Qayyim's : 01

7.9K 222 4
                                    

JARI Melissa lincah menekan papan kekunci komputer ribanya. Suasana riuh di dalam kafe itu diabaikan. Bagi dia kerja dihadapannya sekarang ini lagi penting.

Nafas lega dilepaskan apabila dia berjaya menghantar tugasan daripada pensyarahnya tepat pada waktu yang telah ditetapkan.

Latte ais diatas meja dihirup dengan penuh nikmat. Tangannya mengambil pula makaron yang diorder bersama dengan kopi latte sebentar tadi.

Telefon pintar miliknya dicapai dan aplikasi Whatsapp dibuka. Satu persatu mesej dari kenalannya dibuka dan dibaca namun mesej dari kawannya berjaya menarik perhatian seorang Melissa. Gambar yang dihantar oleh kawannya ditenung lama.

Dia sangat mengenali orang yang berada di dalam gambar itu. Itu adalah dirinya sendiri. Pautan yang dihantar sekali dengan gambar tadi ditekan. Artikel. Melissa membaca setiap bait ayat artikel itu dengan teliti. Kening nipisnya berkerut.

“Seorang doktor didapati membawa seorang pensyarah dari Universiti X memasuki hotel secara berdua-duaan. Gadis yang terlibat merupakan pensyarah sementara di universiti tersebut.”

Satu persatu ayat yang disampaikan dibaca dengan teliti. Lelaki itu bernama Tengku Fawwaz Qayyim.

“Astaghfirullahalazim.” Telefonnya ditutup dan dia cuba untuk bernafas dengan tenang. Apa yang dia telah baca tadi? Dia, Melissa Umaira, berzina dengan Tengku Fawwaz Qayyim? Begitu?

Fitnah apa ini? Siapa si Tengku Fawwaz Qayyim ni? Dia tidak pernah kenal pun. Macam mana nak tidur sekatil? Telefonnya sekali lagi dibuka dan dia menelefon kawannya.

“Mia, apa yang kau hantar tu? Kenapa nama aku ada dalam artikel tu?”

“Sabar, Mel. Aku pun tak tahu. Pagi tadi group Whatsapp kita tiba-tiba bising kata kau scandal Tengku Fawwaz.”

“Apa? Siapa yang sebarkan ni? Tengku Fawwaz tu pun aku tak kenal. Macam mana nak jadi scandal dia pula?” Amarah cuba ditahan. Istighfar tidak henti keluar dari mulut kecil Melissa.

“Iya, aku tahu kau tak kenal pun Tengku Fawwaz tu siapa tapi masalahnya sekarang ni, Tengku Fawwaz tu tengah cari kau. Dia ingatkan kau yang saja-saja buat artikel bodoh tu.”

“Ha? Buat apa aku nak buat benda bodoh tu? Ya Allah, tak apa Mia, aku pergi dulu. Aku nak lari. Aku takut. Assalamualaikum.”

Melissa cepat-cepat mengemas barang-barang miliknya. Dalam fikirannya sekarang ini adalah dia nak jumpa dengan umi dengan ayahnya sahaja. Risau jika kedua orang tuanya telah mengetahui tentang berita palsu itu.

Kerana terlalu gelabah, Melissa berjalan tanpa memandang hadapannya. Tanpa sengaja badannya terlanggar dengan orang yang baru sahaja ingin memasuki kafe itu.

“Ma–maaf.” Melissa kekal menunduk dan ingin berlalu pergi namun lengannya ditahan oleh orang tersebut.

Pantas Melissa menarik lengannya, tidak selesa lelaki di hadapannya memegang tangannya, walaupun berlapik, dia tetap tidak selesa.

Are you Melissa Umaira binti Uzair?” soal lelaki dihadapannya. Kepala Melissa terus mendongak untuk memandang wajah lelaki itu. Matanya terbungkam. Jantungnya pula mula berdegup kencang.

Bukan kerana dia terjatuh cinta pandang pertama tapi lelaki di hadapannya itu sangat mirip dengan lelaki yang difitnah bersama dengan dia. Melissa menjadi takut. Suaranya terasa seperti tersekat di kerongkong.

Miss? I'm asking you. Are you Melissa Umaira binti Uzair?” Sekali lagi lelaki itu bertanya namun dengan nada yang lebih kasar.

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now