[Sempena 1k votes 🤩 Thankyou sangat-sangat support saya yang kentang ini aaaa love you guys so muchh 😭😍🫶🏼]
"Kalau kau nak duit, kau gi confesss dekat mana-mana perempuan. Ha berani tak?" Ziyaad pandang wajah Irfan dengan penuh makna. Dalam ramai-ramai rakan yang berkumpul di sini, dia je tahu rahsia terbesar seorang Irfan yang disegani ramai. Tak suka perempuan. Lelaki yang jadi pilihan hatinya. Umat akhir zaman betul.
Ziyaad pun sebenarnya agak risau nak berkawan dengan mamat ni. Buatnya dia fall in love dengan aku, mampos!
Tapi Yad fikir positif je. Diaorang pun dah berkawan lama, tak ada pun tanda-tanda Irfan tangkap angau dengannya. Syukurr.
Irfan diam. Confess dekat perempuan? Easy. Asal dapat duit. Poket dia tengah kering tahap kemarau dah ni.
Irfan pandang sekeliling kafe yang hampir kosong ini. Dah lewat malam ni, perempuan yang tinggal cuma acik-acik kafe. Macam-macam bangsa ada, Indonesian, Melayu, Cina, India. Irfan tinggal pilih je mana yang dia berkenaan.
Eihh simpang malaikat 44! Buatnya makcik-makcik ni betul-betul percaya aku syok kat diaorang, jenuh aku nak lari!
Mata Irfan tertangkap bayangan seorang anak gadis yang baru nak melangkah masuk ke dalam kafe. Cun, at least a younger one!
"Okay aku terima! Tapi aku nak dua ratus!" Ziyaad geleng kepalanya. Gila! Sebab duit semua benda sanggup.
Tak apalah Fan, ikut suka hati kau lah. Manalah tahu, lepas ni kau terbuka hati nak bercinta dengan perempuan. Ziyaad positif. Bangga pula sebab dapat fikir cara nak ubah bengkok sahabatnya yang seorang itu.
Ziyaad perhati segala tingkah-laku Irfan. Seorang gadis yang manis duduknya didekati. Malu-malu gadis itu bila Irfan memulakan perbualan.
Eh comel pulak pipi mok-mok dia merah-merah macamtu! Nasib awaklah dik, awak duduk di tempat dan waktu yang salah.
Irfan kembali ke meja makan mereka beberapa minit berbual dengan si gadis.
"Dah! Aku dah buat apa yang kau suruh. Bagi duit sekarang." Riak wajah Irfan nampak meluat. Sakit hati kena cakap dengan perempuan gemuk yang buruk macamtu. Faham tak jiwa kita suka abam-abam sado yang kacak?
Ziyaad mengeluh panjang sebelum dia buka dompetnya. Not RM50 dikeluarkan dan disua kepada Irfan.
"Banyak ni je? Kau tahu kan aku tak suka cakap dengan perempuan. Kau paksa aku buat benda yang aku tak suka kut! Lebih ah sikit." Ziyaad rasa nak maki. Dah play-victim pula mamat ni.
"Yang tu je aku ada sekarang ni. Esok-esok lah aku bagi lain. Aku minta ayah aku dulu.." Jenuh Ziyaad kena tahan telinga mendengar syarahan ayah tentang duit. Semua salah Irfan!
Ziyaad pun satu, jenis tak pandai nak kata tidak. Kata suka rebel, tapi people pleaser.
Sebenarnya Ziyaad kesian sangat dengan Irfan. Mak ayah dah meninggal, keluarga buang diorang adik beradik. Dia pun tak faham kenapa family Irfan sanggup pulau dua beradik tu.
Sebab tu susah Ziyaad nak tolak permintaan Irfan setiap kali jejaka itu berkehendak.
Semoga bila aku susah nanti, Irfan sudi tolong aku juga lah yer? Ziyaad bebel sendiri.
........................................................................................................................................................
Ziyaad mengeluh lemah di atas katil. Satu tangan di atas dahi, satu lagi memeluk erat frame gambar dia dan Zuhdee yang diambilnya dari sisi katil tadi.
Gambar dua beradik kembar itu di hari terakhir peperiksaan SPM. Keduanya masih muda remaja.
"Aku rindu kau, Alang..." Kenapalah kau tinggalkan aku.. Patutnya aku je yang mati! Kau bukan tak tahu ayah lagi sayang kau!" Air mata yang sangkanya sudah kering kembali mengalir. Selamanya Ziyaad akan hidup dengan rasa bersalahnya. Kalaulah dia tidak berkeras, mesti ayah dan umi tak akan kehilangan anak kesayangan mereka.
ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Roman d'amour"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...
![Perfectly Imperfect [C]](https://img.wattpad.com/cover/334801951-64-k685604.jpg)