Qayyim's : 21

4.2K 173 2
                                    

SETELAH berjaya menidurkan anak kembarnya, Safiya menuju ke bilik kerja suaminya. Pintu bilik yang tidak ditutup rapat itu mengeluarkan cahaya dari dalam bilik. Suaminya masih belum tidur.

Baru sahaja tangan ingin menolak tombol pintu, suara Darwish menjengah.

"Kau dah dapat tahu ke siapa bapa kepada anak yang Dania kandungkan tu?" soal Darwish dengan nada yang sepertinya ingin disorok.

Safiya termangu. Dania? Dania Amanda ke? Bekas tunang Qayyim, itu? Kenapa Darwish tiba-tiba pasal kandungan Dania pula ni? Banyak persoalan mula timbul di benak fikirannya. Rasa risau mula menyelinap di dalam dirinya.

Rasa bimbang pada Dania mula datang. Janganlah Darwish apa-apakan ibu mengandung itu.

"Aku yakin aku ayah kepada anak Dania tu," santai sahaja Darwish berkata manakala Safiya sudah sesak dada. Apa yang dia baru dengar ni? Apa yang Darwish dah buat ni. Ya Allah...

Kerana terlalu geram, pintu bilik itu dikuak luas. Tajam mata Safiya menikam wajah Darwish yang terkejut itu. Rasa marahnya membuak-buak. Jika betul apa yang Darwish katakan itu tadi, lelaki itu dah melampau!

"Apa yang awak dah buat, Darwish? Benda kotor apa yang awak dah buat ni?" naik seoktaf suara Safiya ketika itu. Dia mahu biarkan sahaja perkara ini namun dia yakin, jika Dania terlibat sudah tentu Qayyim juga terselit dalam permainan bodoh Darwish itu.

Lima tahun mengenali Darwish telah buatkan dia sudah betul-betul hadam dengan perangai suaminya itu. Dia tahu semua perkara yang Darwish pernah lakukan namun dia hanya butakan mata sahaja.

"Fi-fiya... Fiya buat apa kat sini? Kenapa tak masuk bilik lagi?" gagap bicara Darwish ketika itu. Dia sudah terkantoi. Masalah baru.

"Jawab dulu soalan saya, Darwish. Apa yang awak dah buat." tenang sahaja tutur kata Safiya, bagaikan sudah terbiasa melayan sikap Darwish yang seperti itu.

"Abang... Abang tak ada buat apa-apa, saja tanya kawan lama tentang Dania, itu saja," yakin Darwish membalas. Walaupun dia cintakan Dania namun dia tidak sanggup melukakan hati Safiya. Wanita itu terlalu berharga buatnya.

Safiya ketawa perlahan. Wajah Darwish dipandang kosong. Lama sehinggakan lelaki itu menjadi tidak selesa dengan renungan itu.

"Fine, if you insisted. Saya tak nak paksa. Tapi ingat Darwish, awak kacau Fawwaz dengan Melissa, siap awak." seusai berkata Safiya membawa diri ke bilik tidur mereka. Kepala yang terasa berdenyut itu diusap perlahan. Kepalanya sudah mula dipenuhi dengan pelbagai kemungkinan. 

"Darwish, tolong jangan buat perkara bodoh."

Darwish menghantar pemergian Safiya dengan ekor mata. Hilang sahaja bayangan isterinya itu, barulah dia dapat bernafas dengan tenang balik. Bodoh, macam mana dia boleh terlupa bahawa Safiya akan selalu datang ke bilik ini selepas menidurkan Dhia dan Dhawiy.

Sekarang, tidak semena kerjanya menjadi sukar. Dia tidak kira, rancangan dia perlu diteruskan juga. Dia perlu menjadikan Dania itu sebagai milik dia sepenuhnya. Sudah elok rancangan dia untuk memerangkap Qayyim, tiba-tiba Dania sudah berkahwin dengan orang lain. 

Wanita itu betul-betul tidak takut dengan dia nampak gayanya. Nombor sepupunya didail dan tidak menunggu lama untuk panggilan itu dijawab.

"Mia, ada orang lain tahu ke tentang Melissa dengan Fawwaz?" tanpa berbasa-basi soalan terus diacu kepada Damia.

"Tak ada rasanya, eh sekejap... Ada-ada, kawan universiti aku. Tapi aku yakin dia boleh dipercayai, jadi kau tak perlu risau." yakin Damia bercakap. Dia yakin Lekir tidak akan mengkhianatinya. Mereka sudah berteman lama. 

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now