Bab 9

4.6K 251 29
                                        

Kata-kata Encik Ziyaad mematikan seleraku. Sudahnya aku hanya ambil sebiji tauhu bergedil dan kembali ke meja sendiri.

Aku dah banyak kali diejek sebegitu. Lebih teruk pun ada. Tapi entah kenapa kata-kata Encik Ziyaad sangat berbekas ke dalam hati.

"Kau merajuk ke Mok? " Dia datang menghampiri dengan semangkuk lontong. Extra sambal ikan bilis lagi.

Aku hanya diam memandang mangkuk yang dia letakkan di atas meja aku.

"Sejak bila tak melawan aku ni."

Malas nak layan dia, komputer riba aku buka dan aku sambung sunting poster produk untuk di upload di Instagram.

Encik Ziyaad masih berdiri tegak di sisi meja aku. Tangannya disilangkan ke dada dan segala gerak geri aku diperhatikannya.

Tak betah duduk aku apabila aku tahu semua fokusnya ada pada diri aku.

"Feeya Athiya."

Terhenti segala aktivitiku.

Why does my name sound so good on his lips?

"Kau tak cakap dengan aku,aku failkan internship kau." Wahh main ugut pula dia.

"Yaaaa boss nak apaaa??" Sengaja aku panjangkan setiap harakat perkataanku. Satu senyuman sinis dia hadiahkan kepada ku.

"Aku nak kau habiskan lontong ni. Tak habis aku call pensyarah kau sekarang juga."

"Saya report pejabat buruh, boss salah guna kuasa." Apa dia ingat dia seorang je boleh blackmail orang?

"Pergi lah. Bapak kita datuk tau." Ni mesti kes aku mention bapak aku polis tadi ni. Nyampah!!

"Taknak ah ejek kita" Mata aku julingkan ke atas.

"Makan cepat." Arahnya tegas.

Malas nak bertekak plus tergoda dengan aroma lontong, aku berbismillah dan mula menyuap hidangan tersebut.

Encik Boss tinggalkan aku lepas beberapa suapan lontong. Aku syak dia tahu aku tak boleh sangat bila duduk dekat dengan lelaki untuk jangka masa yang lama. Nanti dada rasa sesak.

Tapi aku tak pernah bagitahu dia pun?

In facts, nobody knows that one little secret of mine except for Abel and my family members.

Kak Sabrina yang berjiran meja dengan aku kembali selepas selesai menjamu selera.

"Kenapa Fee makan dekat luar?"

"Sengaja. Taknak kawan dengan boss. Boss buli Fee, akakk."

Kak Sab ketawa mendengar aduan aku. Tak ada yang lebih tahu tentang perang antara aku dan boss selain Kak Sab.

"Jangan gaduh-gaduhh sangat Fee, orang tua-tua kata nanti berjodoh." Kak Sab mengusik.

"Eish taknak lah Fee! Nanti hari-hari sakit hati! Lagipun saya sedar diri kak.. Orang gemuk macam saya ni siapa je nak." Masih bersisa rasa sakit hati dengan ejekkan Encik Ziyaad tadi. Dahla tak minta maaf.

"Eh jangan macam tu Fee. Semua orang cantik okay. Fee tak gemuk pun. Fee chubby je ni." Aku sengih tayang gigi walaupun aku tak nampak apa beza chubby dengan gemuk tu.

"Lagipun tak semua suka yang kurus tau Fee. Akak pun dulu kurus juga time anak dara. Lepas beranak anak sulong mula lah dah macam kena tambah yis. Tapi suami akak cakap dia lagi suka akak berisi. Sedap peluk dia cakap."

Amboi Kak Sab ni. Biasher dia. Tak hormat orang single.

"Untung akak, dapat suami yang boleh menerima seadanya akak."

"InShaAllahh. Akak doakan Fee pun jumpa yang dapat menerima Fee sepenuhnya." Doa Kak Sab aku aminkan.

"Alah buat apa cari jauh-jauh. Encik Ziyaad kan ada!" Belum puas mengusik aku rupanya Kak Sab ni.

"Memang taklah orang macam dia nak dekat saya akak.. Orang macam dia mesti nak dekat yang lawa, seksi, cantik!"

Atau pun dia nak yang kacak, badan berketak-ketak macam body builder. Oh my god. Teringat pulak khabar angin tadi.

"Nothing is impossible dikk. Eh Fee tak perasaan ke yang boss sejak dua menjak ni rajin betul masuk office. Dulu dua hari seminggu aje. Sekarang macam hari-hari ada kat office." Kak Sab buka cerita.

Eh bukan tiga hari sekali ke?

Eh kenapa aku kira ek?

"Sebelum Feeya datang sini, kadang-kadang tak masuk office langsung dalam seminggu tu. Dia work from home je."

Anehh.

Datang office nak usya Haziq kot!! Haziq team marketing tu pun boleh tahan handsome.

"Dia dah dapat keinsafan nak jadi boss yang berwibawa kot kakk. Dah la akakk jomm gi solattt dah lewat ni." Sengaja aku alihkan perhatian Kak Sab daripada terus bercerita tentang Encik Ziyaad.

Topik boss si Tarzan sesat ini harus dihentikan segera!

Perfectly Imperfect [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang