[TW: Cursing Words]
ALANG-alang kelas habis awal, aku buat keputusan untuk singgah di pejabat Ziyaad. Macam rindu pula nak jumpa kawan-kawan di situ.
Elok-elok je aku selesai parking kereta, notifikasi masuk ke telefonku. Nombor yang aku tak simpan daftar di telefon.
+Hi baby!
Silap nombor ke?
+Maaf, saya rasa awak silap number kot. Saya bukan baby siapa-siapa.
Saya ayang kepada Ziyaad Eiskandar je! Ahakz!
+Oh ni bukan number Feeya Athiya ya?
+Ni memang number Feeya.. Siapa ni??
+Jadi saya tak tersalah number lah..
+Sampai hati baby padam number bie..Ha sudah. Orang gila mana pulak ni??
+Maaf saya tak kenal siapa awak. Jangan kacau saya lagi.
+Feeya Athiya makwe lama, tak kan tak ingat ini siapa?
Macam ku pernah dengar frasa makwe lama ni. Dekat mana ya??
+Irfan?
+Yes. The one and only, babyy.
+Gila! Nak apa?!
Aku selitkan sekali emoji marah. Biar dia tahu aku tak suka dia hubungi aku.+Garangnyee. Macam ni ke layan ex boyfriend?
+Gila! Aku block kau!
+Block? Tak takut. Aku boleh cari kau walaupun sejauh mana pun kau lari. Ada yang belum selesai antara kita!
Sah. Irfan dah gila. Tanpa menunggu satu detik pun lagi, aku blok numbernya.
Tunggu kau, aku mengadu dekat suami aku karang!
Kehadiran aku disambut dengan riuh oleh seisi pejabat kecuali suamiku. Hilang pergi mana pun tak tahu lah buah hati pengarang jantung seorang tu.
"Rinduunyaa dekat Feeee. Lama tak jumpaaaaa." Panjang meleret Kak Sab bisik perkataaan jumpa waktu dia memeluk aku. Macam nak perli aku sebab dah lama tak datang melawat je ni? Heheheehhe.
"Sorry lahh akak, Fee lama tak datang. Busy sikit dah sambung master." Aku tayang sengih. Kawan-kawan lain dah beransur balik ke meja masing-masing. Nampak sibuk aje orang-orang dalam ni?
"Tak apaa. Akak faham jee. Tahniahh Fee dah sambung belajar.." Aku hanya ucapkan terima kasih kepadanya.
"Akak tengok Fee makin cantik ye lepas nikah ni? Berseri-seri aje muka."
"Yelah kak, kahwin dengan tokey skincare. Mahu tak glowing muka kita akakk!" Selorohku. Padahal suami kita jual skincare untuk lelaki hehehehe.
Kak Sab ketawa mendengar jawapan aku.
"Oh yaa. Encik Ziyaad tak ada ni, dia keluar kejap melawat kilang. Nak keluarkan produk baru katanya."
"Ohh patut semua macam busy jee. Takpelah kalau macamtu. Fee pergi tunggu Ziyaad dalam bilik dia." Aku tak mahu menganggu masa kerja mereka.
Bilik pejabat Ziyaad aku masuk. Kemas betul ruangan kerja suamiku ini. Frame gambar akad nikah kami menghiasi meja Ziyaad. Foto yang sama dengan di kamar kami; Ziyaad yang tunduk mengucup dahiku lama.
Rasa nak berbaring jadi aku straight pergi ke bilik rehat private Ziyaad. Konsep bilik dalam bilik camtu. Aku pun baru tahu tentang kewujudan ruang ni dalam bilik pejabat Ziyaad. Ziyaad cakap kadang-kadang bila dia tak sempat balik rumah, dia tidur office je. Dalam bilik kecil ni lah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romance"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...