dari kantin. Lemah semangat betul dengan ayam goreng. Makanan lain tak apa lagi. Air liur ditelan berulang kali. Alah lepas balik sekolah nanti nak suruh ibu masakkan. Tak apa tahan lapar sekejap je ni.

"Tapi lapar betul ni.."

"Kat mana lah jatuh duit poket abah kasi tadi.. Kalau abah tahu aku hilangkan duit, mesti kena marah.."

Terus terbayang muka garang abah aku. Walaupun baru berumur lapan tahun dua bulan sembilan hari, abah sangat bertegas dengan aku. Tambah-tambah pasal duit. Abah cakap satu sen pun kena hargai tau, itu semua rezeki daripada Allah. Apatah lagi RM10 yang aku hilangkan tu. Macam mana kalau abah rotan aku?

Takut dengan perkara yang masih belum berlaku, mataku mula kepanasan. Setitik demi setitik air mataku menitik terkena kain sekolah. Tanpaku sedari, tangisan yang bermula dengan rintik-rintik manja mula bertukar menjadi ribut taufan. Meleleh habis air hidung. Sungguh tidak comel.

Rakan-rakan yang melintasi kolam tersebut memandang kearahku sambil kehairanan. Namun tak ada seorang pun yang rasa terpanggil untuk berhenti dan menolong diriku ini.

Dalam kesibukan aku meratapi nasib, bayang-bayang berbentuk seorang kanak-kanak lelaki melindungi wajahku. Tak terasa pulak panas bahang matahari waktu aku tengah beperang dengan rasa lapar tadi. Aku pandang wajah kanak-kanak lelaki tersebut. Dia nampak lagi tinggi daripada aku, suaranya juga sedikit garau jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan sekelas aku. Abang darjah enam kot? Nametag yang bewarna kuning mengesahkan tekaan aku. Dekat sekolah ni, murid dibezakan dengan warna tanda nama. Contoh macam pelajar darjah satu macam aku, nametag warna purple akan dijahit di atas logo sekolah, di sebelah kiri baju sekolah.

"Kau kenapa nangis sorang-sorang dekat sini?" Suara senior tersebut kedengaran sedikit meluat. Kenapa? Tak biasa tengok orang cengeng ke?

Barangkali dia menyampah dengan tangisan aku. Aku hanya diam memandang kain sekolah biru gelapku. Segan nak jawab 'Hai, saya nangis sebab duit saya hilang dan barangkali balik japgi belakang badan saya bakal jadi line zebra macam dekat jalan raya. Tapi abah tak pernah pun rotan aku sebenarnya. Aku je over berangan.

"Kau budak pendidikan khas ke? Tak boleh nak bercakap ke?" Tak puas hati melihat aku mendiamkan diri, dia bertanya sekali lagi.

Kurang asam betul. Ibuuu dia cakap kakak istimewa. Aku hanya mengelengkan kepala. Masih malu untuk menjawab pertanyaannya.

"Dah tu kenapa kau tak jawab soalan aku?" Garang betul abang senior ni. Mentanglah pengawas. Tapi aku tak takut pengawas, aku cuma takutkan abah..

"Malu." Sepatah aku menjawab.

"Kenapa tak makan? Kau tak ada duit ke? Kau tak dapat RMT ke?" RMT merangkap Rancangan Makanan Tambahan adalah satu program dimana pelajar yang datang dari keluarga yang tidak berkemampuan diberi makanan percuma dua kali ketika sesi persekolahan. Sekali sebelum kelas bermula, satu lagi waktu rehat. Tapi abah cakap kami bukan orang miskin. Abah masih mampu bagi duit poket dekat aku.

Aku pandang wajah senior yang terpacak sabar menunggu jawapan aku. Matanya menarik perhatian aku. Tak pernah aku tengok warna hijau kecoklatan dekat mata kawan-kawan sekelas aku yang lain.

