Bab 25

5.3K 236 45
                                        

Usai ayah menyampaikan ucapan, para tetamu dijemput untuk menjamu selera. Makanan dah memang sedia terhidang di meja masing-masing.

Thanks to Ziyaad, I kind of grew out of my 'scared of food' phase. The theraphy works wonder.

Sibuk menjamu selera dan catch up pasal hidup dengan Ara, seorang wanita sebaya umi datang mendekati meja kami. Di sampingnya ada seorang wanita cantik yang tinggi lampai.

Pakaiannya sangat daring untuk majlis sebegini. Dress hitam pendek paras lutut dengan slit di sebelah peha kiri siap pakej terserlah habis segala lurah gunung yang ada di Malaysia.

Mereka duduk tanpa dijemput di tempat umi dan ayah yang hilang menyapa tetamu.

"Hi, Yad." Wanita cantik tersebut menegur suamiku. Ziyaad hanya menganggukkan kepala sebelum meneruskan suapannya.

"Kak, ni lah Kak Umai anak Aunty Siti." Ara memperkenalkan wanita tersebut kepadaku. Oh ini lah tunang tak jadi Ziyaad tu ye? Cantik orangnya.

Aku hulurkan salam kepada Aunty Siti untuk bersalam tapi tidak disambut. Aku tarik perlahan tanganku kembali.

Pinggan tak retak nasik tak dingin,
Orang tak hendak kita pun tak hingin.

Gitchew. Aku sambung makan je lah walaupun kena judge dari atas kepala sampai ke hujung kaki oleh dua beranak di depan aku ni.

Sekali lagi drama pukul 7. Klasik betul. Tunang tak jadi suami datang nak ajak aku main tarik rambut. Haihh.

"Dah kahwin ni belagak betul ye you." Dah start dah episod satu drama hari ini.

"Mana ada sombong. Cumanya ada hati yang perlu dijaga sekarang ni." Balas Ziyaad selamba.

"Kalau Aunty tahu Ziyaad suka yang jenis macam anak gajah, dah lama Aunty suruh Umai gemuk kan diri." Ujar Aunty Siti dengan penuh kesinisan. Aku diam sahaja, biasalah tak move on ler tu Ziyaad tak nak kahwin dengan anak dia.

"Ziyaad memang suka yang macam saya. Dia cakap seronok buat peluk time tidur malam-malam. Teddy bear free, kan abang sayang?" Sengaja aku sayangkan Ziyaad. Terjatuh sudu beliau mendengarkan nama panggilan daripdaku.

Ziyaad Eiskandar kalau tak over react tak sah.

Aku tengok muka dua beranak di hadapan ini. Berubah terus. Itu lah, zaman Feeya Athiya bersopan santun dengan pembuli dah lama berakhir sister.

"Aunty, kan Abang Is anggap Kak Umai macam adik je. Membesar sama-sama takkan nak kahwin kut, dah macam sumbang mahram je." Ara menyokong dari belakang.

"Tapi I bukan adik beradik korang pun." Umai protes.

"Abang pun dah kahwin Kak, udah ler tu. Move on je lah kak oi. Doakan je abang bahagia, mana tahu asbab akak doakan kebaikan untuk orang, Allah hantar jodoh yang lebih baik untuk akak." Aku macam nak bangun berhigh five dengan Ara. Mungkin dia pun bosan dengan drama berebut seketul Ziyaad Eiskandar ni.

"Ye lah Ara. Kau menangkan lah kak ipar kesayangan kau tu. Kau tunggu esok lusa dia mampos sebab kena heart attack, time tu on the spot aku suruh tok kadi nikahkan anak aku dengan abang kau." Tersentap juga tangkai jantung dengar nenek kebayan di hadapanku ini mendoakan kematian aku.

"Asal heart attack pula? Kak Fee sihat walafiat je."

"Yelah kau tengok lah badan kakak kau tu macam mana. Besar semacam. Kalau dah hari-hari makan tak ingat dunia, mahu jantung tak tersumbat? Sebiji macam makhluk yang warna pink dalam kandang tu. Alah yang suka bergolek dalam najis sendiri tu." Lancang Aunty Siti berbicara.

Perfectly Imperfect [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang