Qayyim's : 25

3.4K 153 14
                                    

FIYA!

Hampir segenap ruang di dalam rumahnya dia mencari kelibat Safiya dan anak-anak mereka namun tiada.

Tak mungkin Safiya pergi tinggalkan dia. Tak mungkin.

Mustahil Safiya akan tinggalkan dia. Perempuan itu terlalu cintakan dia. Tak mungkin isterinya akan lari daripada dia hanya kerana dia buntingkan Dania.

Selama mereka berkahwin, tidak pernah Safiya buat perangai. Ini kali pertama.

Telefon yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan dan nombor Safiya didail. Tidak menunggu lama untuk wanita itu mengangkat. Nasib baik.

“Fiya, Fiya dekat mana? Kenapa tak ada dekat rumah ni? Bagitahu Fiya dekat mana, abang pergi jemput Fiya sekarang.” laju Darwish menyoal tanpa membiarkan Safiya berkata apa-apa terlebih dahulu.

“Fiya minta maaf tapi tolong izinkan Fiya pergi. Tak lama pun, sekejap saja. Bagi Fiya tenangkan fikiran yang tengah kusut ni. Fiya takut kalau Fiya jumpa abang sekarang, Fiya tak boleh nak kawal emosi Fiya sendiri.” lemah sahaja Safiya berkata.

Dia penat. Perkara ini terlalu mengejut dan terlalu kucar-kacir sampaikan dia jadi bingung untuk bertindak macam mana.

“Abang jaga diri, ya. Sekali lagi Fiya minta dengan abang, kalau abang tengah rancang sesuatu yang tak baik, tolong hentikan semuanya. Tolong, Fiya merayu.” tidak sempat Darwish membalas, Safiya terlebih dahulu menamatkan panggilan itu.

Wajah Qayyim dihadapannya itu dipandang dan abangnya itu hanya tersenyum tipis sambil menganggukkan kepalanya sekali sebagai balasan yang dia setuju dengan keputusan Safiya.

Apabila panggilan itu dimatikan oleh Safiya, Darwish bagaikan dihempap dengan satu batu yang besar. Macam mana dia ingin teruskan hidup kalau Safiya tiada di sisinya sekarang?

Kaki yang gagah berdiri tadi terasa lembik. Safiya sudah pergi tinggalkan dia. Perlukah dia ikutkan apa yang Safiya minta? Tapi susah untuk dia tinggalkan rancangan dia. Bertahun dia tunggu hanya semata-mata untuk dapatkan Dania. Kalau Safiya adalah cinta terakhirnya, Dania pula adalah cinta matinya.

Tidak salah kalau dia mencintai dua wanita dalam satu masa, bukan? Lagi pula dia lebih daripada mampu.

Kalau Safiya tidak ingin bermadu sekali pun dia tidak kisah, Safiya tiada hak untuk melarang dia.

Tapi betul ke keputusan dia ini? Adakah dia akan dapat Dania kalau dia teruskan juga apa yang dia rancangkan ni? Safiya akan terus bersama dengan dia ke nanti?

Argh! Persetankan semua tu, dia dah lari sejauh ini, takkanlah nak berhenti separuh jalan. Mana ada orang buat kerja tak siap.

“Maafkan abang Fiya.”

LANTUNAN muzik memenuhi ruangan bilik kerja milik Qayyim. Lelaki itu sedang bermain gitarnya. Melissa memandang suaminya itu dengan penuh teruja. Sesekali bunyi ketawa keluar dari celah bibirnya itu.

“Bahagia nampak?” perlian daripada Qayyim itu hanya dibalas dengan sengihan. Matanya terkunci pula pada gambar perkahwinan mereka yang tergantung pada bilik itu.

Dia tidak pernah menyangka yang Qayyim simpan gambar kahwin mereka dan kenapa dia tidak pernah perasan pada gambar itu? Rasanya banyak kali dia masuk bilik itu.

Bila dia tanya Qayyim bila lelaki itu letak gambar itu, Qayyim balas yang dia dah lama letak gambar tu. Mama bagi gambar tu dekat dia, terus dia gantung dekat situ.

Bukan ke masa awal-awal mereka berdua kahwin, muka dia pun si Qayyim tu tak nak tengok. Tiba-tiba kata macam tu. Qayyim menipu dia ke?

Tapi, bila difikirkan balik pula, Qayyim tidak pernah menipu dia. Sampaikan benda yang mengaibkan diri sendiri pun Qayyim ceritakan pada dia.

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now