Qayyim's : 08

4K 200 9
                                    

PINTU bilik milik Qayyim diketuk beberapa kali namun tiada sebarang sahutan daripada lelaki itu. Sekali lagi Melissa mengetuk pintu bilik itu dengan lebih kuat.

TOK

TOK

TOK

"Tengku, bangun! Makan." Agak kuat suara Melissa memanggil tuan empunya bilik itu namun masih lagi tiada sahutan. Melissa mengeluh lemah. Tidur mungkin.

Baru sahaja tangannya ingin memegang tombol pintu, Qayyim terlebih dahulu membuka pintu bilik itu. Terbuntang mata Melissa apabila lelaki itu hanya mengenakan seluar dan tidak berbaju. Rambut lelaki itu masih basah, mungkin baru siap mandi. 

"Dah puas tenung?" Qayyim tersenyum sinis. Melissa menjulingkan matanya keatas. "Tengku ingat saya ni apa? Pervert nak tengok orang buat free show? Macam tu? Dia yang tayang tuduh orang pula."

"Eleh, cakap sajalah sebenarnya kau suka kan tengok aku macam ni. Kan?" Melissa genggam penumbuk pada kedua belah tangannya. Tuduhan dah melebih ni. 

"Tengku cuba sekali kita hidup ni jangan riak, angkuh, bongkak, sombong. Tak ada masa saya nak tengok dan tersuka badan Tengku ni." Huh, dia ingat kita hamak sangat nak tengok badan dia? Memang la cukup pakej tapi geli lah untuk dilihat banyak kali. Matanya sudah tidak suci!

"Eh, kau ni kan memang suka bagi aku sentap kan. Dah lah, yang kau memekak depan bilik aku ni dah kenapa? Tak cukup kasih sayang? Nak aku belai ke apa?" Melopong mulut Melissa mendengar ayat terakhir daripada Qayyim itu.

Kenapalah lelaki ini suka cari pasal dengan dia? Dia sedaya upaya tak nak jadi isteri derhaka. Tapi satu akal jahat terlintas di fikiran Melissa, dia tersenyum manis. Naik hairan Qayyim apabila tengok Melissa yang tiba-tiba tersenyum. Dah lah cantik. Eh?

"Haah, saya tak cukup kasih sayang. Tak cukup kasih sayang suami, suami saya ni tak nak ke belai  saya?" Mata dikerdipkan banyak kali dengan gaya gedik. Jarinya pula menyentuh lengan terdedah Qayyim, dan diheret turun sampai ke jari lelaki itu.

Jemari lelaki itu disentuh dan dipegang lembut. Dihayun kekiri dan kanan beberapa kali. Wah, Melissa! Dekat mana kau tahu semua benda macam ini? Tiba-tiba saja gaya macam nak goda orang.

"Ish, kau ni dah kenapa? Salah telan ubat ke apa?" Pantas Qayyim menepis tangan Melissa. Geli pula dia dengan isteri dia ini. Melissa pula dah ketawa terbahak-bahak. Padan muka.

"Adoi, Tengku ni lawaklah. Dah lah, kalau Tengku lapar, turun makan. Tak nak makan, tak payah turun." Kaki melangkah pergi dari bilik itu, malas dia berlama dengan Qayyim nanti ada sahaja yang tak kena.

"Eh, Melissa tunggu!" Langkah kaki terhenti, menyoal kembali kepada Qayyim dah kenapa suruh dia tunggu pula.

"Aku susah nak turun tangga. Tolong aku. Aku nak pakai baju dulu kejap. Tunggu!" Lelaki itu masuk ke dalam biliknya kembali. Dia suruh Melissa untuk tunggu namun wanita itu turut masuk ke dalam biliknya.

Terkejut Qayyim apabila Melissa membawanya kearah katil. "Duduk, biar saya yang ambilkan baju Tengku." Lelaki itu hanya menurut tanpa banyak kata kerana kakinya juga sudah mula rasa pedih dan pijar akibat kuat berjalan.

Qayyim hanya tenang memerhati Melissa yang tampak tiada masalah langsung dengan selok-belok biliknya. Seperti sudah banyak kali berada dalam bilik itu. Darilah tempat dressing room dalam biliknya dan tempat pakaiannya terletak. 

Keluar sahaja Melissa dari dressing room, pantas Qayyim menyoalnya. "Macam mana kau boleh tahu baju aku ada dekat mana apa semua ni?" 

Melissa tersenyum tipis seraya mendekati Qayyim yang masih lagi duduk di atas katil itu. 

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now