"Tak, duit orang hilang.. Tak tahu jatuh dekat mana.. Orang lapar.." Aku becerita. Bekerut muka member tunggu aku atur ayat satu persatu.

"Ohh nangis sebab lapar. Pelik lah budak perempuan ni. Lapar pun nangis, happy pun nangis." Dia diam sebentar macam tengah befikir apa nak buat dengan budak comot yang masih sendu sebab nak ayam goreng ni..

"Kau tunggu sini kejap." Budak lelaki tersebut hilang untuk beberapa minit sebelum dia kembali dengan satu beg plastik. Nafasnya laju macam baru lepas kena kejar anjng. Peluh merecik memenuhi wajahnya yang mula kemerahan. Dia lari?

Beg plastik yang dibawanya disua kepadaku.

"Nah. Ni bekal aku. Kau makan jelah. Tapi jangan kat sini. Jom ikut aku." Aku ambil dengan teragak-agak dan membuntuti langkahnya.

Dia membawa aku ke sebuah kerusi batu di bawah sepohon pokok yang rendang daun dan dahannya. Sejuk dan lebih mendung. Ucapan terima kasih aku hadiahkan kepadanya. Dia hanya mengangguk perlahan.

"Aku kena balik kelas ni. Cikgu waktu seterusnya dah nak masuk. Belum waktu rehat tahap aku.Lain kali jaga elok-elok duit poket kau." Tanpa berlengah, dia terus mengayunkan kakinya dengan pantas dan hilang dari pandanganku. 

Plastik aku buka perlahan selepas mengucapkan terima kasih. Aku hanya memandang belakang badan senior tersebut yang pantas menghilang di dalam lautan pelajar lain.

Sebiji tuppaware bewarna hijau aku keluarkan. Bersama dengan bekalnya, ada satu bekas panjang yang berisi sudu dan garfu, sekotak susu Dutchlady beperisa stroberi dan sehelai sapu tangan. Dia kasi aku semua yang dia punya, dia nak makan apa je?

Aku buka penutup, terus nampak ada seketul ayam goreng di atas timbunan nasi goreng. Perut kecilku meronta untuk diisi. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, terus aku santap kiriman senior tadi. Sedap! Macam ibu masak.

Tapi macam mana nak pulangkan bekas makanan ni? Aku tak tahu dia kelas apa. Aku tak sempat nak tanya pun nama budak lelaki tadi.

Ah apa je budak lapan tahun dua bulan sembilan hari macam aku kisahkan. Asalkan tak lapar. Nanti pandai-pandailah aku cari dia. Aku masukkan semula bekas makanan dalam plastiknya. Sapu tangan kuning pasir aku tarik perlahan. Ada sulaman benang bewarna hijau lumut yang membentuk perkataan ZAA di hujung sebelah kanan kain tersebut. Nama tuan bekal ni kut?

Dengan perut kenyang dan hati yang bahagia, aku berlalu masuk ke dalam kelas. Nanti aku minta tolong angah carikan abang pengawas yang baik hati ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mulai dari hari itu, di setiap waktu rehatnya, seorang gadis kecil duduk bediri di pokok rendang bersebelahan dengan kolam ikan koi tersebut sehingga tamat sesi persekolahan darjah duanya.Seorang diri ditemani beg plastik dan bekal Tuppaware hijau yang masih belum bersekempatan untuk dipulangkan kepada tuannya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hai Assalamualaikum semua. Saya baru first time nak try menulis ni hehehe. Daripada umur 15 tahun nak jadi penulis tapi tak ada keberanian huhu. Tapi tahun ni saya beranikan diri untuk menulis. Harap semua terhibur dan saya minta maaf kalau karya saya kurang memuaskan. Terima kasih atas sokongan dan kesudian korang membaca.

Also sebab ini my first story, expact banyak salah eja/akward use of words/lupa nak italic english words and etc etc. hehehe

P/S: Jangan kutuk harsh sangat tau saya softie di hati ahakz kbye

Perfectly Imperfect [C]Where stories live. Discover now