Qayyim's : 16

3.6K 196 5
                                    

"ASSALAMUALAIKUM."

Salam diberi beberapa kali, menunggu orang di dalam rumah itu untuk membuka pintu. Nak terjah masuk, pintu berkunci pula.

"Tadi tak call bagitahu umi ke yang kita nak datang ni?" soal Qayyim. Hairan juga dia dah dekat tiga minit panggil beri salam tapi tak ada yang datang buka pintu pun.

"Dah. Umi kata dia tak ada kat rumah, rumah Cik Linda ada buat kenduri, dia pergi tolong tapi ayah ada saja kat rumah katanya." Kemana pulalah ayah pergi ni? Solat ke? Takkan lah dah nak masuk pukul enam baru nak solat. Kata tok bilal masjid.

Baru sahaja tangan ingin mengetuk pintu sekali lagi, suara umi menyinggah pada telinga.

"Eh, dah sampai anak-anak umi. Kenapa tak masuk lagi ni?" Tempat anak menantunya dituju. Melissa dan Qayyim menyalami umi mereka terlebih dahulu.

"Pintu kunci, umi. Ayah pun macam tak ada saja ni." Beg yang dipegang oleh uminya Melissa ambil dan pegang. Nampak berat beg yang dipegang oleh uminya itu.

"Oh, dia keluar pergi beli lauk agaknya. Tadi umi ada minta dia beli barang basah sikit, nak masak untuk malam ni." Mendengar penerangan umi Melissa dan Qayyim hanya menganggukkan kepala sahaja. Dah agak dah. Puan Mardhiah duduk di atas buaian yang ada di hadapan rumah mereka itu.

"Eh, kenapa umi duduk pula ni? Kenapa tak buka pintu?" Naik hairan Melissa tengok umi dia tiba-tiba sahaja duduk. Siap main handphone lagi scroll Tiktok. Geng-geng makcik-makcik sekarang jangan diajak main.

"Umi tak ada kunci, terlupa nak bawa sekali tadi. Kena tunggu sampai ayah kamu baliklah jawabnya." Tercengang Melissa apabila uminya kata macamtu. Kenapa tak cakap awal-awal. Adoi, kalau dia tahu, dia call ayah terus saja tadi. Naik lenguh sudah kaki dia ni.

"Tak payah nak muncung sangatlah mulut tu. Bukannya lama ayah kamu tu pergi barang tu. Macam tak biasa pula kena kurung dekat luar rumah. Masa kecil dulu bukan ke tiap-tiap hari kamu kena kurung dengan ayah sebab kuat sangat pergi lepak rumah Uwais. Lepas kena kurung tu ada lah pula drama meraung macam kena dera siap dengan pakej bergolek atas lantai. Iya ke tak, Melissa?" Terbuntang mata Melissa apabila umi tiba-tiba saja throwback kisah gelap zaman kecilnya. Sangat tidak ramah, umi.

Tanpa sedar, Qayyim tertawa kecil. Laju saja mata Melissa memandang kearah Qayyim yang sedang menahan tawa. Eh, mamat ni tadi elok saja duduk diam. Tiba-tiba ketawa ni dah kenapa. Ini dah melampau ni. Apa yang lawak sangat dia kena kurung lepas itu mengamuk? Biasalah zaman budak-budak dulu.

"Apa umi ni. Biasalah dulu budak-budak, siapa saja yang tak cuak bila kena kurung. Umi la yang selalu hasut ayah suruh kurung Mel. Padahal umi juga yang suruh Mel main dengan Uwais. kononnya nak manja-manja dengan ayah. Tapi tak bagi Mel adik pun." Orang memberi kita berbahasa, jadi ayuhlah kita berbahasa balik dengan umi.

"Eh, budak bertuah ni. Aku cepuk kan. Pandai-pandai saja kamu ni kan. Haih, maaflah Qayyim. Melissa ni memang macam ni kalau dengan umi, ada saja benda yang dia tak puas hati. Anak siapa pun tak tahu lah." Puan Mardhiah mengeluh lemah. Anak tunggal dia seorang ni memang dah tak boleh nak kata apa dah bila dia buka mulut. Ada saja benda yang keluar.

"Eh, tak ada apa lah umi. Dah biasa dengar Melissa ni membebel. Kalau sehari tak membebel memang tak sah." Seronok Qayyim mengenakan Melissa yang kini sudah seperti cacing kena panggang. Muka tidak usah ditanya macam mana, masam mencuka.

"Apa ni! Semua orang nak kenakan Mel. Ish, nak merajuklah. Tak nak dah teman umi layan hindustan. Awak pun! Nanti dekat rumah masak sendiri. Malas!" Kaki dibawa menjauhi dari tempat itu dan menuju ke belakang rumah. Sakit hatinya bila umi dengan Qayyim gelak tak ingat dunia macam tu.

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now