Pov Author lol
ZIYAAD mematikan enjin Ninjanya kira-kira 500 meter dari koordinat kereta isterinya terdampar. Perlahan-lahan dia turun dari Ninja dan memeriksa kawasan sekeliling.
Matanya tertangkap imej seorang remaja lelaki sedang berdiri bosan di depan bangunan yang kosong. Sedang sibuk menghadap telefon bimbit di tangannya.
Ziyaad kenal budak lelaki yang sedang bersandar itu. Satu-satunya adik lelaki bekas teman baiknya! Irsyad!
Ziyaad mula gelabah. Irfan dan Irsyad buat apa dekat isteri aku tengah hutan macamni? Getus hatinya. Feeya kena culik ke? Pantas dia mengatur strategi. Jika benar isteri tercintanya diapa-apakan oleh jantan berdua ini, eloklah dia menelefon pihak berkuasa dahulu.
Tapi Ziyaad dah tak boleh nak tunggu lama-lama. Dia hanya tinggalkan pesanan kepada Jijul untuk menghubungi polis dan ambulans ke lokasi yang dihantarnya di aplikasi Whatsapp.
Dengan penuh taktikal, dia menghampiri Irsyad yang masih leka dengan phone. Bagus! Situasi berpihak kepadanya apabila Irsyad tiba-tiba bersandar menghadap ke arah hutan tebal. Lenguh berdiri kut.
Dengan sekali hentakkan di belakang leher Irsyad, remaja itu jatuh terkulai di tanah tanpa sebarang bunyi. Jangan main-main dengan ahli Taekwando bertali pinggang hitam seorang ni!! Feeya pun belum tahu suami dia pandai wacha orang tau!
Ziyaad masuk ke dalam bangunan dengan penuh waspada. Dia yakin hanya ada Irfan dan adiknya sahaja kerana bekas sahabatnya itu pengecut!
"Kalau kau berani sentuh isteri aku Fan, memang tahu lah nasib kau harini!!" Perlahan sahaja Ziyaad berbisik sendiri. Matanya masih aktif mencari ruangan bilik yang mungkin dijadikan tempat persembunyian isterinya.
"Bodoh agaknya anak Rahim ni. Kalau kau mampos, macam mana anak kau nak hidup? Tolol!" Suara Irfan! Datang dari tingkat atas bangunan ini.
Ziyaad laju berlari menuju tangga di bangunan tersebut menuju ke arah suara yang didengseinya. Tapi Ziyaad tak terus masuk, matanya melilau sebentar mencari sebarang objek yang boleh dijadikan sebagai senjata.
Ada satu kayu sederhana besar duduk bersama longgokan batu bata. Ziyaad capai kayu tersebut.
Ziyaad intai pula dari pintu masuk sebuah bilik arah suara Irfan datang. Luluh hati lelakinya melihatkan isterinya yang terlentang dengan darah memenuhi pakaian dengan Irfan yang masih bercangkung di atas tubuh wanita tersebut.
"Allah! Isteriku" Getus hati kecil Ziyaad.
"APA YANG KAU DAH BUAT NI SETAN?" Tanpa membazirkan masa walaupun sesaat, Ziyaad masuk dan menerkam Irfan. Irfan diterajang menjauhi Feeya yang sudah tidak sedarkan diri. Terpelanting pisau di tangannya.
Ziyaad dekati Irfan yang jelas terkejut dengan kehadiran seseorang yang pernah bergelar teman baiknya itu. Apa nak hairan? Yang kau buat macam kain buruk tu, isteri dia kut! Cepat atau lambat memang akan sampai lah si Yad ni.
Ziyaad hayun kayu yang dia jumpa tadi di kedua belah kaki Irfan. Tindakan Ziyaad terlalu pantas sehingga Irfan tidak mempunyai peluang untuk menepis serangannya.
Irfan jatuh terlentang di sisi Feeya yang diam tak berkutik. Ziyaad terus duduk di atas Irfan dan menumbuk Irfan bertubi-tubi. Hatinya begitu sakit melihat kecederaan pada isteri kesayangannya. Bertambah dengan sesal di dada kerana terlambat tiba..
Pecah bibir Irfan dikerjakan Ziyaad. Darah pekat merah mula mengalir di hidungnya.
Irfan melawan. Dia bangun dan menolak tubuh Ziyaad agar kedudukan mereka bertukar. Irfan di atas, Ziyaad di bawah.
"Mampos kau! Mampos dengan bini dan anak kau!!" Giliran Ziyaad pula ditumbuk berkali-kali. Tetapi Ziyaad tangkas mengelak. Hanya sebiji dua sahaja yang tersasar ke wajahnya.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect [C]
Romantik"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...