MEMUNCUNG sahaja bibir Haellyn ketika ini. Mane taknye? Dia ditinggalkan suaminya dirumah mama dan papa.. "Hmph! Dasar orang tua kerepot. Dia cakap nak ambik barang rupa-rupanya tinggalkan aku kat sini.. Mencilahh dia tu.." Runguknya sambil menggigit kerepek dihadapan TV. Haellyn sedang menonton cerita ketika ini.Haerryn datang kearahnya bersama air di tangan. Terkekeh dia ketawa melihat wajah kakaknya yang monyok. "Ade orang kena tinggal laki ke tewww?" Haellyn menjeling. Dia lempar sedikit kerepek kearah Haerryn.
"Kau ni kan! Ish! Akak tengah serabut ni! Jangan nk kacau-kacau eh kalau taknak kena luku.." Haerryn terkekeh ketawa namun senyumannya memudar apabila teringatkan sesuatu. Dia memperbetulkan kedudukan.
"Ehh akak." Mata Haellyn hanya fokus kearah TV.. "Hmmm" Gumamnya. Malas sahaja cara mnjawabnya tu..
"Abang Khair tu.. CEO kan?" Haellyn menjeling. Dah berapa kali dah aku marah dia panggil abang! Ish tak makan saman! "Hmm CEO.."
Haerryn berkerut. "Habis tu kerja ape je dia buat sekarang? Dia CEO, dia bleh je ambil cuti untuk cuti kahwin. Dah kenapa tiba-tiba masuk kerja mse mcm ni? Orang biasa pun dpat cuti 4 5 hari tau kalau dia kahwin.."
Terus terhenti kunyahan Haellyn. Dia terus memandang wajah adiknya dengan riak bingung.. Betul jugak. Kenapa Khair menyibukkan diri sedangkan dia bleh ambik cuti?
*:・゚✧*:・゚✧
KHAIR menggigit kukunya melihat layar laptop itu.. Kelihatan seorang perempuan mencekak leher lelaki dan memeras ugut lelaki itu. Dan perempuan tersebut adalah Haellyn. Haellyn dan Edwan! Dia agak terkesima melihat tindakan tangkas isterinya.
"Nah Khair dokumen yg kau nak." Dia terus menyambut dokumen yg dihulur oleh Firshad. Sebenarnya dia tidak tahu pun tentang apa yang terjadi terhadap Haellyn dan Edwan ketika itu kerana dia dan Raiz telah tinggalkan tempat persembunyiannya seblum hal itu terjadi.
"Berdasarkan details dalam dokumen tu, aku hanya jumpa yang bini kau tu hanya pelajar kolej biasa. Takde rekod pun tentang dia lakukan jenayah atau memasuki geng gelap di US."
Khair menilik dokumen itu. Betul. Semua data isterinya bersih. Tapi dia masih ragu-ragu. Dia tahu bahawa isterinya pandai menumbuk setelah diberitahu oleh Raiz dan Haiqal. Mereka ceritakan apa yang Haellyn ceritakan kepada mereka sewaktu mereka makan bersama di US dulu.
"Aku rasa bini kau dengan Edwan tu sekadar tumbuk biasa-biasa jelah Khair. Sebab diorang kan kawan? Alahh setakat gurau mcm tu apelah sangat.." Khair menjeling. Dia melempar laptop kearah Firshad. Nasib baik Firshad mahir menyambutnya.
"Tu kau tengok betul-betul cara dia cekik jantan tu. Kau pun tahu taktik cekik yg betul kan? Kalau dia cekik gurau-gurau, takde maknanya Edwan tu sukar bernafas masa tu. Tu kau tengok riak muka Edwan lepas bini aku blah. Dia mengamuk kan tu. Gurau ape mcm tu?"
Khair menyebak rambutnya. Serabut! Masih memikirkan siapa isteri dia yg sebenar..
Firshad mengecilkan matanya. "Khair kau tengok pada minit ke lima ni.."Khair menatap semula skrin laptop. Dia agak terkejut.. Kenapa riak Edwan seperti takut dan gementar waktu itu? Ape yang..Haellyn buat?
*:・゚✧*:・゚✧
KHAIR memejam mata erat. Pasrah sahaja riak wajahnya sekarang apabila isterinya meletakkan sesuatu yang sejuk di atas mukanya..
"Siap!!" Jerit Haellyn sambil menepuk tangannya. Khair bangun duduk dari riba Haellyn dan mengambil cermin. Dia berkerut sekejap.
"Dah kenapa hijau muka i ni? You tempek lumut eh kat muka hensem i?" Haellyn tergelak perlahan.
YOU ARE READING
KHAIR : SEEK OF LOVE [C]
Romantik❣️1ST OBSESSED SERIES❣️ Umur bukan halangan seorang gadis untuk mencari teman hidup. Malah semakin berumur lelaki itu makin dia suka! Makin hot! "You ni gila la." - Izz Arman Khair "Yup. I gila-gilakan you! Jadi kekasih I jom?" - Haellyn Aryssa Peni...