BADAN yang terasa lenguh diregangkan. Nafas dihela lemah. Rambut panjang yang berantakan itu dilurut dengan jari sebelum diikat kemas.
Dengan berhati-hati dia turun dari katil dan menuju ke bilik air. Dia nak mandi, badan berasa melekit dan tak selesa. Sempat mata memandang kearah jam dinding di dalam biliknya itu.
Pukul 5.30 petang. Dah masuk waktu asar. Nasib baik tak terlajak tidur, kalau tidak mesti sudah terbabas solat asar.
Siap membersihkan diri, Melissa hanya mengenakan pakaian biasa. Baju tshirt besar dan seluar track.
Saat ingin bangun dari bersimpuh setelah selesai solat, pintu bilik dibuka dari luar. Terus wajah dipalingkan kearah suaminya yang baru masuk ke dalam bilik. Baru balik dari kerja.
Qayyim bergerak mendekati Melissa yang masih lagi duduk bersimpuh diatas sejadah bersebelahan dengan katil. Beg kerjanya dicampakkan saja ditengah katil. Nantilah dia ambil simpan balik.
Punggung dilabuhkan pada birai katil manakala mata tidak lepas memandang wajah jelita milik isterinya.
“Kenapa monyok ni? Tak happy ke abang balik?” Terus disoal tanpa berfikir panjang. Wajah Melissa ketika itu sudah masam mencuka. Adalah tu yang tak kena. Sejak mengandung ni, perangai Melissa berubah 180°.
Tak boleh salah sikit, mesti menangis tak pun merajuk. Tapi dia tak kisah pun nak memujuk wanita itu balik, dah jadi kepakaran dia memujuk Melissa Umaira.
“Tadi Mel craving nak makan Secret Recipe. Tapi kedai yang Mel pergi tu tutup.” Qayyim cuba tahan gelak saat tengok mata Melissa yang dah berair sedikit itu. Tak nangis lagi tapi hampir menangis.
“Lah, kenapa tak cakap dekat abang saja? Kalau abang tahu abang tolong belikan. Tadi banyak je kedai Secret Recipe yang buka dekat bandar.”
Wanita itu menggeleng kepalanya.
“Tak nak yang abang beli, lambat. Mel nak makan yang Mel beli dan makan masa tu juga! Tunggu abang, lambat lagi nak balik.”
“Pula dah. Habis itu sekarang ini nak apa? Lapar tak? Abang masakkan.” Melissa termangu seketika, nampak seperti tengah berfikir. Mungkin tengah fikirkan apa yang dia nak makan.
“Mel nak makan... Ha! Mel nak nasi goreng tomyam, lauk udang dengan sotong penuh!” Terus berubah air muka Melissa saat meminta nasi goreng itu. Tadi masam sekarang dah sengih sampai sepet mata jadinya.
“Okay. Nak makan sekarang ke? Kalau tak abang nak mandi dulu,” soal Qayyim lagi.
“Abang mandi dululah. Mel tak lapar sangat ni. Boleh tunggu.” Qayyim menjatuhkan kepalanya sekali lalu tarik senyum.
Dia duduk melutut di sebelah Melissa. Perut yang mula menunjukkan benjolan kecil itu diusap lembut.
“Anak daddy jangan susahkan mommy, tau!Kesian mommy penat.” Lantas pipi kanan Melissa dikucup sekilas sebelum dia bangkit dan menuju ke tandas untuk membersihkan diri. Sehari tidak mandi memang sangat mencabar dirinya.
Dia terpaksa habiskan kerjanya cepat sebelum mengambil cuti nanti.
Melissa memandang Qayyim yang baru sahaja keluar dari bilik air dengan hanya bertuala yang dililitkan pada pinggang. Berkerut dahi wanita itu. Dah kenapa suami dia nampak seksi dan menggoda ni? Cepat-cepat mata dipejam dan digeleng laju. Cuba menghapuskan fikiran yang tidak elok itu.
“Sayang, tshirt putih abang ada dekat mana?” laung Qayyim dari dressing room. Melissa kaku untuk seketika. Lantas anak mata dilirik kebawah, pada badannya. Baju Qayyim!
YOU ARE READING
𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan ban...