HAELLYN berjalan sendirian.. Dia memakai jaket dan seluar jeans hitam serta topi putih. Rambutnya dibiarkan lepas. Dia membiarkan dirinya dlam keadaan tenang ketika ini.. Sedang dia berjalan, dia baru perasan tali kasutnya tercabut.Dia menunduk dan mengikat tali itu. Kemudian dia panggul kepala apabila ada sepasang kasut yg berhenti dihadapannya. Lalu dia mndongak dan menyipitkan matanya untuk melihat gerangan dihadapannya. Maklum lah matahari tercegak belakang jejaka itu.
Haellyn tersenyum tipis apabila mengenali wajah lelaki itu.. Dia langsung bangun dan berdiri tegak. "Edwan.."
Edwan senyum manis.. "You kenapa mnunduk kat sini? I ingat ke you nak lamar i jadi suami tadi." Edwan tergelak perlahan selepas mentuturkan ayat miang itu.
Haellyn senyum hambar. Ni yang malas ni..
"You buat ape kat sini? Bukan ke you ckap lepasni you kekal menetap di Malaysia ke?"
Edwan senyum dan mengangguk. "Memang la tapi you lupe ke daddy i ada disini? So ofcos la i akan datang sekali skala kesini.." Haellyn mengangguk.
Edwan akan berulang alik ke Malaysia dan US kerana bapanya menetap di US manakala mummynya menetap di Malaysia.. Mereka sudah lama bercerai namun Haellyn tidak tahu penyebabnya..
Edwan menarik lembut tangan Haellyn. Tersentak Haellyn. "Jom kita makan-makan dlu kat cafe alang-alang dah berjumpa ni?" Haellyn hanya senyum tipis. Dia hanya memandang tangan kekar yg menariknya. Haih malas sungguh nk bergelut..
"Kau nk bawak mana bakal bini aku?" Terus terkalih mata Edwan dan Haellyn kearah suara garau tidak bernada itu. Terlopong Haellyn apabila melihat jejaka itu berada di US. Dan makin terkejut apabila dia mengenali jejaka yg berdiri tegak dikanan dan kiri lelaki itu..
"Bingo! I kenal Izz Arman Khair.. Dia kawan baik kami. And persoalan you tentang intip tu 100% betul.." Haiqal mengenyit mata kearah Haellyn setelah mentuturkan ayat itu. Makin berkerut Haellyn dibuatnya..
Edwan mengetap bibir namun dia tetap tersenyum manis. "Sorry but aku yg jumpa dia dulu so aku berhak nk bawa dia kemana pun.."
Haellyn mengerut dahi. Dah pahal? Ingat aku barang ke? Dia terus merentap pegangan Edwan. Haiqal dan Raiz tergelak perlahan manakala Khair sembunyi senyum.. Good babe..
"You sape nk arah-arah i Edwan? I takkan ikut sesiapa termasuk lah 3 ekor jantan depan you ni!" Tercekik airliur mereka bertiga setelah dilabel sebegitu.. Khair hanya diam dan merenung sahaja wajah kesayangan yg dirinduinya..
Haellyn merenung tajam kearah Edwan seterusnya kearah Haiqal dan Raiz..Dan last sekali dia merenung tajam kearah Khair sebelum berlalu pergi..
Khair meraup wajahnya. Edwan tersenyum sinis dan terus berpusing untuk berlalu pergi.
"Aku kenal kau siapa Edwan. Kau jangan sesekali sentuh Haellyn aku. Klau tak nahas kau aku kerjakan Edwan Ederson.." Terbantut langkah Edwan. Dia menjeling tajam kearah lelaki itu..
Khair tersenyum sinis. "Dragon.." gumamnya dan langsung berlalu pergi diikuti Haiqal dan Raiz...
Edwan mengetap rahang.. "Macam mana dia kenal aku.."
*:・゚✧*:・゚✧
"WAIT babe!" Tergopoh-gopoh Khair mengejar langkah Haellyn. Fuhh laju juga kaki Haellyn ni. "Hey hey wait sayang." Terus Khair menarik lembut tangan Haellyn namun Haellyn menepis kasar tangan itu..
