KHAIR||HAELLYN - BAB 31💋

37.5K 971 59
                                    




DEBARAN makin menjelma.. Dup dap dup dap jantungnya mengepam. Haellyn menggigit bibir untuk hilangkan getaran. Sempat Reyna memukul perlahan lengannya. "Lyn! Just don't bite your lips. Your lipstick will gone if you keep bite your lips." Bisiknya perlahan. Kenalah perlahan kerana sekarang tengah mendengar khutbah..

Haellyn tersengih sahaja namun sengihannya hilang apabila melihat Edwan yang berada di tempat lelaki dalam majlis itu. Haellyn merenung tajam apabila matanya bertemu dengan mata Edwan. Dia menunjukkan ibu jarinya dan menggesekkan dilehernya. Sempat dia menyebut 'you will die' tanpa suara kepada Edwan.

Edwan yang memahami akan itu terus menelan air liur dan berpaling kearah lain. Tachod lah. Perempuan tu lagi gangster daripada daddynya.. Mahu dibunuhnya aku sekarang mcm mana?

Haellyn senyum senget melihat muka gelabah itu. Puan Aryana yg perasan akan itu terus mencubit paha anaknya itu.. "Aww!" Sangat kuat jeritan itu sehingga kesemua manusia yg ada disitu berpaling kearahnya termasuk lah bakal suaminya.

Haellyn tersenyum janggal. Malu la siot..

"Aik? Pengantin lelaki tak cucuk lagi kau dah menjerit?" Dengan selambanya Haiqal mentuturkan perkataan itu dan ia membuatkan seluruh manusia didalam majlis itu ketawa.. Haellyn malu.. Dia terus menunduk manakala Khair hanya tersenyum tipis sambil menggeleng.

"Izz Arman Khair bin Izz Arman Khaz.."

"Ya saya.."

Haellyn berdebar! Aci tak kalau aku pergi tandas sekarang? Rasa nk terberak pula masa mcm ni.

"Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan anakku Haellyn Aryssa binti Harman dengan mas kahwin sebanyak RM2,335 tunai.."

"Aku terima nikahnya Haellyn Aryssa binti Harman dengan mas kahwin sebanyak RM2,335 tunai.."

"Sah?"

"SAH"

"Sah?"

"SAH.."

Alhamdulillah.. mereka menadah tangan tanda kesyukuran menyatukan 2 mempelai ini.. Haellyn menangis kegembiraan..Menitis airmatanya apabila dia sudah menjadi hak milik lelaki yang dicintainya.. Ape kau ingat miss diva tak reti menangis ke?

Haellyn memerhatikan SUAMInya yang sedang mendirikan solat sunat nikah.. Hencemnya dia.. Tahu solat rupanya. Selama ni nampak mcm perangai cetan je dia tu. EH Astaghfirullahalazim.. Terkutuk laki sendiri. Tak pasal dpat dosa percuma selepas beberapa minit menikah.

Khair terus merapati isterinya setelah siap menunaikan solat sunat tersebut. Dia duduk melutut dihadapan isterinya yang sedang bersimpuh.. Haellyn memerhati mata hazel itu.

Kalau orang lain lepas nikah, mesti wajah menunduk kan sebab malu? Tapi Haellyn tidak ye. Klau bleh dia nk tenung je lama-lama wajah uncle hot dia tu.. Musim merenyamm dah kembali ni..

Khair mengambil tangan Haellyn dan sarungkan cincin ke jemari manis yg halus itu.. "Bukan main susah nk menyebut mas kahwin yang you minta tu. Gatal nak gabung umur kita dah kenapa?" Sempat Khair membebel perlahan ketika menyarungkan cincin itu.

Haellyn membulatkan matanya. I'm sorry but what?!! Serius lah membebel masa sarungkan cincin? Gilerr tak gentleman.. Ok takpe.. Ni Haellyn lah. Ko tunggu la aku geget kau uncle tua..

Haellyn senyum paksa dan mengambil tangan kekar itu. Dia menunduk mencium tangan itu. Khair hanya senyum melihat isterinya mencium tangannya. Lembut sahaja bibir munggil itu melekap di atas kekura tangannya.

"Arghhh!" Khair menjerit kesakitan apabila Haellyn menggigit tangannya. "Kenapa you gigit i?" Tertahan suaranya sambil mengelus tangannya. Tetamu sudah terkekeh ketawa manakala Tuan Harman dan Puan Aryana menggeleng kepala melihat perangai anaknya itu..

KHAIR : SEEK OF LOVE [C]Where stories live. Discover now