KHAIR||HAELLYN - BAB 3💋

31.3K 1K 29
                                    

SEBULAN KEMUDIAN.

"Haih! Panasnya Malaysia!" Rungut Haellyn sambil kibas mukanya menggunakan tangannya. Dia baru sahaja sampai di Malaysia dan sekarang dia berada di luar airport menunggu adik terchentahhh.

"Mana perempuan ni?. Berlengas badan aku. Ni ketiak aku pun dah berkeringat tau? Nak mampus agaknya dia ni. Kau tunggu Ryn. Nanti kau smpai aku lenyek kau smpai mampus. Geram lah aku!"

Bukan main Haellyn mengibas baju dan rambutnya. Tak biasa la panas-panas macam ni!

PIN PINNN!

Bunyi hon kedengaran. Lalu Haellyn panggung kepalanya melihat adiknya yang berlari kearahnya.

"Akak! Rindunya!!!" Belum sempat dia ingin memeluk kakaknya, Haellyn terus menjetik dahinya.

"Awww apeni! Sakit lah!" Berkerut dahi Haerryn sambil mengusap dahinya.

"Kenapa kau tak datang esok je? Berlengas tau akak tunggu kat sini. Ni tengok!" Haellyn membuka cermin mata hitamnya. "cair maskara aku! Melekit tau!"

Haerryn menjulingkan mata. Datang dah sikap divanya tu..

"Yang akak pakai baju hitam berkepuk ni dah kenapa? Baju tshirt hitam. Lepastu pakai jaket kulit hitam pula tu. Topi pun hitam, seluar pun hitam. Rambut pun tak ikat. Macam mana tak berpeluhnya?"

"Haish! Mana la akak tau cuaca Malaysia panas macam ni! Kau pun tak bagitau apahal?!" Haerryn mengerutkan dahinya. Eh apeni salah kan kita pulak?

"Dah! Kau ambik beg-beg akak tu. Biar akak bawak kereta. Dah lama tak test drift ni. Vroom Vrooom!" Haellyn menggerakkan tangannya seakan-akan tengah memusingkan stereng sambil berlari laju.

Terbeliak mata Haerryn. Ya Allah malunya aku. Boleh sesiapa pinjamkan hoodie tak? Sumpah malu dapat kakak macam tu..

Kemudian Haerryn tersedar bahawa kuncinya tiada dalam genggamannya. Matanya membulat besar. Takkanlah..

"Akak! Jangan bawak kereta! Papa tak bagiiiiiiiiii!" Lalu Haerryn membawa beg kakaknya dan berlari kearah keretanya. Ah lantak lah orang nak tengok dia berlari macam beruk pun. Dia tengah berdebar ni.

Mana taknya. Sewaktu kakaknya berumur 18 tahun dan dia berumur 15 tahun, kakaknya ada cuba memandu kereta. Dan akhirnya mereka masuk ke dalam parit. Menangis teresak-esak dia. Papanya sudah haramkan kakaknya membawa kereta. Macam orang mabuk!

*:・゚*:・゚

KEADAAN didalam rumah mewah itu sangat sunyi. Khair memandang sekeliling rumahnya lalu menghempaskan badan keatas sofa. Dia meletakkan tangan didahi dan memejam mata. Dia menghela nafas perlahan.

Daddy.. Kenapa tinggalkan Khair terlalu cepat? Mummy.. Kenapa biarkan hidup Khair terkontang-kanting?

Khair meraup wajahnya. Ada kesedihan dalam mata hazel itu.

"Kalau lah.. aku awal 2 minit.. Mesti daddy&mummy masih hidup sekarang.." Khair terus menggenggam rambutnya dan lepas perlahan

"Ya Allah. Maafkan aku seandainya aku tidak dpat menerima takdir mu. Aku alpa. Engkau selalu memberi nikmat tapi aku hanya mengeluh setiap kali ditimpa malang. Maafkan aku.." Khair terus bangun dan menaiki tangga untuk ke ruang bilik. Ingin menunaikan solat asar..

*:・゚*:・゚

"ASSALAMUALAIKUM mama papa terchentahhhh! I'm backkk yeayyyyyyy!" Terlompat-lompat Haellyn apabila sudah tiba kerumahnya.

KHAIR : SEEK OF LOVE [C]Where stories live. Discover now