"What? Ape you buat kat sini? Ni bukan tempat you Khair. Balik lah! I taknak you jijik pula tengok perempuan yg takde maruah mcm i ni!" Hampir meninggi tone suaranya. Nasib baiklah tiada orang disekelilingnya. Klau tak mau dicop laki bini bergaduh..
Khair terus menyentuh bibir munggil itu. "Baby.. jangan cakap macam tu. I tak berniat nak ckap---"
"Yeah you takde niat tapi you dah memang ckap hal itu!" Terus dia menepis kasar jari yg mengusap bibirnya..
Khair menarik nafas dan hembus. Dia merapati badan Haellyn namun Haellyn terus mengundur. Haellyn menggeleng. "Just don't. Jangan dekat dengan I. Nanti kotor pula baju you kalau tersentuh i.." Khair menggeleng perlahan dgan mukanya yg agak mendung..
"Please jangan mcm ni Lyn.. i" Haellyn mengangkat tapak tangannya kewajah Khair.
Haellyn menggeleng. "Jangan.. Jangan panggil i dgan panggilan tu. Panggilan tu hnya khas untuk org yg rapat dengan i dan you bukan orangnye.." Tersentak Khair dibuatnya.. Betapa terasa hatinya gadis kesayangannya dengan pertuturannya yg dulu...
"Balik. I taknak ckap ape2 dkat you dan i dh tkde urusan dengan you. Pasal resign haritu i dah hntar melalui email.."
"Macam mane i nak balik kalau separuh hati i ada disini?" Haellyn memejam matanya dan merenung kearah Khair. Sayu sahaja wajah lelaki itu.
"I bukan untuk you. Hati you berhak dpat perempuan yg lebih baik dari i. I langsung tak sesuai untuk you.." Haellyn berpaling..
Baru sahaja Haellyn ingin melangkah, terbantut perjalanannya apabila mndengar suara garau itu menerpa kedalam rongga telinganya.
"Papa you pun rindukan you. Separuh mati dia merayu pada i untuk cari you dan bawa you balik ke Malaysia..Please sayang fikirkan papa.."
Haiqal dan Raiz yg memerhati mereka dari belakang agak terkejut.. Khair merayu? Belum pernah lelaki itu merayu kepada sesiapa termasuk golongan perempuan..
Haellyn memejam mata erat. "Ohh suruh i fikirkan perasaan orang pula? Hbistu korang tak fikirkan perasaan i takpa pulak kan? Cukup Khair. I takkan terpujuk dengan rayuan you tu. I give up already selepas you cakap jijik dengan i.." Khair menitis airmata.
Dia terus memeluk erat belakang badan Haellyn. "Please sayang please. I sanggup merayu menangis air mata darah demi you. Balik lah.. Kita bersama smula? I tahu kita masih bleh bersama.. Please baby.. fkir tentang hal kita.."
Haellyn mengetap bibir apabila terasa bahu kanannya basah.. Dia tahu Khair menitiskan air mata namun hatinya masih terluka dengan kata-kata..
Dia melepaskan pelukan. Khair terkejut dan mengesatkan airmatanya. Haellyn masih membelakanginya.
"Balik Khair. Dan jangan lupa cuci bersih-bersih baju you sbb bauan kotor i dah melekat di baju you." Haellyn terus berlari sambil mengesat hidung dan airmatanya..
Khair tersentak..Dia ingin mengejar namun dia mahu memberi masa kepada gadis itu. Dia mengesat hidung dan pipinya.. Haiqal dan Raiz terus pergi kearah Khair dan menggosok lengan Khair untuk meredakan tangisan Khair..
Haiqal simpan keluh. Khair sangat lemah apabila melibatkan orang yg dia sayang. Dan sekarang terbukti betapa sayangnya dia kepada Haellyn..
TBC🤍
Ayokk Haellyn dah tawar hati dah.. Tulah time dia kejar haritu Khair sombong sangat. Skarang mcm mana? Ade jodoh tak ni?
Vote and comment❤️
YOU ARE READING
KHAIR : SEEK OF LOVE [C]
Romance❣️1ST OBSESSED SERIES❣️ Umur bukan halangan seorang gadis untuk mencari teman hidup. Malah semakin berumur lelaki itu makin dia suka! Makin hot! "You ni gila la." - Izz Arman Khair "Yup. I gila-gilakan you! Jadi kekasih I jom?" - Haellyn Aryssa Peni...