Qayyim's : 19

3.6K 174 3
                                    

BAJU Melayu yang disangkut elok didalam almari itu diambil dan disarungkan pada badan tegapnya. Ini baju kahwin yang dia pakai semasa akad nikah dahulu. Tak sangka Melissa simpan dalam keadaan yang siap bergosok.

Dia hanya mengenakan baju Melayu putih dengan seluar slack hitam. Pintu bilik ditutup dan dia menuju kearah ruang tamu. Kelibat ayah masih belum kelihatan. Lalu kaki bergerak menuju ke dapur pula, tempat Melissa berada.

Sampai sahaja didapur, dia pegun tidak mampu bergerak. Mata tidak berkelip memandang Melissa yang sedang duduk bercangkung bermain dengan Watson. 

Rambut panjang wanita itu jatuh mengurai menutupi sebelah wajahnya namun wajah sedih perempuan itu masih dapat dilihat walaupun tidak jelas.

"Watson, berdosa ke Mel sebab tak pernah tanya suami sendiri pasal solat dia? Berdosa ke sebab tak pernah ambil tahu tentang kepatuhan suami Mel pada Allah?" Separuh jiwa Qayyim bagaikan direntap apabila mendengar ayat-ayat yang keluar dari ulas bibir Melissa.

Nafasnya menjadi sesak. Luruh hatinya mendengar isteri sendiri berkata seperti itu. Teruknya dia selama ini. Terlalu lalai dengan dunia yang tidak mempunyai apa-apa ini. Mulut cuba untuk mengeluarkan suara namun lidahnya kelu.

Dia rasa betul-betul bersalah ketika ini. Kerana kebodohan dia, ramai orang yang tersakiti. Tanpa sedar, ayah telah berdosa kerana dia. 

Berdosa kerana melepaskan anak tunggalnya itu kepada lelaki seperti dia ini, yang tidak solat dan tidak layak menjadi ketua keluarga. Beragama Islam namun fasik.

Betullah apa yang Melissa katakan dahulu, bukan wanita itu yang tidak layak menjadi isterinya namun dia yang langsung tidak layak untuk menjadi pendamping wanita itu.

"Salah Mel ke?" rintih wanita itu lagi.

"Kau tak salah, aku yang salah..." ujar Qayyim seraya itu melangkah menghampiri isterinya. Kepala wanita itu diusap lembut. Melissa terkedu melihat Qayyim yang sudah berada betul-betul disebelahnya. Lelaki itu dengar apa yang dia cakap. Bibir dikemam rapat.

Rasa bersalah mula menyelubungi Melissa. Dia tidak sepatutnya berkata seperti itu.

"Saya... saya. Tak, saya minta maaf," gumam Melissa. Wajah tidak berani untuk didongak. Hanya tekun menekur memandang lantai jubin rumah.

"Tak perlu minta maaf, aku yang salah. Sorry, disebabkan aku, kau jadi macam ni," balas Qayyim. Terasa? Sudah tentu tapi dia tidak marah pada perempuannya ini. Tidak timbul sikit pun rasa marahnya pada Melissa.

"Qayyim? Nak ikut ayah pergi masjid sekali ke?" suara ayah menyapa mereka berdua. Ayah berdiri dihadapan ruangan dapur, sudah siap dengan baju Melayu cekak musang dan berkain pelikat.

"Iya ayah."

"Kalau macam tu ayah tunggu dekat luar dulu ya," ujar Encik Uzair seraya pergi meninggalkan pasangan itu. Sekali lagi kepala Melissa diusap lembut.

"Aku pergi dulu, ingat tau yang kau tak salah," ujar Qayyim lembut. Lelaki itu tersenyum tipis sebelum bergerak keluar dari ruangan dapur.

"Tengku, tunggu!" mendengar panggilan daripada Melissa, Qayyim berhenti melangkah. Badan kembali berpaling kearah isterinya.

Melissa mengambil tangan kasar suaminya sebelum dicium lembut. Qayyim terkedu namun cuba untuk beriak biasa apabila nampak kelibat umi yang mula menapak ke ruangan dapur.

"Hati-hati."

"Iya, jaga diri juga."

Qayyim tersenyun tipis. Dahi Melissa dikucup sekilas, alang-alang dah batal air sembahyang, buat lebih pun tak apalah.

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now